Rumah

Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menyewakan Rumah

8:00 PG

Assalamualaikum

Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menyewakan Rumah | Seperti yang telah saya kongsikan di entri lepas, klik [SINI] rumah saya sudah ada penyewa. Alhamdulillah, bayaran sewa bulan pertama sudah pun kami terima.

Untuk pengetahuan semua, penyewa sudah deal dengan suami saya agak lama, dari sebelum raya puasa lagi.  Siap cakap, lambat pun takpe, yang penting dia sewa rumah kami. Tapi, kalau cepat, lagi bagus. Alhamdulillah, penyewa percaya dengan kami.

Maka, dari selepas raya, bermulalah projek kami menyiapkan rumah sewa sebelum kami sewakan ke penyewa. Apa yang saya kongsikan ini adalah cara kami. Mungkin lain penyewa, lain caranya. Cuma pada kami, kami selesa dengan cara kami.

Apa yang kami sediakan sebelum sewakan rumah?

1- Pasang lampu - Termasuklah ruang tamu, dapur, setiap bilik (ada 3 bilik), bilik mandi (ada 2 bilik mandi), di hadapan pintu masuk (tempat letak kasut) dan luar dapur (tempat basuh baju).
Kami memilih jenis kalimantang pendek.
Jumlah lampu = 9 unit
RM10 x 9 = 
*Upah = Tiada
Jumlah = RM90


2- Pasang kipas - Kami ambil inisiatif untuk sediakan kipas syiling di ruang tamu dan ke tiga-tiga bilik, bermakna jumlah kipas syiling adalah 4. Semua beli time offer.
Khind = 1 unit
RM110
Jenama biasa (tak ingat sebab beli murah) = 3 unit
RM105 x 3 = RM315
*Upah = Tiada
Jumlah = RM425


3- Pendawaian - Kos wayar dan peralatan. 
Wayar = RM100
Soket (tempat mendobi) =
Piping (tempat mendobi) =
*Upah = Tiada
Jumlah =

*Upah = Tiada sebab pendawaian dilakukan oleh tuan rumah sendiri (en.suami).
* Jika dikira harga pendawaian sekarang, agak tinggi juga. Korang boleh survey harga dengan kontraktor pendawaian sendiri. Perlu bijak memilih kontraktor.
* Ada juga yang mengenakan cas menebuk (bergantung pada jenis dinding yang ditebuk), ada dinding yang keras giler tau, contohnya rumah flat kami tu, hand drill biasa tak mampu menebuk.
Harga mesin drill milik en.suami lebih kurang RM400-500. Heavy duty. Boleh klik [SINI] untuk baca jenis hand drill apa yang en.suami guna.


4- Cat - Oleh kerana selepas check defect, rumah kami agak tak cantik catnya. Agak bercapuk. Kami mengambil inisiatif mengecat bersama-sama. Pun masih mencari cat murah dan berkualiti.

Cat tong besar = RM70
Cat tong sedang = RM30 x 3
Upah = RM100 (minta tolong abang ipar habiskan mengecat dan proses touch up)
Jumlah = RM260
*Salah kami, ingatkan cukup. Hehehe..

5- Pasang tikar getah - Memandangkan rumah kami hanya lantai simen, kami ambil inisiatif mengikut bajet kami dengan memasang tikar getah. Tikar getah pilihan kami adalah tikar getah jenis foam. Lembut bila dipijak dan tebal.
Tikar getah foam = 2 gulung
Segulung = 6' lebar x 22 meter panjang
*Beli kali pertama = RM200
*Beli kali ke2 = RM210
Jumlah = RM410

*Untuk pengetahuan, harga tikar getah telah naik sekarang, RM220 segulung termasuk COD kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang.


Berminat untuk order tikar getah ni, boleh whataps 0197808005 (Nurhidayati Halim). Corak bergantung pada pengeluaran kilang. Saya kira lebih murah sebab berserta COD berbanding harga di kedai (sebab saya ada survey di kedai juga).


6- Pasang grill - Tujuan keselamatan penyewa lebih-lebih lagi rumah flat yang berada di tingkat tinggi. Rumah kami berada di tingkat 6.

Kos pembuatan + pemasangan = RM2000.
%  kontraktor.





7- Pasang rail langsir - Kami siap-siap sediakan rail untuk gantung langsir sebab tidak mahu penyewa bersusah payah menebuk atau mengelakkan ditebuk sesuka hati. Bak kata en.suami, biar berlubang di tangan sendiri.

*Tak ingat berapa meter kami gunakan untuk rail langsir.
- Ruang tamu = 4 daun tingkap.
- Bilik utama = 3 daun tingkap.
- 2 Bilik lain = 2 daun tingkap.
Kos = RM



8- Langsir - Langsir ni kira sedekah je. Sebab gunapakai langsir lama dari rumah emak. Terima kasih mak. Sayang mak ketat-ketat. Penyangkut besi pun guna lebihan dari rumah kami. 

Harga sepeket RM1.50/ 10 pcs.
RM1.50 x 3 = RM4.50


9- Penyangkut baju / tempat letak barang mandian di bilik mandi.

Beli di Mr.DIY = RM30
Tempat sidai kain (tempat mendobi) = RM30
Kos upah = tiada
Jumlah = RM60


Total damage RM3000-3500. Sebab wiring, piping dan painting dilakukan sendiri. Bagi mereka yang totally UPAH, sila survey harga sendiri. Harga upah juga bergantung pada harga semasa, contoh, untuk pemasangan lampu sahaja, kos upah RM20, pemasangan kipas pula, kos upah sahaja RM70.


Nota Hati : Saya akan update mana yang lopong sebab kurang pasti.


Farewell

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja

8:00 PG

Assalamualaikum

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja | Jarak kemasukan kerja di kilang ni antara kami tidak jauh mana. Saya masuk bulan 8, manakala dia hujung tahun. Cuma berbeza department. Tapi, tetaplah kenal sebab waktu itu staff tidaklah ramai mana, tidak seramai sekarang, sampai berlaga bahu pun pun tak tahu kerja satu kilang.

Maknanya, kami sama-sama sudah berkhidmat di kilang sekarang ni selama 8 tahun. Dari anak dara, kemudian berkahwin dan masing-masing sudah punya 2 orang anak. Dia muda setahun dari saya.

Pejam celik pejam celik, notis sebulan yang dia hantar hampir tamat. Nekad berhenti menjadi surirumah. Tahniah. Moga satu hari nanti saya seperti dia juga.

Kami makan bersama di MyKluang Seri Alam. Tidak berapa jauh dari tempat kerja. Keadaan di sini pun agak selesa.

Menu pilihan saya, tak terlalu berat kononnya.



Mesti korang tertanya-tanya siapa yang berhenti? Tu ha kawan kitorang yang berkebaya kuning tu. Kami bertiga ni masing-masing sudah beranak dua ye. Dari HR department.

Terima kasih pada yang sudi belanja kami pada hari itu. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan. Pada yang bakal mengakhiri perkhidmatan tu..moga terus maju jaya. Jangan lupa pula pada persahabatan yang telah terjalin antara kita.


Menang Hadiah

Menang Educational Toys dari Norhaen Kids

8:00 PG

Assalamualaikum

Menang Educational Toys dari Norhaen Kids | Tempohari ada join Giveway, bak support kawan sendiri. Tak sangka pula terpilih sebagai pemenang.

Ini hadiah yang saya terima. Kebetulan diterima pada 13 November, di mana jatuh pada hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-33.





Inilah hadiah-hadiah yang saya terima. 

Puzzle

Literacy Game

Letter English Match

ABC


Makan-makan

Asam Pedas Terbaik di Seri Alam Johor

10:00 PG

Assalamualaikum

Asam Pedas Terbaik di Seri Alam Johor | Johor memang terkenal dengan masakan asam pedas. Kebiasaannya menu asam pedas saya menggunakan ikan sembilang atau ikan mayong. En.suami penggemar asam pedas ikan sembilang.

Kalau ada ke Seri Alam Masai, apa kata korang cuba asam pedas di kedai ini. Kedai makan ini terletak di tengah kawasan bandar Seri Alam (kawasan bank dan deretan kedai). Lokasi kedai ini sebaris dengan Pasaraya Sakan. Korang akan nampak signboard Asam Pedas.

Menu pilihan bos kami adalah set Asam Pedas Ikan Merah. Set ini didatangi dengan nasi putih dan semangkuk asam pedas. Bahagian kepala tu dia punya sorang. Kitorang makan bahagian isi.


Ini bahagian bos kami. Dia bedal 2 pinggan nasi uii.


Inilah geng isnin hingga jumaat saya. Sporting morting. Tempat meluahkan rasa pasal kerja dan sewaktu dengannya.



Food Review

Amphawa Boat Noodle Johor Bahru

12:00 PTG

Assalamualaikum

Amphawa Boat Noodle Johor Bahru | Pertama kali menjejakkan kaki di sini, itu pun bersama rakan sekerja yang sporting giler babas. Lunch date sudah diset dengan cun sejak minggu lalu gara-gara terliur bila mendengar tom yam di sini sedap sangat.

Kalau dari tempat kerja kami agak jauh juga, tapi memandangkan hari jumaat kan. Tambah pula hari Jumaat merupakan hari off bagi sektor kerajaan dan seangkatannya. Jalan agak clear dan parking pun mudah.


Terdapat air terjun buatan di dalamnya. Seolah kami berpiknik di tepi air terjun pula. Ya, agak tenang dan selesa. Tambah pula ketika kami sampai, ruang di bahagian atas ni masih tidak ramai orang. Saja beri peluang kepada kami untuk berwelfie.


Seperti biasa, air sampai dulu. Saya order kiwi. Cantik kan air ni. Jangan lupa kacau dulu sebelum minum, baru rasa kiwi tu.


Saya order 3 variety of boat noodles. 2 mangkuk bihun tomyam, semangkuk beef da semangkuk lagi chicken. Chicken tu rasa pelik sikit. Yang beef tu rasa dia unik, sedap juga.


Di sini terkenal dengan Tom Yamnya yang sedap. Memang recommended. Kuah tom yamnya memang pekat. Mula-mula makan memang tak rasa pedas, lepas dah mangkuk ke-2 baru rasa pedas. Sedap sangat kot.

Pencuci mulut yang tak dilupakan, wajib order mangga pulut. Cubalah korang rasa sendiri, memang sedap. Dengan limpahan santannya yang pekat, pulut yang ditanak cukup masak dan lembut. Mangga yang manis dihidangkan bersama. Sedap uiii.


Sambil makan, bergambar jangan dilupakan. Inilah geng lunch date saya. Semua adik-adik lagi.



Nak pergi sini? Ini alamatnya;
Amphawa Boat Noodle
 40, Jalan Ibrahim,
Bandar Johor Bahru,
80000 Johor Bahru, Johor


Jalan-jalan

Ambil Angin di Puteri Harbour

8:00 PG

Assalamualaikum

Ambil Angin di Puteri Harbour | Bila tak tahu nak ke mana, maka kami ke Puteri Harbour ambil angin petang. Kali terakhir ke sini ketika Cik Aisyah berusia 3 tahun rasanya. 

Jalan-jalan Ke Puteri Harbour

Cik Aisyah baru je ke sini beberapa minggu lalu, mengikuti rombongan tabika.

Lawatan Ke Thomas Town

Kali ini ke Puteri Harbour bawa Alif sekali. Alif belum pernah sampai sini lagi. Teruja betul dia melihat deretan bot di situ. Berulang kali dia berpatah balik le tepi tembok sebab nak tengok bot. Dah nama anak jantan kan, lasak kemain.


Bergambar seketol dua buat kenangan ye.


Singgah di Toy r Us, konon cari Charlie si keretapi dalam kartun Thomas & Friends. Dia kenal Charlie pun sebab dia belek buku yang kakak dia dapat tempohari. Dalam banyak-banyak jenis keretapi, Charlie itulah yang ditunjuknya setiap hari. Puaslah mencari, takde. 

Inilah Charlie, keretapi berwarna ungu.

Tunjuk keretapi yang lain memang dia taknak. Langsung geleng kepala. Penyudahnya, ayah bagi hadiah senapang. Siap ada bunyi dan berlampu terang.


Lagak si hero dengan senapangnya. Benda baru, gitulah kan. Tidur pun bawa sekali.



Aku

Saya Sudah 33!

10:03 PG

Assalamualaikum
Saya Sudah 33! | Pejam celik pejam celik, saya sudah 33 tahun! Ohh....cepatnya masa berlalu. Rindu nak ke usis 3 tahun semula. Haha..
  

Moga hari ini lebih baik dari semalam. Terima kasih pada yang sudi wish pada saya. Baik di whataps, di FB, di IG atau di mulut.

Dapat hadiah dari Celcom, 1GB percuma tapi hanya boleh digunakan pada hari ini, tamat pada 11.59 malam ini. Syahdu je...



Terima kasih semua.


Press Release

STARBUCKS MALAYSIA COLLABORATES WITH HOPE WORLDWIDE MALAYSIA TO DELIVER WARMTH IN THE AFTERMATH OF FLOODS IN PENANG

7:28 PTG

Assalamualaikum

STARBUCKS MALAYSIA COLLABORATES WITH HOPE WORLDWIDE MALAYSIA TO DELIVER WARMTH IN THE AFTERMATH OF FLOODS IN PENANG | Kuala Lumpur, 11 November 2017: Starbucks Malaysia has teamed up with Hope Worldwide Malaysia (HOPEww), and Penang State Assemblyman for Kebun Bunga, YB Cheah Kah Peng’s officers to distribute coffee, tea, and bread to affected flood victims at Jalan Lumba Kuda in Bukit Gantang, Penang after the flood subsided.

Several areas in Penang were affected by the flood which was triggered by extreme heavy and incessant downpour last weekend. Authorities have taken immediate action to rescue and evacuate flood victims to relief centres. Led by Rina Siew, Starbucks Malaysia’s Corporate Social Responsibility (CSR) Manager, the Starbucks Malaysia team hopes this will be able to “fuel” up the flood victims’ energy in the aftermath of the flood, in collaboration with HOPEww.

Starbucks partners delivering coffee and tea to flood victims with help from HOPEww volunteers and YB Cheah Kah Peng’s officers.

 
Warm cups of coffee/tea served with warm and bright smiles to chase away the tiredness of the flood victims cleaning up their homes. 

“It is disheartening to see a fellow State stricken by one of the worst floods in decades. At Starbucks, we are committed to serve and help our community, one cup at a time. Cleaning up in the aftermath of the flood is an exhausting task and energy levels will certainly be low. Other than the aid offered by authorities and the public, the least we can do is to do our part to assist the flood victims by keeping them energised as they go about their task of cleaning and repairing the damage done by the floods,” said Mr. Sydney Quays, Chief Executive Officer, Berjaya Food Berhad.

Flood victims enjoying their cup of warm coffee/tea received from the team.

 
The team is all smiles at the end of the day. 

For more information, please visit Starbucks Malaysia website at www.starbucks.com.my. 

###

About Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd

Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd is wholly owned by Berjaya Group Berhad and a licensee of Starbucks Coffee International. The company operates Starbucks retail locations throughout Malaysia and is committed to offering the world’s finest coffee while enriching Malaysians’ lives one cup at a time. 

Starbucks Malaysia has been named as Malaysia’s best employer at the Aon Hewitt Best Employers- Malaysia 2015 Awards, receiving the title - ‘Best of the Best’. Aon Hewitt Best Employers Award is deemed to be one of the most prestigious awards in recognizing companies with high employee engagement, compelling employer brand, effective leadership and high performance culture. 

In 2014, Starbucks Malaysia has been awarded with the HR Best Practices Gold Award in the Malaysia Human Resources Award 2014 - organized by the Malaysia Institute of Human Resources Management (MIHRM). 


For more information, please visit the official site at www.starbucks.com.my or check out our Facebook page at http://www.facebook.com/StarbucksMalaysia/ and through the Starbucks Newsroom.

About Starbucks

Since 1971, Starbucks Coffee Company has been committed to ethically sourcing and roasting high-quality arabica coffee. 

Today, with stores around the globe, the company is the premier roaster and retailer of specialty coffee in the world. Through our unwavering commitment to excellence and our guiding principles, we bring the unique Starbucks Experience to life for every customer through every cup. To share in the experience please visit us in our stores, online at Starbucks.com and through the Starbucks Newsroom. 


Issued on behalf of Starbucks Malaysia by GO Communications Sdn Bhd.

For media inquiries, please contact:
GO Communications Sdn Bhd.
Choulyin Tan, choulyin@gocomm.com.my, +6016 856 7286
Ng Yan Ni, yanni@gocomm.com.my, +6012 552 5173
Tel: +603 7710 3288
Fax: +603 7710 3289



Giveaway

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com

9:00 PG

Assalamualaikum




Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Pengalamanku

Pembaharuan Lesen Memandu 2017

9:00 PG

Assalamualaikum

Pembaharuan Lesen Memandu 2017 | Setiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selain ingat yang hari itu hari jadi kita, wajib ingat juga yang lesen kita ni sudah tamat tempoh!

Hal ini bergantung pada berapa lama tempoh pembaharuan lesen korang juga. Macam saya, saya cuma renew untuk tempoh setahun sahaja. Makanya, memang kena ingat untuk renew setiap tahun.


Rasa comel pula gambar passport kat lesen lama ni. Saya masuk kelas memandu dan ambil test segala tu 9 tahun yang lalu, ketika berusia 24 tahun. Agak lewat jugalah saat saya ambil lesen memandu ni dahulu.

Dan selama 9 tahun jugalah saya memandu kereta manual. Lepas dapat lesen, saya drive kereta satria kakak saya. Dulu saya ni jenis kerja berhenti kerja berhenti. Lepas berhenti kerja lama dulu saya ambil lesen kereta. Agak sukar di Johor ni kalau tak de lesen memandu dan tak pandai pandu kereta, susah dapat kerja. Dululah. Sekarang dah ada Uber dan Grab. Agak mudah di situ.

Tahun 2008 bermulalah cerita pemanduan saya di mana saya mula bekerja di tempat kerja lama (sebelum di tempat kerja sekarang). Masa tu masih memandu kereta satria manual. Kereta mati tengah jalan sebab clutch tak balance tu perkara biasa buat saya.


Masuk tempat kerja baru, saya dapat beli seketol viva comel. Pun manual. Itu je yang mampu kan. Pejam celik pejam celik, 9 tahun dah saya drive kereta manual. Dan 9 tahun jugalah usia lesen memandu saya.

Pembaharuan lesen memandu sekarang sangat mudah. Pergi sahaja ke pejabat pos dengan membawa kad pengenalan dan lesen memandu asal.

Jangan lupa bawa RM30 untuk tempoh setahun. Dan jangan lupa juga kira GST sekali. Pendek kata, janganlah bawa duit ngam-ngam, bawa lebih. Urusan pembaharuan lesen ni 5 minit je dah selesai. Dan pastikan juga sistem mereka tiada masalah.


Produk Kecantikan

Kecantikan Dalaman & Luaran Dengan Lady White Jamu Jelita

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kecantikan Dalaman & Luaran Dengan Lady White Jamu Jelita | Saya ada kongsikan salah satu produk Jamu Jelita di entri lepas. Sebenarnya, Jamu Jelita ni banyak sangat produk. Selepas produk yang lama habis hampir seminggu, saya beli pula Lady White keluaran Jamu Jelita.

Lady White dahulu dikenali Sexy white. Produk yang ini mahal sedikit dari Pearl White sebab ini untuk dalaman dan luaran. Banyak kebaikan yang terkandung dalam minuman kecantikan ini.

Dari segi rasa, memang sedap. Ada rasa manis masam-masam yang tak berapa masam, seolah rasa campuran strawberi dan kiwi. Sedap.


Lady White Sexy White merupakan formulasi istimewa yang menggabungkan campuran herba asli bersama vitamin C untuk keanggunan dan keremajaan yang berpanjangan.

Ia kaya dengan khasiat Pueraria Mirifica, Pueraria Lobata, Kacip Fatimah dan Manjakani yang ternyata berkesan untuk membantu anda memiliki aset tubuh yang montok dan menawan di samping dapat memelihara kesihatan dalaman kaum wanita secara menyeluruh.


KHASIAT SEXY WHITE JAMU JELITA :
✔ Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
✔ Mengekalkan keanggunan dan keremajaan dari dalam
✔ Memelihara kecantikan kulit
✔ Meningkatkan kecerahan kulit secara semulajadi
✔ Membantu merawat masalah keputihan, ketegangan otot serta kitaran haid yang tidak stabil
✔ Membantu mengecutkan tisu faraj
✔ Membentuk bahagian payudara dan punggung yang lebih tegang dan montok
✔ Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual para isteri
✔ Membantu menganjal dan menegangkan kulit
✔ Melambatkan proses penuaan
✔ Membantu mengurangkan kanser rahim dan payudara
✔ Meningkatkan tahap kesihatan kaum wanita secara menyeluruh


KANDUNGAN SEXY WHITE JAMU JELITA :
1. Pueraria Mirifica:
Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.

2. Pueraria Lobata:
Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan kanser payudara.

3. Vitamin C:
Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas.

4. Manjakani:
Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.

5. Habbatussauda:
Di samping memelihara kesihatan dalaman, Habbatussauda yang kaya dengan kandungan asid lemak seperti asid linolenic dan linoleic ini turut berupaya mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan kusam di samping membantu memperbaiki tekstur kulit, mengekalkan kehalusan kulit serta membantu menyerlahkan lagi keremajaan kulit.

6. Kacip Fatimah:
Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita.

7. Serapat:
Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk mengetatkan otot faraj. Ia berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga mampu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.

8. Ginkgo Biloba:
Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.

9. Delima:
Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit dan serangan kanser kulit. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus.

10. Madu:
Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.


CARA PENGAMBILAN SEXY WHITE JAMU JELITA :
1- Bancuh 2 sudu Lady White bersama 150 ml air menggunakan shaker yang disediakan.
2- Goncang sehingga larut.
3- Amalkan sebelum/selepas sarapan pagi atau makan malam.
4- Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.

Sumber ~ SINI


Bagi saya, saya cuma ambil 1 skop sahaja bersama 150ml air. Memang dah sedap dah. Bukan apa, 2 skop saya rasa pekat sangat. Tapi, ok lah kan 1 skop setiap hari boleh diminum selama 3 minggu. Berbaloi sangat. Sudah la sedap, berkhasiat pula.

Jangan lupa untuk minum air putih 3 liter sehari.


Aisyah Humaira

Sesi Berjubah Tabika KEMAS Al-Falah 2017

8:00 PG

Assalamualaikum

Sesi Berjubah Tabika KEMAS Al-Falah 2017 | Sekarang ni musim graduasi kan? Penuh wallfeed FB dengan gambar mereka yang sedang berkonvo.

Tidak ketinggalan, Cik Aisyah pun berkonvokesyen. Sudah hampir hujung tahun ni, Cik Aisyah bawa balik gambar dia berjubah memegang skrol.


Banyak juga gambar yang dia bawa pulang. Satu tu siap frame.




Terharu hati saat menatap gambar-gambar Cik Aisyah. Siapa sangka anak saya sudah berusia 5 tahun. Tahun depan dia sudah 6 tahun dan akan ke Tadika lain.



Review Product

Toy & Surface Cleaner Chomel Sentiasa Diyakini

1:00 PTG

Assalamualaikum

Toy & Surface Cleaner Chomel Sentiasa Diyakini | Seperti yang kita ketahui bayi dan kanak-kanak amat mudah untuk dijangkiti penyakit. Terutamanya bayi atau anak kecil yang suka memasukkan barang (cth : alat permaianan) ke dalam mulut.

Jika alat permainan atau permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria pasti mudah berpindah pada mereka. Sebagai ibubapa, jangan ambil ringan akan hal ini kerana alat permainan atau lantai yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria pada anak.

Berapa kerapkah anda membersihkan alat permainan anak?
Adalah lebih baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa tertentu;

- Apabila alat permainan mula kelihatan kotar. Contohnya, makanan tertumpah pada alat permaina atau dibawa keluar rumah.

- Anak baru sembuh daru sebarang jangkitan seperti selesema atau cirit-birit.

- Ada kanak-kanak lain memasukkan alat permainan anak ke dalam mulut mereka.

Sebenarnya banyak kaedah yang perlu dilakukan untuk membersihkan alat permainan dan lantai rumah. Kaedah membersih pula berbeza mengikut jenis alat permainan seperti permainan yang diperbuat dari getah seperti, mainan yang diperbuat dari plastik seperti kereta mainan dan mainan yang diperbuat dari kain atau kapas seperti anak patung.

Tips Menjaga Kebersihan Alat Permainan.
- Simpan permainan di dalam bekas tertutup yang bersih setiap kali selepas main.

- Sebaiknya, setiap anak mempunya permainan sendiri. Kurangkan berkongsi permainan terutamanya patung mainan fabrik.

- Permainan yang tidak boleh dibasuh seperti plastisin perlu diganti apabila ia sudah lama digunakan kerana bakteria pasti sudah berkumpul di dalamnya.

- Jangan campurkan permainan yang sudah kotor dengan pemainan yang masih bersih. Asingkan terlebih dahulu sebelum dibasuh.

Nak Tahu Cara Lebih Mudah?
Cara ni memang semudah ABC! Semua ibu bapa sangat perlukannya dan jangan risau, ianya tidak merbahaya malah selamat pada anak kecil.

Perkenalkan produk pilihan para ibu bapa, Toy & Surface Cleaner keluaran Chomel.

Maklumat produk : - Cara pembersih semula jadi pelbagai tujuan untuk membuang kotoran dan bau dengan selamat dari semua permukaan dan barangan di rumah anda.
- Berkesan menembusi dan mengemulsikan kotoran, gris, minyak, kotoran dan cap jari kecil.
- Mudah terbakar dan tidak beracun untuk keluarga anda.

Produk berkesan pada;
- Kerusi bayi
- Alat permainan
- Katil bayi
- Tikar mainana
- Lantai
- Tembok


Cara menggunakan;
- Semburkan pada permukaan yang hendak dibersihkan. Kemudian, lap dengan kain bersih atau span. Selesai!

Berminat untuk tempah? 
Untuk maklumat lanjut,
Boleh ke www.chomelbaby.com 

Media Invitation

GLO KL Fitness Dance Party 2017

8:00 PG

Assalamualaikum

GLO KL Fitness Dance Party 2017This year, MURFEST (Malaysia Urban Retreat Festival) 2017 is proudly presenting GLO KL Fitness Dance Party 2017 featuring Salsation and the founder, Alejandro Angulo from Venezuela. 
 
Event details:

Date: 4 November 2017, Saturday
Time: 6.30pm onwards
Venue: The Plaza, Lim Kok Wing University 


Save the date!



Alif Ziyad

Botol Susu Kegemaran Alif

10:55 PG

Assalamualaikum

Botol Susu Kegemaran Alif | Usia Alif sekarang sudah melepasi 2 tahun. Sudah 2 tahun 2 bulan. Dia masih menyusu botol. Saya ada beli botol susu baru untuk dia. Bila dah beli tu kan, baru sedar anak dah besar rupanya. Eh pakai botol susu lagi. Ibu nya dah beli pun. Pakai jela kan.


Tommee Tippee, botol susu yang saya gunakan bermula dia berusia 4 bulan. Pada permulaan, beli sekadar suka-suka sebab bentuk botolnya yang comel, bulat dan putingnya seakan puting ibu. Sejak dari itu, Alif mahu botol susu jenis ni sahaja. Botol susu lain dia tak mahu. Tapi, bila dengan pengasuh nak pula botol lain.


Botol susu perlu ditukar setiap 6 bulan. Cara penjagaan botol juga perlu dititik beratkan. Macam saya, bukan guna satu botol sahaja setiap 6 bulan tu. Dalam tempoh 6 bulan, biasanya guna 3 atau 4 botol juga sebab atas permintaan BS. Bukan apa, takut dia terkejar-kejar untuk basuh botol. Pada saya, ok je untuk kemudahan BS.


Bila tengok botol susu ni kan, teringat pula botol-botol susu lama Alif. Setiap corak pada botol yang saya pernah beli berbeza-beza. Sayang pula sebab dah buang bila dah tak guna. Kalau tak macam-macam koleksi agaknya.

Berminat nak beli botol susu TT? Boleh jenguk-jenguk link INI.




Media Invitation

MURFEST (Malaysia Urban Retreat Festival) 2017

11:00 PG

Assalamualaikum

MURFEST (Malaysia Urban Retreat Festival) 2017Asia's largest urban retreat festival is returning for the fourth consecutive year. 

The grand launch details are as follows:

Date: 4 November 2017 
Time: 10am onwards
Venue: Grand Millennium Ballroom, Level 1, Le Meridien Putrajaya





For more information, click http://murfest.com/