Stok Soflens Bausch & Lomb

8:00 PG

Assalamualaikum

Stok Soflens Bausch & Lomb | Semua sedia maklum, saya merupakan salah seorang pengguna kanta lekap. Pada saya, saya lebih selesa tidak memakai cermin mata sebab rasa sedikit rimas bila memakai cermin mata ni.

Tambah pula rasa pandangan mata saya tak cukup meluas bila berkaca mata. Selain, bentuk muka yang agak tak sesuai bila berspek. Pakai tudung pun kembang sekembangnya.
Kadang-kadang saya bercuti juga dari memakai kanta lekap untuk rehatkan mata. Balik kerja memang terus buka. Sejak memakai cermin mata baru dengan power baru agak jarang saya memakai kanta lekap. Memang biasa beli kanta lekap untuk penggunaan sebulan tapi beli single je tak beli by box.

Oleh kerana gaji hari tu dapat back pay increament, adalah duit extra sikit. Saya beli stok kanta lekap dan solution sekali. Power mata kanan 600, power mata kiri pula 550. Setiap satu kotak adalah power yang berbeza. Dalam 1 kotak ada 6 keping kanta lekap.

Saya memilih untuk memakai jenis ni sebab boleh pakai hingga 12 jam. Sesuai dengan tempoh bekerja saya yang kadang kala lebih 8 jam mengadap komputer, belum termasuk pergi balik kerja.

Sebenarnya, pengguna kanta lekap perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih kanta lekap. Selain menitik beratkan akan kebersihan dan penjagaan kanta lekap tersebut.


You Might Also Like

4 comments

  1. assalamualaikum mar...betul tu pakai spec ni kekadang mmg merimaskan...tapi ok la boleh guna kanta lekap ni...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  2. jue tak leh masuk mata sebab mata kecik.. tera nak masuk jenuh nagis dulu.. dah masuk keja nak tonyoh mata pehtu mata berair jerrrr hahhaha

    BalasPadam
  3. blh hitung dgn jari berapa kali akak pakai contact lense..


    - Hernee Nazir -

    BalasPadam
  4. Uyul pun pengguna tegar kanta lengkap. nak nak bila uyul makeup.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.