Makanan

Kopi Bubuk Kapal Tanker

8:00 PG

Assalamualaikum

Kopi Bubuk Kapal Tanker | Kalau di Malaysia terkenal dengan Kopi Kapal Api, di negara jiran pula terkenal dengan Kopi Kapal Tanker.

Kopi ini pemberian Pak Rudi, Production Manager CP yang datang dari Batam untuk support production di sini.

Banyak perubahan yang dia lakukan di sini. Tak sangka pula dapat sepeket kopi kaw ni.


Kopi kampung yang pekat. Serius sedap minum kopi O panas di petang hari.


Saya buat sejug kecil dan minum berdua laki bini. 



Recipes

Resepi :Waffle Sedap Dan Mudah Bersama Trio

9:00 PG

Assalamualaikum

Waffle Sedap Dan Mudah Bersama Trio | Rasmi juga Waffle Maker Trio saya ni. Tiasa sebab munasabah kenapa saya agak lambat mencuba waffle maker ni. Agak malas mengeluarkan gajet-gajet yang tersimpan rapi di dalam kotak.

Untuk membuat waffle, perlu menggunakan mixer untuk lebih mudah. Bukan mudah rupanya untuk membuat waffle ni. Perlu mencuba dan terus mencuba. Almaklumlah saya tak pandai membaking. Saya mencuba 2 versi resepi yang berbeza.

Mixer jenama Pensonic ini saya beli di Tesco. Kebetulan ada promosi sempena hari raya. Niat hati nak membaking, tapi sampai ke sudah mixer ni tersimpan rapi di dalam kotak. Harga promosi murah je. Dalam RM150.


Apa kelebihan Waffle maker ini? Boleh baca Waffle Maker Trio.


Resepi Waffle 1

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu baking powder
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1/2 cawan mentega - dicairkan
- 3/4 cawan susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
- Panaskan waffle maker.
- Ayak tepung bersama baking powder.
- Pukul telur hingga betul-betul kembang.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan lain dan pukul hingga sebati.
- Apabila waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan dan ratakan. Ikutlah ketebalan waffle maker masing-masing.
- Tutup waffle maker dan masak sehingga warna keemasan (golden brown).
- Sapukan jem/ coklat/ peanut butter.




Untuk Waffle Maker jenama Trio ini, saya sarankan temperature letakkan di dark. In sha Allah waffle korang akan jadi golden brown dan crunchy. Masa telah diset secara automatik iaitu selama 3 minit untuk sekali pembakaran.

Cubaan kali ke-2 telah dilakukan oleh en.suami dan hasilnya agak tidak memberangsangkan meskipun bahan yang digunakan sama seperti saya buat.


Resepi Waffle 2

Bahan-bahan:
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1 sudu baking powder
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1/2 cawan mentega - dicairkan
- 3/4 cawan susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
- Panaskan waffle maker.
- Ayak tepung bersama baking powder.
- Pukul telur hingga betul-betul kembang.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan lain dan pukul hingga sebati.
- Apabila waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan dan ratakan. Ikutlah ketebalan waffle maker masing-masing.
- Tutup waffle maker dan masak sehingga warna keemasan (golden brown).
- Sapukan jem/ coklat/ peanut butter.


Waffle yang en.suami hasilkan untuk cubaan kali ke-3 ini agak cantik. Cuma kurang lembut. Apa pun, kami akan terus mencuba untuk mendapatkan waffle yang sedap, lembut dan rangup.


Tips

Tips Rebus Telur

8:00 PG

Assalamualaikum

Tips Rebus Telur | Sebelum ini saya pernah kongsikan tips telur rebus cantik mulus. Klik [SINI] ye. Takdelah obses dengan telur rebus ni cuma kebetulan tips ini saya rasakan sangat berguna untuk dikongsikan bersama.


Apa tips tu?

1- Untuk merebus telur, panaskan air dulu. Sudah mendidih baru masukkan telur.
Sebab : Untuk kekalkan telur kuning di tengah bila dah direbus.
2- Jangan masak terlebih waktu (overcooked).
Bahaya!!
Sebab: Ianya akan mengaktifkan sel-sel kanser dalam badan.
Masa yang sesuai: 8-12min. Biasanya saya rebus selama 10 minit sahaja.
Tanda-tanda telur terlebih masak, ada biru-biru dikeliling telur kuning.
Wallhuaklam

Media Invitation

Keriangan Berganda Di LEGOLAND Malaysia WATER PARK

12:00 PTG

Assalamualaikum

Keriangan Berganda di Legoland Malaysia Water Park | 16.09.17 - Sempena 5th Brick-Versary Legoland Malaysia, kami diberi peluang merasakan keriangan di taman air. Memang teruja habis.

5th Brick-Versary

Sebenarnya kami ke taman tema dahulu sebelum ke taman air. Nanti saya kongsi kisah di taman tema pula.

Bagi mereka yang pertama kali ke Legoland Malaysia, jika anda memilih tiket Combo (Taman tema + Taman Air), anda disarankan ke taman air dahulu kerana taman air ditutup seawal 6 petang. Bagi mengelakkan kelam kabut, lebih baik anda ke taman air dahulu.
Di Taman Air, disediakan pelbagai kelengkapan fasiliti. Tidak perlu risau jika mahu bermain air sepuasnya.

Bilik persalinan yang luas dan dipisahkan antara tempat persalinan wanita dan lelaki. Locker juga disediakan dan dikenakan bayaran.

Locker bersaiz kecil - RM20
Locker bersaiz besar - RM40

Selain itu, fasiliti yang disediakan di Taman Air Legoland;
- Pelampung.
- Jaket.
- Ruang meletakkan selipar/kasut.
- Kerusi/meja tempat beristirehat.

Ini bahagian kolam yang direka seakan lautan. Terasa juga seakan dilambung ombak bila berendam dan bermain air. Jangan risau, penjaga air ada di sekeliling kolam ini.


Ini pula bahagian bawah, lebih kepada permainan gelongsor air. Sesuai untuk peringkat umur 6 tahun ke atas. Saya yang gayat ni memang tak berani panjat sampai atas. Cik Aisyah yang lemah lembut dan tidak berapa lasak ni memang tak main juga di sini.


Sejuk betul air yang diturunkan dari atas tu. Air yang sembur dan dipancur tu pun sejuk.



Di sebelah pula tempat mandi manda yang dipenuhi dengan lego mainan. Ada pelampung disediakan untuk pusing sekeliling. Tapi kami tak dapat nak guna pelampung tu sebab terlalu ramai pengunjung pada hari itu.


Kami kembali naik ke atas, kolam ala-ala air laut. Budak-budak lebih suka bermain air di sini. Maka, bermain airlah kami di sini. 


Saya dan Alif naik dahulu sebab Alif dah mula mengantuk. Tinggallah Cik Aisyah bermain air bersama ayah dan Pak Andaknya. Taman Air dah nak tutup baru diorang naik.



Ditutup jam 6 petang tapi masih ada je saki baki yang tak boleh move on, tetap nak main air sehingga dihalau.


Apa tunggu lagi, bersempena 5th Brick-Versary, jangan lepaskan peluang keemasan. Tempah tiket anda sekarang atau sebelum 30 September 2017!



Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiker, boleh terus ke https://www.legoland.com.my/book-visit/two-together/








Makanan

Mamee Monster Biskidz Kudapan Berlemak Manis

8:25 PG

Assalamualaikum

Monster Biskidz Kudapan Berlemak Manis | Sedap juga rasa biskut ni. Rasanya lemak manis berkrim. Seolah rasa susu.


Ada 8 keping biskut di dalam 1 pek. Kepingannya agak nipis dan mudah rapuh. Dapat dek budak-budak memang punah direnyuknya.

Pek mini ini memang sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Buat bekalan untuk alas perut.

Aktiviti

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Tabika 2017

12:00 PTG

Assalamualaikum

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Tabika 2017 | 11.09.2017 - Sambutan hari kemerdekaan Tabika Kemas Al-Falah diadakan. Kebetulan saya memang minta cuti setengah hari sebelah petang sebab ada checkup 2 tahun Alif. Bila tiba-tiba dapa surat dari tabika, teruslah saya minta cuti satu hari full.


Kalau ikutkan saya yang sudah hilang kekreatifan ni memang takde lah Cik Aisyah pakai baju macam ni agaknya. Ibu kau dah beku macam anode juga.

Siapa hasilkan baju ni? Baca sampai habis ye.

Sudah lengkap cantik berbaju tapi tudung pula takde idea saya nak pakaikan. Penyudahnya pakai sajalah tudung sekolah.


Kami ibu bapa murid datang seawal 8 pagi. Ada sesi menjawab teka-teki jumlah gula-gula dalam balang. Alif teruja membuli kakaknya. Cubaan mendapatkan skaf rambut Cik Aisyah.


Murid-murid duduk di kerusi yang telah cikgu aturkan bagi memudahkan majlis.


Sesi dimulakan setelah Pengerusi sampai. Dimulakan dengan ucapan Cikgu Syira selaku guru di tabika ini. Kemudian, diikuti dengan ucapan dari wakil ibu bapa. Teks telah disediakan oleh guru. Akhir sekali, ucapan dari Pengerusi. Setelah itu, majlis pun dimulakan.


Murid-murid diminta beratur untuk mengambil nombor. Aisyah dapat nombor 8.


Kami menyanyikan lagu Negaraku, lagu kebangsaan, lagu merdeka bersama-sama. Ada lagu yang saya tak pasti (jangan jadi macam saya).


Sesi bermula.



Selesai peragaan dari semua murid, kami dihidangkan dengan Layer Cake Apollo dan air teh. Ada juga air oren sejuk. Sementara itu, para juri sedang berdiskusi memberi markah.

Budak lapar.

Gegirl.

5 orang pemenang utama dipilih dan mendapat hadiah dan wang tunai. Aisyah dapat saguhati je, tempat ke-6. Itu sudah buat kami gembira. Hadiah saguhati seperti yang dipegang oleh Aisyah berisi pensel dan pensel warna.


3 pemenang utama yang sempat saya ambil gambar. Lengkap berpakaian bendera dari kepala hingga ke kaki kan?


Sebelum balik, kami ibu bapa murid diberi bungkusan makanan satu sorang. Mi goreng. Sedap tau. Manakala, murid-murid pula diminta bergambar beramai-ramai.


Inilah dia orang kuat yang menghasilkan baju cantik Cik Aisyah. Atok dan nenek Cik Aisyah. Terima kasih emak..abah.. Cik Aisyah pakai baju ni sampai ke petang. Ke klinik pun masih pakai baju ini hingga menjadi tumpuan ramai.





Affiliate

Waffle Maker Trio

12:00 PTG

Assalamualaikum

Waffle Maker Trio | Masih ingat tak yang saya pernah kongsikan kisah kemenangan Lazada Blogger Contest saya di SINI. Meskipun di tempat ke-3, hadiahnya adalah baucer RM100 tau. Niat sebenar mahukan barang lain tapi tak sangka pula barang yang saya mahukan tidak boleh menggunakan kod boucer tersebut.

Voucher valid until December 2017. Maka, gigih juga mencuba barang lain menggunakan boucer itu. Dapatlah beli Waffle Maker Brand Trio dengan harga RM120. Menggunakan kod boucer, saya hanya perlu tambah RM20 + RM3 untuk penghantaran.


Trio Rotating Waffle Maker Polished Stainless Steel ( TWM-85 )

- 1" thick Belgian Waffles.
- 180 rotating function for even cooking.
- Auto locking mechnism prevents spillage.
- Non stick cooking plates so waffles can be easily removed without issue.
- Browning control knob with dual sides cooking control/ indicator light.
- Removable drip tray for easy cleaning.
- 1 year limited warranty.

Klik [SINI] untuk beli.


Jom shopping di Lazada. Lazada memang ada macam-macam sales. Klik banner bawah ni untuk shopping.


Happy shopping.



Makanan

Etsumell Susu Kambing Coklat + Oat

8:00 PG

Assalamualaikum

Etsumell Susu Kambing Coklat + Oat | Etsumell merupakan rumusan khas berasaskan susu kambing sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mengandungi campuran unik lengkap dan seimbang membekalkan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh bagi kesejahteraan dan gaya hidup aktif.


Susu kambing Etsumell sesuai untuk kanak-kanak, wanita hamil/berpantang, wanita menyusu, remaja dan dewasa/warga emas.

Khasiat Semulajadi Etsumell

Isi kandungan
Susu kambing, DHA, Oat, krimer tanpa tenusu, serbuk koko, delima, madu, kurma, gam arab, habatus sauda, kismis, ekstrak biji aprikot dan gula perang.

❤Susu Kambing❤
Tahukan anda, susu kambing merupakan ;
- Susu yang paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila).
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

❤Habbatussauda ❤
Diketahui bahawa habbatussauda memiliki manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan tubuh, diantaranya:
- Dapat mengatasi penyakit diabetes atau kencing manis.
- Dapat membantu dalam menstabilkan kadar gula darah di dalam badan.
- Dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Dapat mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser di dalam badan kerana di dalam habbatussauda terdapat kandungan thymoquinone dan juga thymohydroquinone yang merupakan salah satu kandungan senyawa antikanser.
- Dapat membantu melancarkan buang angin, kerana kandungan senyawa di dalam habbatussauda dapat bersifat karminatif.
- Dapat mengatasi sakit perut
- Dapat menghangatkan badan, sehingga dapat mencegah masuk angin.
- Mengatasi masalah pencernaan.

❤Oat❤
Salah satu bahan istimewa yang terkandung di dalam nya adalah oat. Susu kambing sendiri mudah dihadam, bertambah pulak khasiat fiber dari oat, in sha Allah membantu mengatasi masalah sembelit dan juga memberi kesan rasa kenyang serta tenaga yang lebih lama.

❤DHA❤
Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
- Meningkatkan daya fokus.
- Perkembangan otak yang baik.
- Menajamkan penglihatan.
- Meningkatkan sistem imun
- Mencegah ekzema
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.

Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.
Selain itu, pengambilan Etsumell dengan tambahan OAT yang ternyata mengandungi serat/fiber yang tinggi membantu korang untuk rasa kenyang lebih lama tapi tetap bertenaga sepanjang hari.

Bukan untuk kesihatan sahaja tapi rasanya sedap dan 100% organik tanpa pewarna,perasa atau bahan tiruan diyakini selamat.


Arahan Penggunaan Etsumell
Campurkan 3 sudu susu dengan 120ml air suam. (Pencedok disedikan di dalam kotak).

Arahan Penyimpanan Etsumell
- Sila simpan pek di tempat yang kering sebelum dan selepas dibuka.
- Lipat dan klipkan bahagian yang telah dibuka.
- Simpan di dalam tin atau bekas kedap udara. Pastikan bekas ditutup rapi.
- Jangan bekukan serbuk susu dan elakkan haba yang berlebihan.
- Untuk memastikan kesegaran, gunakan kandungan dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka.

Testimoni Etsumell





Saya dah cuba susu kambing Etsumell ni. Rasa coklat yang sedap tanpa bau hamis. Anak-anak pun sukakan rasanya. Memang sedap.


Bahagian atas kotak ada kupon untuk dikumpul. So, sebelum kotak dibuang, pastikan korang dah simpan kupon ni. Rugilah kalau tak kumpul sebab korang boleh tebus kupon tersebut dengan susu Etsumell ni.


Untuk keterangan lanjut, boleh ke