Cara Menghalau Kucing

8:00 PG


Mereka memang comel. Itu ibu akui. Ibu juga suka dan sayang dengan mereka meskipun mereka adalah hak milik jiran belakang rumah ibu. Asalnya hanya ada 2 ekor, seekor jantan dan seekor betina. Memang loving couple, bersama-sama sentiasa. Bapa kepada jiran belakang rumah ibu gemar memberi 'laki bini' ini makan. Hinggalah si bini akhirnya melahirkan 3 ekor anak-anak yang comel. Mereka dibela, dan ada 'rumah' sendiri hingga hari ini.

Sudah nama binatang tidak berakal, ibu juga tidak kisah apa yang mereka buat hinggalah hujung minggu lalu. Pantang pintu belakang dibuka, mulalah menyerbu. Minta makanan. Sebelum-sebelum ini ada juga ibu memberi makanan, tidak sampai hati untuk menghalau. Tetapi, lama kelamaan, ibu pula yang semakin tidak tentu arah dibuatnya. Kawasan koridor belakang rumah ibu mula berbau hancing kucing, takpe boleh siram, cuci. Mesin basuh juga kotor kesan tapak kaki mereka, takpe boleh simbah air, cuci juga.

Eh...makin menjadi-jadi pula. Pantang pintu terbuka, laju saja mereka meluru masuk ke dalam rumah meskipun ibu sudah marah dan cakap, "jangan masuk rumah lah". Faham pula kan? Akekeke.. Ibu tidak sampai hati menghalau mereka dengan penyapu, tidak sampai hati melihat mereka kelaparan, mengiyau-ngiyau seolah-olah tuan mereka tidak memberi makan. Tuan mereka beri makan, tapi mereka ni tetap lapar sentiasa. Cukup buat ibu rasa serba salah.

Kucing yang comel-comel belaka ~ "Aisyah sukaaaa kucing comel" kata Aisyah yang semakin petah bercakap.


Ada masa terluang, google cara menghalau kucing. Ini page teratas ibu pilih. Memang menarik. Kena cari kat daiso. Harap-harap ada la kan. Comel sangat benda tu macam kucing juga. Benda comel dan sama spesis seperti mereka pun mereka takut. Haihh..pelik..

Klik untuk lihat dengan lebih jelas ~ Cara menghalau kucing




You Might Also Like

20 comments

  1. tips menarik tu....

    lieya bukan jenis yg suke kucing...tak mcm husben die mmg pencinta kucing ....

    BalasPadam
  2. Cik akak suka juga kucing...tapi cik akak takut dengan kucing..hihi..comel je

    BalasPadam
  3. Bentuknya kucing tapi bukan kucing itu yg kucing ingat hantu kucing agaknya Mar hahaha....

    BalasPadam
  4. mama kalau halau.. syoh! syoh! je.. takut sikit dengan kucing ni mar...

    BalasPadam
  5. smlah ngan el
    mmg suka kucing..comel kut
    tp tulah el pun alami mcm mar alami
    dulu adalah 3 4 ekor kucing yg serbu bila pintu dapur dibuka..kdg2 sian gak bg lah ikan lauk2 yg x mkn smlm tu..yg geram tu lama2 naik kepala lah kucing2 tu smpai kdg2 diorg boleh bukak periuk sendiri..bukak tudung salji..abis terabur lauk pauk..geram x huhuhu..kdg2 tu kita dok sibuk kat dpur boleh lak dia gigit kaki el..sakit wooooo..kesian2 jugak tp bila dah mcm tu gerammm sgt..kdg2 simbah ngan air je..xpun halau cam tu..ada tu siap naik bilik..pandai cari bilik pas2 tido atas tilam huwaaaaaaaaaa..dah lah el x bape suka sgt bila kucing masuk umah..sbb kita x tau kucing tu kotor ke ada kuman ke kan..hermmm tp dia pun hamba Allah gak..nti wat x elok kang dpt balasan pulak ekekeke woiii komen cium lantai blog soriii kbai

    BalasPadam
  6. @el
    haha..panjang lebar penerangan..

    BalasPadam
  7. haaa bleh try ni...kucing ni comel tapiii bila dia dh buat onar tu yg rsa grrrrrr >_<

    BalasPadam
  8. mar dha cuba ke? jadi dak
    saya pun kat rumah ni banyaklah kucing datang

    BalasPadam
  9. Kat rumah pun ramai kucing..
    Jiran ni jenis suka sgt kucing.
    Kucing bukn reti duk rumh dia je..
    Huh..

    Kat rumh, kucing jrng nk maduk..panggil je luth..tukang halau.
    Kucing pn tkt tgk luth.

    BalasPadam
  10. @Yana Yani
    tak pegi daiso lagi la YY..akan diusahakan

    BalasPadam
  11. Mereka memg comel pndai Buat muka kesian slalu

    BalasPadam
  12. Teknik tu lebih kurang mcm halau burung kat sawah padi kan... Pasang orang2 kucing.. :D

    BalasPadam
  13. Umah kite pun kucing selalu dtg..tp bile siap dh kencing berry bagai mmg kene halau la..

    Okayh boleh cube cara tuh..sebelum nie beli cat repellent je kat daiso..jalan tp sekejap jer..

    BalasPadam
  14. Saya ni Mar penggeli orangnya. Kalau kena bulu kucing, saya pulak yang lompat atas kerusi. Malu! Kat rumah memang takda haiwan peliharaan. Nasib baik kawasan saya takda kucing jiran-jiran yang berkeliaran. Tak terfikir pun nak cari camna cara nak halau kucing. Selalunya shoo shoo dengan mulut jek.

    BalasPadam
  15. Hehe..kretip betul orang Jepun.
    Tak sangka cara ni boleh halau kucing.
    Mar, dah cuba ke? Nanti btau hasilnya tau.

    BalasPadam
  16. Thanks sangat2. Memang geram ngn kucing ni. Bukan x sayang tp bila dah jadi mcm toiletvdiorang siapa x stress. Huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.