Keibubapaan

Kepentingan Waterproof Bed Sheet

9:00 PG

Assalamualaikum

Kepentingan Waterproof Bed Sheet | Aku survey waterproof bedsheet ni dah lama. Sejak dari potty training Cik Aisyah dulu. Sekarang pun dia dah nak masuk 6 tahun. Tapi, lama kelamaan rasa tak perlu dah beli. Tapi, aku silap. Kami masih perlukannya.

Proses Cerai Lampin
Bila cuaca sejuk, Cik Aisyah boleh pula 'membeser' cakap jawa. Adalah berapa kali dia terlepas sebab cuaca sejuk. Bila aku kejut dia terkebil-kebil, agaknya mimpi main air kat waterfall.

Lagipun bed sheet ni boleh digunakan untuk Alif. Planning untuk potty training dia. Kenan corak ni. Baca review pun banyak yang memuaskan. Harga pun mampu milik, RM44.90. Mana aku beli? Shopee!!


Tu dia Yanasen waterproof sheet.


Kisah disebalik kenapa beria-ria sangat nak beli waterproof bed sheet ini?

En.suami baru beli tilam foam 9". Beli di kedai berdekatan je sebab kebetulan survey tilam di Lazada, tak sangka pula seller dekat dengan rumah. 

Yang mencari tilam, bolehlah survey di kedai perabut I-Home di Taman Rinting. Iye, kedai ni dekat sangat dengan rumah saya kan..


Harga tilam foam 9" ni RM480. Jaminan 5 tahun. Bukan re-bond. Foam biasa. Lapisan atas tu foam jenis baik sikit. Lebih lembut. Kalau korang nak cari tilam yang lagi bagus, ada je yang mahal- mahal.

Tilam lama kita pindah ke bilik nombor 2.

Waterproof sheet ni sekeping je macam ni. Tapi boleh lipat la bawah tilam. Ada bersertakan getah. Bila dah pasang, nampak cantik macam gambar kan.


Apa yang penting Waterproof Bed Sheet ni?

Penting bagi mengelakkan air kencing terkena tilam. Hanya perlu cuci bedsheet sahaja. Ini bukan sekadar untuk Aisyah yang sudah besar yang sesekali terlepas. Untuk yang adik, Alif pun berguna juga sebab kadang terlupa diapers dia belum tukar sebelum tidur, sedar-sedar ada lelehan sebab diapers dah penuh. Walaupun sedikit tetap kena cuci kan.

Lagi satu, corak dia cantik. Ada pelbagai jenis corak yang menarik. Tidak perlu sarungkan cadar dah. Sebab dah cantik.

Kainnya tak panas. Sejuk je sebab cotton. Memang berbaloi beli.



Suka Suki

True Love by Silkygirl

1:33 PTG

Assalamualaikum

True Love by Silkygirl | Seakan semangat semakin pudar. Pudar tu umpama cat dinding yang disimbah hujan saban hari. Entah apa jenis pepatah yang lalu spontan di benak fikiranku ini.

Maaflah lama tak singgah blog korang. Beria korang singgah blog aku kan tapi aku tak sempat nak balas lagi. Bukan tak baca komen korang tu, aku baca je. Tapi, nak membalas belum berkesempatan.

Bak aku cakap tadi semangat yang kian pudar. Seriusss weh aku speechless. Tak memasal pula blog kecintaan aku ni sedikt terabai. Busy ya ampun. Tapi disebalik kesibukan kerja, ada berita tak gembira sebab tu semangat aku semakin pudar.

Tiba-tiba secara tak sengaja, gedik-gedik di watson tadi, sempat belek minyak wangi, cium-cium bau mana yang wangi bersama Cik Aisyah. Finally, aku grab yang ini. Lama kot aku tak pakai wangi-wangi macamni. Selalu pakai minyak kasturi saja. Yup, setan tak suka bau kasturi.

Dengan harapan semangat bekerja aku kembali dan dalam melalui hari-hari bekerja di sini dengan lebih tabah, redha dan rajin.