Aku

Idamkan Mesin Jahit

8:00 PG

Assalamualaikum

Idamkan Mesin Jahit | Ini kejadian beberapa minggu lepas. Gara-gara sudah pasang lampu dan kipas di rumah flat, en.suami minta saya jahit langsir. Kebetulan ada kain lebih tak pakai, saya pun gunting untuk dijadikan langsir di sana. Bukan apa, takut orang nampak pula apa ada dalam rumah tu.
Maka, gigihlah saya membentang kain dan memotong mengikut ukuran. Tapi, ada budak comel ni mengacau ibu dia buat kerja. Merengek kemain.


Rupa-rupanya merengek sebab nak tidur. Minta didodoi sebab ibu dia tak beri perhatian kat dia. Sibuk sangat dengan kain langsir.

Bila si kecil Alif sudah tidur, laju-lajulah si ibu memotong kain. Siap! Tapi...

Mesin jahit pula tak gerak! Mesin jahit yang ada tu merupakan mesin jahit lama yang dipasang motor. Saya rasa motor dah rosak sebab motor tu dah lama dan sudah lama juga tidak digunakan.

Tu yang teringin untuk memiliki mesin jahit baru. Jom kita tengok sales LAZADA yang sedang berlangsung sekarang ni.

Teringin yang macam ni



Giveaway

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

3:04 PTG

Assalamualaikum
Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com | Saya nak ajak rakan blogger untuk join Giveaway anjuran Kisahsidairy.com. Hari ini hari terakhir tau untuk join. Saya merupakan salah seorang sponsor Giveaway ini. Jangan risau saya merupakan sponsor yang jujur. Belum pernah lagi hadiah saya tak sampai kepada pemenang.

Jom sertai ramai-ramai.

===================================

Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Makanan

ABC Tembikai Viral di Sierra Perdana

10:41 PG

Assalamualaikum

ABC Tembikai Viral di Sierra Perdana | Terkejut juga bila ada makanan viral di tempat sendiri dan sendiri tak tahu akan kewujudannya. Patutlah nampak banyak je kereta berhenti di tepi jalan, orang beratur menunggu giliran, rupanya ada ABC Tembikai Viral.

Apa tidaknya sudah viral di FB Persatuan Muafakat Johor lagi. ICE MELON UNCLE.

Seperti biasa, kami ni kalau benda viral-viral memang tunggu reda dahulu. Minggu lepas, singgah lah tapau ABC Tembikai ni memandangkan rumah kami pun dekat sahaja dari lokasi gerai.


Berita gembira buat warga Masai & sekitarnya. Kini anda boleh nikmati ABC Tembikai di Tempat anda. Harga murah jer!! Satu set tembikai saiz S pun boleh makan sampai 3 orang.

Harga mengikut saiz (S/M/L) berikut :
✔️ Tembikai Merah saiz S : RM7.00
✔️ Tembikai Susu saiz S : RM5.00
✔️ Tembikai Kuning saiz S : RM8.00

Untuk saiz M : RM14
Untuk saiz L : RM22
Lokasi :
Alamat lebih tepat;
❤ Jalan Sierra Perdana 1/4, Taman Sierra Perdana, Johor.
Waktu Operasi :
 12.00 tgh hingga 7.00 malam
 Buka Hari-hari 


Pada saya, rasa dia biasa sangat cuma ada tembikai kan, sedap makan tembikai je kot. Ais parut dia cepat cair sebab rumah kami yang sekangkang kera tu pun, sampai rumah dah cair.

Bahan-bahan lain, ok cuma bahan-bahan seperti sirap, susu dan coklet agak cair. Bila makan, rasa tawar lah dah benda cair.

Bandingkan dengan harga, perlu diperbaiki dari segi rasa dan tahap kecairan ais parut tu.

Makan Gaji

Tak Sabar

11:36 PG

Assalamualaikum

Tak Sabar | Raya puasa hari tu dah dapat rehat sekejap. Lepas naik cuti, kerja memang non-stop. Nak meet date TPI, date delivery, woowww mabuk weh.
 
Siksa rasanya 2 bulan belakang ni. Apa taknya, bila job bertalu-talu macam ni, rasa sekejap je masa berlalu.

Tak sabar nak habiskan bulan ni sebab dapat merasa cuti panjang. Kebetulan kan Hari Kemerdekaan jatuh pada hari Khamis. Kemudian, cuti raya haji pula. Best-best.


Penuh kalender kena conteng.





Pengalamanku

Aduan Melalui Website PTPTN Lebih Efisyen

8:00 PG

Assalamualaikum
Aduan Melalui Website PTPTN Lebih Efisyen | Saya ada kongsikan masalah saya sebelum ni berkenaan pulangan lebihan bayaran ke akaun 2 KWSP terlalu lambat. Puas saya follow-up melalui telefon hotline tetapi jawapan yang saya terima agak tidak menepati kepuasan hati saya. Bayangkan surat pengesahan selesai pinjaman telah saya terima awal bulan April tapi hingga bulan Julai pulangan belum juga diterima.

Baca [SINI] untuk mengetahui cara menyelesaikan pinjaman menggunakan akaun 2 KWSP. Akhirnya saya buat aduan di website PTPTN terus. Tak sangka, aduan melalui kaedah ini lebih cepat dan efisyen. Malah jawapan yang saya terima memuaskan hati.

Tak sampai 2 minggu, duit saya telah dikreditkan semula ke akaun 2 KWSP saya. Tetapi, masih ada lebihan bayaran sedikit yang membuat saya rasa tidak puas hati. Aduan dibuat sekali lagi melalui Aduan. Serius, memang tangkas mereka menyelesaikan aduan.

Lebihan bayaran sudah saya terima minggu lepas dengan dikreditkan ke akaun CIMB saya. Terima kasih staff PTPTN. Untuk aduan, boleh la layari http://www.ptptn.gov.my/


Klik pada simbol dalam bulatan. Pastikan korang tak lupa untuk bayar pinjaman ye..


Jumpa Blogger

Kenangan Legoland

8:00 PG

Assalamualaikum
Kenangan Legoland | Pertama kali kami sampai di Legoland. Macam tak percaya kan? Padahal duduk di JB dan memang orang Johor pun. Kali ini pergi sebab dapat tiket percuma dari Mama Maszul. Terima kasih banyak-banyak mama. Hadiah yang tidak ternilai kerana buat anak-anak gembira sampai ajak lagi ke sana.


15.07.17 - Kami ke Legoland. Maaflah mama terpaksa menunggu kami lama. Kami ni sampai sesat-sesat sebab pintu gerbang Legoland sedang renovation. Hah..kelakar! Sempat berwelfie bersama Mama sebelum berpisah membawa haluan masing-masing.


Masuk-masuk terus bergambar. Cik Aisyah takut dengan maskot ni, tak tahulah kenapa.


Tengok lah mata Cik Aisyah masih lagi memandang maskot tadi, takut maskot tu kejar kot. Akan diupdate lagi nanti untuk kenangan bersama.


Anak-anak

Ubat Gigi Kanak-kanak Jenama Tesco

8:00 PG

Assalamualaikum

Ubat Gigi Kanak-kanak Jenama Tesco | Budak comel Alif ni memang nakal banyak tau. Waktu mandikan dia, suruh gosok gigi, ubat gigi akan dipegangnya tak lepas-lepas. Tau-tau mana ntah dia campak. Memang selalu jadi macam ni.

Bukan tak nak minta, tapi dia ni jenis menangis beria macam kena dera bila tak dapat. Sudah lah pagi-pagi ibu dia ni kalut terkocoh kacah nak buat macam-macam. Nak bersiapkan Cik Aisyah untuk ke sekolah, nak siap pakai cun-cun ke tempat kerja lagi. Dia sibuk pula obses dengan ubat gigi.

Mungkin kerana ubat gigi kanak-kanak ni tidak berangin tanpa pudina malah bau seakan gula-gula. Kadang-kala dibawanya ubat gigi ni ke rumah pengasuh. Lepas tu memang lupa lah nak bawa balik semula.

Dek kerana kerap sangat membeli ubat gigi, untuk jimat sedikit, saya beli ubat gigi kanak-kanak jenama tesco. Buat stok sekali. Andai hilang lagi tidak lah gelabah Cik Aisyah nak gosok gigi pagi-pagi.

Ubat gigi kanak-kanak jenama Tesco ni ada 3 perisa kalau tak silap. Saya beli dua pek, satu pek berwarna biru (bubble gum) dan satu lagi merah jambu (strawberi).


Comel gambar kartun di tiub ni. Lagilah Alif geram, pegang tak lepas-lepas. Pernah sekali dia nyonyot ubat gigi ni macam makan lolipop. Aduhai anak.


Perkongsian

Jenis-jenis Santau

8:00 PG

Assalamualaikum

Jenis-jenis Santau | Terbaca perkongsian ini di FB dan mahu kongsikan di sini agar mudah untuk dijadikan rujukan saya. 

Jom kenali jenis-jenis santau. Benda nmpak mengarut tapi memang pernah terjadi. Jaga-jaga.

Guna rokok pun boleh santau. apatah lagi vape yang asapnya lagi banyak mengalahkan asap lori taik. memang ganas. semoga dijauhkan dari perkara tak elok.

Ehsan Google

💨 Santau Angin
Selalunya ia akan dihantar melalui hembusan asap rokok.

Kesan
Mangsa akan mengalami mata merah dan pening-pening macam rasa nak pecah kepala serta muntah darah dalam masa lebih kurang 2 jam dan berisiko untuk mati jika tidak dirawat. Mangsa juga akan mengalami busung.

**********************************

💦 Santau Air
Mentera yang dibaca yang akan diselangi dengan nama si mangsa dan ada wirid yang digunakan daripada ayat Al-Quran yang diterbalikkan. Semua ini akan di baca pada air dan diberikan pada mangsa untuk diminum.

Kesan
Mangsa berasa terhuyung hayang, dada berasa sempit, rasa seperti sesuatu yang memberati mereka diantara bahu dan tengkuk belakang, dan berisiko mati dalam keadaan segera (on the spot).

**********************************

🌰 Santau Tanah
Menggunakan gumpalan rambut, kaca, paku, duri yang dibacakan mantera kemudian ditanamkan kedalam tanah berhampiran atau didepan rumah mangsa.

Kesan
Apabila mangsa terpijak, mangsa akan jatuh dan akan terlihat satu bayangan hitam menghampiri dirinya dan akan berasa sesak nafas serta muntah darah, juga mengakitbatkan kematian.

**********************************

🔥 Santau Api
Menggunakan perantaraan seperti iblis atau penanggal yang mana telah dikhadamkan untuk menghampiri mangsa dan diselingkan dengan mentara. Pelaku akan memuja khadam yang menjaga api iaitu makhluk yang bernama jin.

Kesan
Mangsa akan melihat makhluk berterbangan yang berbentuk seperti api atau bebola api menghampirinya, dan terus mengenainya tepat di dada mangsa.

**********************************

👺 Santau Pujangga
Menggunakan kepingan gambar mangsa, rambut mangsa, pakaian dalam mangsa, atau barang peribadi mangsa. Ianya dimasukkan ke dalam balang kaca dan dicampurkan dengan air kencing, air longkang dan paku serta dibacakan mantera keatasnya.

Kesan
Mangsa tiba2 akan mengalami sesak nafas yang teruk, rasa tidak berpijak di bumi, batuk berdarah dan memuntahkan serpihan paku.

**********************************

👹 Santau Keramat
Menggunakan tali pusat bayi yang meninggal dunia, gambar mangsa, rambut mangsa dan disatukan dalam satu balang yang bercampur dengan serpihan kaca, batu, paku serta dawai2 halus,. Kemudian kesemua bahan ini dicampurkan dengan bancuhan air kapur sireh bercampur air kencing.

Kesan 
Mangsa akan muntah darah dalam keadaan segera, keluar segala serpihan kaca dan segala barangan yang digunakan untuk kaedah santau keramat.

Sumber : Koleksi Kata - Kata Ustaz Kazim Elias


Perkongsian

Jenis-jenis Kelumumur

8:00 PG

Assalamualaikum

Jenis-jenis Kelumumur | Sebenarnya kelemumur ni banyak jenis, tapi orang anggap semua jenis sama. Maka dorang pun rawat kelemumur dengan cara yang sama. Sedangkan salah cara rawat buatkan kelemumur kita lagi makin teruk.

Kulit kita kan menggantikan selnya setiap bulan. Kulit yang normal dan sihat biasanya penggantian sel kulit tu tak nampak ketara.

Dan sel kulit mati akan hilang sendiri tanpa kita sedar, sama saja kulit badan dan kulit kepala.
Tapi, ada sesetengah orang penggantian sel kulit menjadi ketara dan kita boleh nampak sel kulit mati tu.

Untuk jenis yang PERTAMA:
Kelemumur ni disebabkan oleh KULIT KERING. 

- Ni disebabkan kurangnya sebum natural untuk melindungi kulit kepala.

- KUPING kelemumur ni KECIL dan nampak macam berabuk dan biasanya senang jatuh kat bahu.

- Puncanya maybe disebabkan oleh perubahan cuaca, kekurangan air dalam badan, perubahan hormon, kekurangan nutrisi yang seimbang atau penggunaan produk rambut yang berkimia keras.

Untuk jenis yang KEDUA:
Kelemumur ni disebabkan oleh PEMBIAKAN KULAT (malassezia) yang melampau. 
- Kulat ni naturally memang ada kat kepala kita cuma pembiakan yang melampau menjadikan generasi kulit yang terlebih2. 

- Kulit mati yang sedia ada tak sempat nak hilang ada pulak kulit mati yang lain. 

- Bezanya KUPING kelemumur ni BESAR- BESAR dan dia senang tersekat kat rambut. 

- Bila kita tarik boleh nampak SEKEPING- SEKEPING kelemumur tu.

- Dan biasanya kelemumur jenis ni yang selalu buat GATAL2 kulit kepala.

- Kulit kepala pun banyak minyak juga, dan sangat beza dengan yang pertama. 

- Yang pertama tu memang rasa kulit kering, yang ni kita tak rasa kering tapi kepala berkelemumur.

- PUNCA sebenar kenapa kulat tu membiak dengan melampau pun TAK DAPAT DIKENALPASTI sebabnya maybe disebabkan oleh perubahan cuaca, kekurangan air dalam badan, perubahan hormon, kekurangan nutrisi yang seimbang atau penggunaan produk rambut yang berkimia keras.

Jenis yang KETIGA ni:
Kelemumur ni dipanggil SEBORRHEIC DERMATITIS.

- Kelemumur ni dikategori sebagai penyakit.

- Ianya disebabkan oleh auto-immune badan atau sebab genetik.

- Kelemumur ni biasanya berwarna KUNING.

- Kulit KEPALA KEMERAH- merahan.

- Diikuti dengan KEGUGURAN RAMBUT juga.

- Selain kat kulit kepala keadaan ni juga biasanya ada kat bahagian lain macam belakang telinga.

======================

Sejak beberapa menjak ni gatal sungguh kulit kepala saya sampai rasa nak garu je. Geram! Nak kata ada kelumumur, mungkin ada sedikit tapi takde lah tahap berkeruping putih-putih tu. Cuma gatal sangat-sangat. Rambut gugur tu memang kerap la.. sampai potong rambut pendek sendiri je. Geram!

Adakah ini petanda uban mahu tumbuh??


Luahan Hati

Santai Ahad : Perbualan

8:00 PG

Assalamualaikum

Kebetulan masa tu di dapur, terpandang pula kalender di peti ais. Hari itu hari rabu, 16 Ogos 2017. Dalam hati terdetik mahu ambil cuti pada 30 Ogos 2017.

Dari ruang tamu en.suami menegur, tengok apa? Aku cuma cakap, rasa ambil cuti 30 Ogos sebab 31 Ogos cuti merdeka, 1 September cuti raya haji. Penat rasanya kerja, nak cutilah.

"Alahai..lama lagi 30 tu.." kata en.suami.
Oh my asben, memang nampak lama lagi, lagi 2 minggu tapi dengan kerja sekarang yang berlambak-lambak, tak terkejar rasanya, tak sempat nak bernafas, kerja-kerja-kerja.

Projek tahun ni memang kencang. 9 dapur terus beroperasi 24 jam. Hampir hari-hari full dengan final inspection. Ada tu dalam sehari sampai 2 final inspection. Matilanak mak buat report sorang-sorang. In the end, bila situasi menjerut leher macam ni, manager pun minta engineer bantu.
Tapi tak leh nak harap sangat la kan sebab masing-masing pun ada kerja masing-masing. Makanya, bagi dia buat report job kuantiti sikit je.
Sebab tu juga saya rasa masa cepat berlalu. Tak menang tangan. Sedar-sedar dah hari jumaat. Tak sempat rasa bosan, dah bunyi loceng tanda tiba waktu balik. Tapi, sudah menjadi kebiasaan pula bagi saya, masuk awal, balik lambat.
Hello, saya bukan punch card jam 8.30 ngam-ngam, kemudian lenggang kangkung pula godak air, makan sarapan. No-no-no. Punch MESTI sebelum jam 8.30 pagi. Biasanya 8.10 pagi dah punch. Dan bukan saya juga sebelum jam 6 dah menunggu untuk punch balik. Tu semua bukan saya. Pada saya, kerja is kerja.
Dan saya bukan jenis suka tangguh kerja, buat last minute, tunggu diberi arahan, tunggu disuap. All not me. Tu yang kadang-kadang pepagj buta dah nampak saya cekak pinggang cari rekod. Kadang-kadang saya muncul di packing area pantau progress, dan lebih tepat, tak MENIPU!
Tapi apa kan daya, menipu tu tetap ada as long dapat meet delivery. Kadang-kadang stress sebab orang tak faham kerja kita.

Recipes

Kentang Goreng Tepung Bestari

8:00 PG

Assalamualaikum
Kentang Goreng Tepung Bestari | Berat isian kentang sejuk beku ini biasanya 1kg, memang banyak untuk sekali goreng. Bila disimpan semula dan dinyah bekukan sekali lagi, ia cepat lembik bila digoreng. Untuk mengelakkan ia lembik selepas digoreng, saya mendapat ilham untuk menggunapakai tepung serbaguna bestari.

Memang tepat pilihan saya sejak berzaman ini. Sejak mengenali tepung serbaguna bestari, tepung ini sahaja yang menjadi pilihan hati. Isiannya juga 1kg. Macam-macam boleh digunakan untuk mengelakkan ianya expired!

Cara yang cukup mudah.

Nyahbeku kentang sejuk beku. Tuangkan tepung serbaguna bestari ke dalam bekas. Curan kentang yang telah dinyahbeku ke dalam bekas berisi tepung tadi. Gaul. Renjiskan air sedikit sahaja. Kemudian, gaul rata lagi.


Sudah gaul, panaskan minyak dan goreng! Siap untuk dimakan.


Cubalah sebab kentang goreng akan lebih sedap tau..


Giveaway

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

4:00 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor 

  • Like Fanpage 

  • Add To Circle Sponsor 
  • Follow Instagram Sponsor  

  • Follow Twitter Sponsor 
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 
 1 September 2017


Sekian , terima kasih




Recipes

Resepi : Cucur Kembong Viral

12:00 PTG

Assalamualaikum
Resepi : Cucur Kembong Viral | Orang lain dah jenuh makan kot, saya baru terusik hati nak buat. Tapi sebenar-benarnya, cucur kembong viral ni dah berzaman saya buat pun. Kalau bosan, tak tahu nak buat sarapan apa, cucur macam ni lah yang saya buat hampir setiap minggu.

Sebelum viral, saya panggil Jemput-jemput air panas sebab nak buat jemput-jemput ni kena guna air panas menggelegak tu. Hairan juga saya bila dah jadi viral ni cuma resepinya cucur yang viral ni manis.


Resepi : Cucur Kembong Viral

Bahan-bahan:
4 senduk tepung
4 senduk air panas menggelegak
4 sudu gula
Sedikit garam

Cara-cara:
- Satukan tepung, gula dan garam ke dalam satu bekas.
- Apabila air menggelegak, masukkan sesenduk demi sesenduk ke dalam bekas beisi tepung.
- Gaul sebati.
- Sejukkan tepung sebelum gentel bulat-bulat. Buat sampai habis.
- Goreng dalam minyak panas.


Mudah je kan. Tapi, tang nak menggentel bulat-bulat tu memang saya kurang rajin. Dari dulu buat pun memang tak berapa rajin gentel bulat-bulat. Sebab apa? Sebab tak sabar nak makan!


Islam Itu Indah

Hukum Suami Cium Jenazah Pasangan

8:00 PG

Assalamualaikum

Hukum Suami Cium Jenazah Pasangan | Kematian itu pasti. Sejak beberapa minggu kebelakangan ni kerap betul mendapat berita dari kenalan terdekat tentang kematian saudara mara, adik beradik, kenalan mereka. Mungkin sebab wujudnya media sosial sekarang dan aplikasi whatAps yang memudahkan penyampaian berita dan permergian insan yang mereka sayangi.

Terbaca tentang ini di laman muka buku. Sedikit mengusik hati dan perlu ambil tahu tentang ini.


Hukum suami cium jenazah pasangan.

Soalan:
Apakah hukum suami memberi ciuman kepada isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan, iaitu selepas dimandi dan dikafankan.

Ketika ini, hanya muka belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak-anak si mati memberi ciuman terakhir.

Ada pendapat mengatakan suami tidak boleh mencium arwah isterinya kerana akan membatalkan air sembahyang. Adakah ia benar?

Jawapan:
Hukum seseorang suami atau isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah pasangannya diharuskan dalam Islam.

Ia dipanggil bercerai mati dan tidak sama dengan berpisah hidup yang menyebabkan timbulnya hukum.

Walaupun si mati telah diangkat wuduknya ketika dimandikan, tetapi ciuman suami atau isteri kepadanya tidak membatalkan wuduk si mati kerana wuduknya bukan diangkat sendiri, tetapi diwudukkan oleh orang lain.

Dalam keadaan ini, wuduk si mati tidak batal dengan ciuman suami. Bagaimanapun, hanya air sembahyang suami atau isteri saha yang terbatal (jika mereka dalam keadaan berwuduk).




Giveaway

Giveaway by LZ

4:00 PTG

Assalamualaikum

 www
Klik banner untuk sertai sebelum tamat!

Lady in red planner, seindah nama blog, blog ini cukup indah untuk menjadi habuan mata kerana kekemasannya. Header je pun dah buat tertarik menarik belum lagi baca entri-entrinya.


Info

Cara Pakai Face Mask Yang Betul

12:00 PTG

Assalamualaikum
Cara Pakai Face Mask Yang Betul | Tidak jerebu tidak apa tiba-tiba muncul cerita mengenai face mask atau penutup mulut dan hidung. Berikutan kisah INI, sudah menjadi rutin pula untuk memakai face mask. Meskipun batuk dan selesema sudah kebah, saya terus memakai face mask atas sebab persekitaran pula.


Kalau dilihat, face mask mempunyai dua warna yang berbeza di setiap belahnya. Kan? Di sini saya kongsikan cara pemakaian face mask yang betul. 

Semasa jerebu atau selsema.
- Bahagian berwarna putih patut menghadap muka kita dan bahagian berwarna lain menghadap luar. Ini kerana ian mengandungi tapisan untuk menapis mikroorganisma daripada tersebar kepada orang lain.

- Pegangn face mask dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada di kedudukan selesa.

Jika dalam keadaan sihat.
- Jika anda sihat atau tidak selsema, bahagian putih harus menghadap keluar untuk melindungi kita daripada mikroorganisma daripada tersebar kepada kita.

Selsema dan batuk sudah hilang. Cuma persekitaran agak tidak.bersih.

Sumber: [SINI] dan [SINI]



Nota Hati

wW 55 : Punca Gemuk

8:00 PG

Assalamualaikum

Fakta kajian mengatakan punca 80% wanita Malaysia menjagi gemuk adalah sebab kan banyak termakan janji manis lelaki. :)



Nota Hati

Nota Hati 12 : Ikhlas

4:00 PTG

Assalamualaikum


Ikhlas itu bukan perkara mudah,
tetapi jika memang sudah tidak ada yang boleh dilakukan lagi, maka ikhlas menjadi pilihan satu-satunya.


Makan Gaji

Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira

12:00 PTG

Assalamualaikum

Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira | Saya mengaku sejak beberapa minggu ini saya rasa nak makan je. Dah tak fikir nak kurus, nak control makan. Dan dua kali jugalah saya makan KFC dalam seminggu.

Pada saya KFC boleh buat hati saya gembira, menenangkan dan bahagia. Lagi-lagi bila dapat ratah ayam gorengnya.

Saya beli set jimat box. Sebab nak ratah seketul ayam dan dalam masa yang sama nak ratah yang lain-lain juga. Pastu, air gas tak nak tinggal. Rasa nak minum nak minum. Mungkin kerana minggu lepas jadual terlalu padat. Rasa letih otak, penat dan sedikit stress.

Sampai tahap sakitnya kepala!!! Bukan pening ke apa tapi sebab letih. Ada satu hari saya terpaksa stayback dan turun padang untuk pantau anode sebelum loading. Selalu stayback sebab prepare report je.

Tapi, bila perlu stayback sebab nak pastikan barang keluar tanpa ada masalah, penat pula rasanya. Bukan setakat basah ketiak, rasa ketiak segala hangit. Mau taknya kalau dari selepas asar bawa ke maghrib  jam 7.30pm baru melangkah keluar pejabat.

Ni set jimat box F

Ni pula set jimat box E

Bahagia lain macam tau bila dapat layan KFC. Rasa jiwa kembali tenang dan ada kekuatan untuk terus berkerja. 


Perkongsian

Jaga-jaga Wahai Suami

8:00 PG

Assalamualaikum
Jaga-jaga Wahai Suami | Kita sering mendengar ceramah akan kepentingannya. Mungkin ada suami yang ambil ringan sahaja. Sebahagian sahaja, saya percaya para suami sedar akan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri.

Kebanyakan suami hanya tahu erti nafkah batin. Tapi, zahir? Pada mereka sudah beri makan, tempat tinggal, ia sudah mencukupi. Tapi, seorang isteri aka perempuan punya nafsu bershopping, nafsu mencantikkan diri dan lain-lain.

Tanggungjawab nafkah seorang ayah pada anaknya terhenti bila anaknya telah bekerja dan mampu menanggung diri sendiri, tetapi tanggungjawab nafkah pada isteri tetap tidak terhenti sehingga kiamat selagi isteri masih hidup dan tiadak bercerai, walaupun isteri berkerja dan gaji isteri lebih mahal dari suami.
Suami jangan main-main bab nafkah isteri. Ianya suatu kewajiban yang besar.
~Ustaz Azhar Idrus~


Hak beri nafkah tugas suami
-Isteri bekerja bukan alasan abai tanggungjawab sara keluarga


Nafkah tak luput walaupun isteri kerja
-Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing.
Berdosa bagi suami jika menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungjawabnya.
~Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin


Ramai lelaki tidak menyedari antara tanggungjawab terpenting suami adalah menanggung dan memberi nafkah zahir.
Ia dalam bentuk wang ringgit secara bulanan kepada isteri bagi memastikan segala keperluan rumah tangga cukup walaupun isteri anda bekerja!


Banyakkan perkongsian tentang pemberian nafkah kepada isteri. Tidak tahulah jika hal ini memberi kesedaran kepada mereka atau tidak. 

Aktiviti

Main Susun Barang

8:00 PG

Assalamualaikum
Main Susun Barang | Permainan dan kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan. Ditambah pula daya imaginasi mereka yang tinggi, apa pun boleh. Kadang-kadang tu anak-anak lebih kerap bermain dengan pekakas di dapur berbanding permainan yang dibeli di kedai mainan.

Seperti aktiviti ini, ia ditiru dari aksi kakanya sendiri, Cik Aisyah. Aisyah memang gemar main hidang-hidang makanan, kononnya situasi di kedai makan dan restoran. Kemudian, aksinya dilihat dan ditiru oleh adiknya pula. 

Alif menyusun permainan kemudian berikan kepada saya. Kononnya, makanan dan minuman.

Kemudian, di bawa pula ke tempat lain. Kononnya, makanan telah habis dimakan.


Permainan-permainan tadi disusun pula atas iron board. Lihat, iron board pun boleh menjadi tempat permainan kank-kanak. Kononnya, sinki, tempat cuci pinggan mangkuk.


Terpegun seketika melihat kata-kata di belakang baju yang dipakai oleh Alif. Baju ini dibeli oleh pengasuh.
"Orang tuaku adalah pahlawan bagiku"




Santai Ahad

Me Time

9:00 PG

Assalamualaikum

Me Time | Bila sudah berkahwin, ada anak dua, me time tu seolah tak wujud dah. Nak buat apa yang kita suka tu memang payah.

Tapi tiba-tiba setelah berbulan tak sentuh game, saya boleh layan game-game ni sepuas hati. Sambil memerhati anak-anak main dan mereka tidak ambil peduli pula handphone yang berada di tangan saya.




Game-game santai yang saya install di handphone saya. Saya memang gemar game macam mudah macam ni. Mungkin sebulan selepas ini baru main lagi.





Note From Heart

Note From Heart 17 : Life is Hard

10:15 PG

Assalamualaikum


Life is hard.
You will fall, you will fail and you will be hurt
but
remember what hurts you today will make you stronger tomorrow.
The only thing you have to know is to RISE.





Perkongsian

Sakit & Anggota

3:06 PTG

Assalamualaikum

Sakit & Anggota | Saya kongsikan di sini sedikit info yang berguna untuk rujukan kita semua. Secara tidak langsung, kita tahu serba sedikit penyebab sakit yang kita alami.

Sakit di bahagian bahu
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas tangan
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

Kebas tangan kiri dan lengan
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 

Kebas kaki
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Sakit tapak kaki
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Sakit tumit kaki
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa panas di tapak kaki
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Gatal di celah jari-jari kaki
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

Tanda-tanda dalaman kepala
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

Pening/sakit di bahagian depan kepala
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

Pening/sakit di bahagian belakang kepala
● Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit kepala dan raas gas keluar dari telinga
●Menandakan penyakit migrain.

Bisul terjadi di kepala
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

Rasa pening yang memusing
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

Mulut/Kerongkong/Lidah rasa loya/muntah
●Tanda penyakit lelah. 
●Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Muntah darah
● Darah merah - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
● Darah hitam - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

Lidah rasa tegang dan pendek
●Tanda sakit jantung.
Keluar air liur yang pekat
●Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

Kerap kencing
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

Air kencing berkapur
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air kencing berminyak
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air kencing pekat berwarna coklat
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air kencing berdarah
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

Ciri-birit/kerap buang air besar
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

Sembeli
●Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis Berdarah
● Darah merah - Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam - Masalah penyakit ulser perut.

Najis Berwarna Hitam
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

Badan
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
● Menandakan luka di dalam badan.
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. 
● Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan terasa berat/malas/lenguh
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

Badan terasa panas
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan terasa ringan
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

Rasa takut mengejut
●Lemah fungsi buah pinggang.
●Tenaga batin lemah.

Cepat naik darah/marah
●Fungsi hati lemah.
●Tekanan darah tinggi.

Rasa bimbang dan takut
●Sistem paru-paru yang lemah.

Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab
●Sistem jantung yang lemah.
●Sistem saraf otak yang lemah.

Review Product

Minyak Yu Yee Cap Limau Kepercayaan Turun Temurun

8:00 PG

Assalamualaikum

Minyak Yu Yee Cap Limau Kepercayaan Turun Temurun | Bila sebut je minyak yu yee, terbayang terus bayi. Ini kerana minyak yu yee dan bayi agak sinonim. Minyak yu yee telah wujud sejak zaman berzaman. Ianya yelah wukud sejak 1860!


Sejak anak pertama lagi, minyak yu yee lah yang saya gunakan untuk mengelakkan kembung perut bayi. Minyak Yu yee disapu selepas bayi mandi. Titiskan minyak yu yee di telapak tangan kita, gosok-gosok sebelum disapu pada perut, dada, belakang badan, betis dan tapak kaki bayi.


Minyak yu yee didatangkan dalam botol yang comel dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia mudah dibuka dan mudah disimpan tanpa tertumpah. Maka tidak hairanlah jika minyak yu yee menjadi pilihan ramai ibu bapa.

Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau

Linimen berwarna coklat berbau peppermint mengandungi :  

 peppermint oil..................36.0 % w/v
 Clove Oil............................2.6 % w/v
 Nutmug Oil........................0.6 % w/v 
Menthol..............................1.6 % w/v
Borneol...............................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni..............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v

Light Liquid Paraffin..........q.s 100%
Selain kegunaan bayi, ia juga mujarab untuk rawatan bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anak saya sakit perut, memang minyak yu yee lah yang saya sapu. Bau limaunya cukup menyenangkan. Cepat melegakan sakit perut. Hatta, bagi saya juga ianya berkesan. 
Jangan risau, minyak yu yee cap limau ini telah disahkan HALAL dan sudah mendapat kelulusan KKM. Lagipula, minyak ini mudah didapati di farmasi.

Indikasi: 
Minyak ini melegakan sakit-sakit ringan pada otot-otot atau sendi serta melegakan simptom2-simptom kembung perut juga selesema.

Cara Pakai : 
Gosok di tempat yang sakit ketika diperlukan.

Kesan Sampingan: 
Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhiper sensitif terhadap bahan-bahan kandungan minyak di atas

Amaran:
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata. Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi. Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor.

Cara Penyimpanan:
Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran.

Minyak Yu Yee Cap Limau yang dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. ini biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dan juga selesema. Sila dapatkan di kedai runcit, pasaraya atau farmasi yang berdekatan anda dengan harga serendah RM9 sahaja. 

https://m.facebook.com/Minyak-Yu-Yee-Cap-Limau-1611335482473951/