Ilmu

Tuntutan Nafkah Suami

8:00 PG

Assalamualaikum

TURUTAN NAFKAH SUAMI |

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.



Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan


 

Anak Ke2

Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba

12:11 PTG

Assalamualaikum


Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba |  Bila ada anak kecil, perkara yang sering merisaukan kita sebagai ibu bapa adalah tahap kesihatan mereka. Tahan imunisasi anak kecil tidak kuat dan mereka mudah dihinggapi penyakit.

Alif, agak jarang demam. Tak silap saya, 6 bulan yang lepas dia ada demam. Dia kalau dah demam memang melepek je. Diam, terus tak aktif. Makan tak lalu, minum susu pun sikit je sebab haus.
Petang khamis, sewaktu jemput dia balik, pengasuh terus bagitahu yang Alif demam. Tiba-tiba menangis dalam buaian. Melepek lah dia bila tak sihat.


Terus saya EL hari jumaat tu sebab risau dengan keadaan dia yang jarang demam. Alif ni jenis melekat bila tak sihat. Tak boleh lepas langsung. Hatta, nak masak pun sempat tak sempat dah.

Hari pertama dia deman, hari kedua demam, saya pantau betul-betul. Maklumlah, demam zaman sekarang ni bukan boleh dibuat main.

Apa yang penting,
- Beri anak ubat mengikut dos dan aturan yang disarankan oleh doktor.
- Kerap lap badan anak, agar suhu badannya turun. Lap dengan air paip sahaja.
- Pantau suhu anak, pastikan termometer sentiasa ada di dalam rumah.
- Beri dia makanan yang lembut dan berkhasiat seperti bubur nasi / bubur ayam.
- Beri anak air masak secukupnya.
- Usap dan urut lembut badannya, mungkin badannya sakit-sakit.
- Bagi anak rehat secukupnya.
- Manjakan dia jika dia menangis bagi meredakan hatinya.


 Nota Hati : Sampai hari ni, Alif manja sangaaaatttt dengan saya.. Terrima kasih pada yang mendoakan Alif.. untuk pengetahuan semua, Alif dah sihat dah... dari hari Sabtu minggu lepas


Ilmu

Ingatlah Waktu-waktu Ini

9:00 PG

Assalamualaikum


  • 5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

  • 7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari! 

  • 9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

  • 11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

  •  1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

  •  3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

  •  5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.
 
  • 7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

  • 9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur.

  • 11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

  • 1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

  • 3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi.