Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim (Siri 1)

8:00 PG

Assalamualaikum

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim (Siri 1) | Ini merupakan aktiviti amal pertama #team JDT Blogger. Saat program ini diusulkan, saya sangat teruja untuk melibatkan diri sebab belum pernah mengelola aktiviti amal sebegini.

Saya sampai agak lewat sebab gerak di awal pagi. Ada anak kecil perlu diuruskan. Kemudian, gerak ke Kluang ditemani Cik Aisyah. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi.


Ketika ini, program telah berjalan dan saya sampai ketika sesi suai kenal dijalankan.


 Sesi Suai Kenal 


Emcee kita yang comel molek, Cik Uyul Rosli. Pandai dia berceloteh dan mengambil mood anak-anak. Sesi beramah mesra tidaklah formal, harus santai dan buat mereka gembira. Siapa yang bertuah dapatlah sedikit cenderahati.



Ucapan dari Pengerusi, Cik Yaya Cendana. Tuan Pengerusi ada menerangkan tentang apa itu "blog". Apa itu "blogger". Apa fungsi blogger. Kemudian, semua blogger yang terlibat memperkenalkan diri masing-masing.

Antara blogger yang terlibat adalah;
Janji Kita (tuan tanah),


Sebelum bermula sesi seterusnya, kita bergambar beramai-ramai dahulu. Ambil mood sebelum tenaga hilang.


Gambar kenangan bersama penghuni anak-anak yatim kluang dan JDT blogger yang terlibat.


Free style



 Sesi Gotong Royong 

Setelah membahagi kepada 4 check point, inilah beberapa anak yang bersama saya. Saya satu kumpulan dengan Yaya Cendana. Check point kami adalah di luar kawasan asrama puteri. Ini antara lokasinya. Kami bahagikan pula kepada dua kumpulan. Yaya bersama anak-anak bawahnya bersihkan di bahagian atas. Sementara saya dan anak-anak yang lain bersihkan di bahagian bawah. 

Bersihkan tempat berwuduk


Bersihkan longkang juga.

Kita welfie kejap.


Selesai aktiviti gotong royong, sementara menanti yang lain, kita welfie dulu. Antara cara mengambil hati mereka. Aisyah pula seronok bila kakak-kakak di situ melayannya.


 Sesi Minum Pagi 

Kemudian, saya ajak anak-anak masuk ke dalam Dewan Ikhlas semula untuk minum pagi. Kami sediakan roti pizza dan mineral water cup




 Sesi Penyerahan Sumbangan 

Tiba acara penting kami, iaitu penyerahan sumbangan. Segala sumbangan yang telah kami usahkan akhirnya sudah diserahkan. Betapa beratnya amanah ini. Alhamdulillah berjalan dengan sepatutnya.


Sesi penyerahan cek, dana buat PKAYIK.


Tanda hati dari PKAYIK buat kami, #team JDTBlogger.


Ini antara sumbangan berbentuk barang dari orang ramai buat PKAYIK. Moga penyumbang terus diberkati dan dimurahkan rezeki hendaknya.




 Sesi Sambutan Hari Jadi 


Kami ke aktiviti terakhir iaitu Sambutan Hari Jadi buat anak-anak yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Tujuan kami untuk menggembirakan hati mereka.


Antara kek, brownies, cream puff dari sumbangan orang perseorangan yang sudi sponsor dan menjayakan program amal kami. Syukur sekali lagi kerana mampu membuat anak-anak tersenyum.





Makanan tengahari juga ditaja sepenuhnya dari orang perseorangan. Meskipun menu simple, tapi ini sudah mencukupi buat semua.



#teamJDTBlogger yang terlibat. Bergambar setelah selesai majlis.


Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dapat program amal kami ini. Setelah berjaya dalam program ini, meskipun ada cacat celanya, in sha Allah kami akan melangkah lagi. Doakan yang terbaik buat team kami.




You Might Also Like

7 comments

  1. Gud luck buat team sis..seronok dpt brsatu dgn blogger2 buat aktiviti spt ni

    BalasPadam
  2. Tahniah blogger JDT! nampak macam best dan sangat enjoy. seronok tengok gambar2 :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..
    Program yang bermanfaat ni Mar..
    Menggembirakan hati anak2 ni..
    Tahniah Blogger JDT..

    BalasPadam
  4. rindu adik adik kakak nurul

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  5. alhamdulillah impian kita semua jadi kenyataan..

    - Hernee Nazir -

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.