Kenangan 3 Syawal 1438H

10:28 PG

Assalamualaikum

Kenangan 3 Syawal 1438H | Celik mata pagi itu, menghirup udara segar di bumi Mersing. Sejuk betul suasana rumah nenek. Anak-anak bukan main liat nak bangun. Seawal pagi kami dihidangkan cerita yang kurang enak, tapi abaikan sahaja.

Kenangan 2 Syawal 1438H

Jam 10 pagi kami gerak pulang ke Maokil. Jalan raya sudah mula banyak kenderaan. Pula dari Mersing ke Maokil, melalui jalan ke Kluang dan Ayer Hitam. Emm...melalui jalan ular dipalu. Aduhai...


Merentasi Kluang. Kemudian terus ke Ayer Hitam. Kami ke rumah nenek sedara di Felda Ayer Hitam. Melawat nenek sedara, nenek Kamariah yang jarang dilawati. Syukur raya kali ini cuti lama, dapat mengingat kembali saudara mara yang jauh di mata.


Cantik kan rumah hijau ni. Terpegun saya. Tapi, itu bukan rumah nenek sedara saya. 

Welfie..

Kami tidak lama di rumah nenek Kamariah. Kami berpisah dengan kakak sulung kami. Dia pulang ke Subang, rumah mertuanya pula.

Kisah seterusnya...tunggu...



You Might Also Like

5 comments

  1. Selamat hari raya mar...

    Seronok kan raya ni bila dapat ziarah sanak saudara yg jarang jumpa

    BalasPadam
  2. raya ketiga masih meriah.. syioknya raya tahun ni kami biasa2 saja..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.