Blog Janji Kita

Berjaya Follow!

9:00 PG

Assalamualaikum


Sebenarnya sampai hari ni (saat menaip entri ini), saya masih gagal follow blog kawan-kawan baru. Sejak blogspot dah berubah ada button "follow" dan "unfollow" warna biru tu.

Tapi,

Dengan bantuan kawan-kawan blogger juga, saya berjaya follow blog lain dengan jayanya.



Saya ada kongsikan di entri lepas, permasalahan saya yang tak boleh follow blog lain. Macam ni!






Atas bantuan Yien, saya buatlah cara manual seperti yang diajar. Memang berjaya!

Macamana caranya?
Jom, cuba!


1- Pergi ke dashboard. Kemudian klik "Add"



2- Masukkan url blogspot yang kita nak follow.



3- Url tu seperti dalam "kotak". Maaflah tuan tanah Queen Bee, saya guna blog awak sebagai tutorial sebab nak follow blog awak.



4- Dah masukkan url tadi, kemudian klik button "follow" warna kuning. Akan jadi macam ni. Jangan risau, klik je "reload" dan tunggu hingga habis loading.



5- Refresh dannnnn tada.............berjaya follow!



Ok, sila follow blog saya ye!


Islam Agamaku

Nasihat Terbaik Untuk Para Isteri & Anak Perempuan

9:00 PG

Assalamualaikum

  • Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT.
  • Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang membimbing ke jannah, bukan ke jahanam.
  • Isteri yang terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
  • Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.
  • Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.
  • Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.
  • Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.
  • Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.
  • Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
  • Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
  • Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah
  • Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  • Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
  • Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.
  • Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
  • Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
  • Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

Kredit ~ sini


Subhanallah...
Walhamdulillah...
Allahu Akbar...


Suka Suki

Kurus Dengan Per'l Xlim

12:45 PTG

Assalamualaikum


Nak kurus, nak kurus, nak kurus! Nak kempiskan perut! Itulah bisikan hati aku saban hari bila melihat imbasan diri sendiri di dalam cermin solek.

Tapi, selera makan tu tak hengat, semua benda nak telan. Dulu, aku ambil ESP Shaklee setiap hari. Sedap, memang kenyang je rasa pagi-pagi. So, breakfast memang tak makan berat. Lunch nasi separuh.

Aku ni jenis cepat bosan. Nak tukar-tukar selera kan. Lagi-lagi kalau ambil supplemen tak digalakkan minum minuman berkafein. Rugilah kan ambil supplemen mahal-mahal tapi kurang serapan sebab minum kafein.

Sejak anak dua ni rajin benar bancuh nescafe. Tu yang stop ambil supplemen dulu. Kadang-kadang minum mineral cafe. Kadang-kadang minum Old Town Hazelnut. Kadang-kadang minum Milo. Kadang-kadang minum Horlicks. Kadang-kadang minum Tamar Coco. Tengok tu, punyalah pelbagai citarasa tekak aku ni.

Hari tu beli barang sikit kat Mydin, nampak pula Per'l Xlim keluaran Power Root. Ada dua perisa, coffee dan coklet. Kalau ambil dua pek, dapat 1 pek percuma. Tapi, aku amik 1 pek je, perisa coklet. 1 pek ada 15 sachets. Ala, sikit nauu..


Aku suka hot chocolate. Sedap minum panas-panas. Padahal tak suka makan coklet. So, tiap kali bancuh, memang aku buat panas-panas. Minum panas-panas. Uihh..nikmatnya.

Tengoklah nanti, aku boleh kurus ke tak lepas minum Per'l Xlim ni.





Aisyah Humaira

Si Pemalu

9:00 PG

Assalamualaikum


Dia malu bila diminta bergambar. Tersipu-sipu. Siap tutup muka. Biasanya, dia lari. Lari dari kamera. Tapi, ada masanya, ok pula.

Dua minggu lepas, bawa dia ke kedai untuk buat gambar saiz passport. Tahun depan dah sekolah kan. Hantar borang perlu sertakan 2 keping gambar passport size.

Agak lama untuk dapatkan gambar yang cantik. Dia malu, suruh senyum, dia senyum tapi tutup muka. Ntah berapa kali budak cina tu snap gambar dia. Ada yang senyum tapi mata pandang lain. Ada gambar serius. Ada gambar malu-malu.

Tambah pula dia sudah mengantuk. Mood nak bergambar lama-lama hilang. 

Ini gambar terbaru, hari ahad hari tu.




Giveaway

Lama Tak Dapat Hadiah

2:57 PTG

Assalamualaikum


Dulu-dulu rajin sangat join giveaway. Tapi, lately, agak malas sikit. Lagi kalau kena giveaway yang minta like page itu, page ini, instagram itu ini.

Ala, bukan tak sudi like, sudi, cuma kadang-kadang tu terlupa nak bukak page satu-satu. Kalau giveaway simple-simple laju sikit nak join.

Sebenarnya lamaaaaaaaaa sangat dah tak menang hadiah. Join, tapi takde rezeki. Ada juga menang, tapi setakat topup, maka tak nampak la hadiah tu.

Setelah sekian lama, ada juga yang sangkut. Dapatlah seketul keychain dari kejauhan.



Keychain dari siti yang menaip. Siti ni rajin travel tau. Banyak tempat menarik dia dah pergi.  Baru-baru ni dia pergi Korea. Tu yang dia buat giveaway Daehan Minguk. Nak kenal-kenal dengan siti, bolehlah terjah blog siti yang menaip.










Islam Agamaku

Bersangka Baik Dengan Allah

9:00 PG

Assalamualaikum

Kisah ini saya dapat ketika mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Doktor Azhar Yaakub (PensyarahUM) di Madrasah Al-Muttaqin yang terletak berhampiran dengan Stesen LRT Taman Melati.

Kebiasaannya beliau mengajar Tafsir tetapi oleh kerana sekarang bulan Ramadhan, beliau membawa kisah ini untuk dijadikan pengajaran buat semua yang hadir.


====================


Cerita ini bermula di sebuah kampung terdapat 3 orang perempuan yang sudah layak bergelar 'mak cik' yang berkawan rapat.Mereka ini mempunyai pekerjaan yang sama iaitu menjual kuih-muih.

Jadi, tiap hari rutin mereka sama iaitu pada setiap pagi jam 6.30 mereka sama-sama menunggu bas untuk pergi ke pekan bagi menjual kuih. Mereka berniaga dan pulang ke kampung kembali pada jam 5.30 petang.

Pada sebelah malam pula mereka akan sibuk dengan membuat adunan dan seterusnya memasak kuih untuk di jual pada keesokannya. Begitulah rutin harian 3 orang mak cik ini. Tapi salah seorang daripada mereka iaitu mak cik ke-3 ada rutin tambahan iaitu; bangun untuk qiammullail setiap hari pada jam 3 pagi, solat dhuha, membaca Al-Quran pada setiap malam, berdoa, dzikir serta beberapa lagi amalan sunat.

Ditakdirkan oleh Allah pada suatu pagi ketika mak cik yang ke-3 berjalan meredah keheningan subuh hari yang gelap gelita sambil menjunjung bekas yang terisi penuh dengan kuih di atas kepala untuk ke pondok menunggu bas tiba-tiba ,dia telah terpijak Ular Sawa..!

Bayangkan betapa terkejut mak cik tadi tapi mulutnya tidak lupa untuk mengucap kalimah Astaghfirullah. Namun, amat malang sekali ketika dia melompat apabila terpijak ular itu bekas yang berisi kuih terlepas daripada pegangannya. Habis semua kuih turut terjatuh bahkan bergolek masuk ke dalam longkang di tepi jalan tersebut.

Kejadian ini turut disaksikan oleh 2 lagi kawan mak cik itu tetapi apakan daya mereka kerana ia telah pun berlaku. Ketika itu juga bas yang biasa mereka naiki pun tiba maka 2 mak cik itu pun terus bertolak ke pekan. Dengan linangan air mata mak cik ke3 itu memandang bas itu berlalu pergi sambil memikirkan nasib malang yang menimpanya hari itu.

Kuih untuk dijual telah habis masuk ke dalam longkang dan sekaligus kerugian yang ditanggungnya hari itu. Dia pun pulang kembali ke rumah dengan perasaan penuh kehampaan dan kesedihan. Sambil duduk di atas kerusi di ruang tamu rumahnya, terdetik di hatinya "Mengapa ALLAH memilih beliau untuk dikenakan ujian sebegini rupa?mengapa tidak 2 lagi kawannya itu yang terpijak ular dan jatuh semua kuih ke dalam longkang?Tidak cukup lagi ke amal ibadah yang aku buat selama ini?Aku sentiasa bangun qiam,mengaji,berdoa,dzikir..."

Begitulah cetusan rasa tidak puas hati itu dan bersangka buruk terhadap ALLAH atas apa yang menimpanya hari itu. Mak cik itu terus merungut dan bersedih sehingga lah ke petang. Pada tepat jam 5 petang mak cik itu membuka televisyen dan memilih untuk menonton saluran RTM 1 yang telah menjadi 'pilihan hati'nya buat sekian lama.

Berkebetulan ketika itu Warta Negeri sedang dibaca oleh pembaca berita yang berambut warna itu. Ada 1 berita yang agak mengemparkan:"Kemalangan ngeri telah berlaku apabila lori yang penuh dengan muatan petrol telah bertembung dengan sebuah bas. Lori dan bas habis terbakar. Yang lebih menyayat hati ialah pemandu & kelindan lori, pemandu bas serta 20 orang penumpang turut rentung kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan diri.

Diberitakan juga terdapat 2 orang mak cik yang sentiasa membawa jualan kuih mereka ke pekan turut menjadi mangsa". Tidak ada kalimah lain yang terpacul di mulut mak cik ke3 itu selain "Alhamdulillah,syukur kerana aku tak sempat untuk menaiki bas itu pagi tadi.Kalau tidak,pasti dengan aku sekali rentung di dalamnya".

Sungguhpun demikian, mak cik itu turut berasa sedih kerana antara yang menjadi mangsa dalam kejadian itu adalah kawan seperniagaannya untuk sekian lama. Mak cik ke-3 tadi turut berkata dalam hatinya; "Aku amat beruntung kerana ditakdirkan ALLAH untuk terpijak ular pagi tadi lalu habis semua kuih aku jatuh ke dalam longkang dan tidak sempat untuk menaiki bas malang itu, ALLAH Maha Berkuasa".

Selepas kejadian itu,kehidupan mak cik itu semakin senang dan agak mewah apabila perniagaan kuihnya di pekan itu semakin berkembang maju dan untung berlipat ganda kerana tiada lagi saingan dari kawan-kawannya dulu.

Demikianlah sahaja cerita yang ingin dikongsi. Untuk pengetahuan semua cerita ini hanyalah rekaan semata-mata,tak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

=====================


Yang penting ialah PENGAJARAN yang kita boleh ambil daripada kisah ini.:

1) Janganlah kita terlalu cepat bersangka buruk kepada Allah kerana DIA Yang Maha Kuasa untuk menentukan segalanya .Bukan kah ada hadis nabi;"Bersangka baik terhadap Allah adalah sebaik-baik ibadah"


2) Setiap ujian yang melanda pasti ada hikmah yang tersembunyi.Cuma bila ia akan muncul kita tak tahu yang penting banyakkan berSABAR dan berdoa kepada Ilahi

Pengajaran yang ke 3,ke 4 dan seterusnya anda buatlah sendiri....


sumber: whatapps

Luahan Hati

Aku Memang Degil

10:00 PG

Assalamualaikum


Dari mata turun ke hati.
Dari hati turun ke mulut.
Kadang hati kata lain, mulut kata lain.
Sebab akal bertindak menapis kata hati.

Semua orang perlukan sokongan. Dan aku memang jenis degil. Tak mudah putus asa. Tapi, orang 'degil' maacm aku ni kalau dah 'jatuh' memang sakit. Sebab aku degil.

Apa yang aku lakukan, aku sandarkan positif dan doa. Dua perkara ni amat penting dalam hidup. Apa jua yang aku sasarkan, aku akan lakukan cuma lambat atau cepat.

Aku memang degil.





Aku memang sentiasa bersemangat dengan apa yang aku lakukan. Apa jua yang aku suka lakukan aku rasa bahagia.

Walaupun aku penat, walaupun aku rasa sakit, walaupun orang pertikaikan, walaupun orang tak peduli.

Aku tidak mahukan kasihan. Aku hanya mahukan sokongan.
Tak kira dari siapa pun. Sokongan dari sekelilinglah yang menjadi penguat aku.




Nota Hati : Kasihan & sokongan itu dua perkara yang berbeza...







Blog Janji Kita

Kenapa Tak Boleh Follow?

10:17 PG

Assalamualaikum


Saya sangat frust sejak 2 minggu lepas sebab masalah ni lah. Tak boleh nak follow blog orang lain. Dah cuba clear cache and cookies seperti arahan tapi tetap gagal untuk follow blog yang belum difollow.

Stress tau!




Ada sesiapa yang boleh bantu saya tak?





Johorean Business

Pau Cendawan Viral

12:06 PTG

Assalamualaikum


Pau ni viral sejak bulan puasa tempohari. Yang memula kecoh pasal kewujudannya di bazar Putrajaya hingga ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkannya. Uit..jam 3 petang dah beratur..huhuhu..dasyat penangan pau cendawan ni kan.

Benda sedap memang akan ada yang korek resepi dan olah sendiri. Viral pula tentang resepi pau cendawan tersebut. Dan di Johor tk ketinggalan untuk viral pau cendawan ni.


Pau ni kitorang order masa tengah 'hot'. Kena tempah dulu, baru dapat. Dalam bulan Syawal lagi masa kitorang beli ni. Lama dah cerita ni.

Tengoklah, pau tu kitorang makan panas-panas, baru keluar pengukus. Nak belah pun menggelupur jari sebab panas lagi. Cuba tengok cheese dia.. Hhuhu... panjang oii bila tarik.

Dari segi rasa,,,macam carbonara. Ada ayam, cendawan, sos carbonara dan ada tambahan cheese yang wallah!!!! Makan panas-panas memang sedap la kan.

Kitorang beli kat mana? Mana lagi kalau tak kat dengan Kak Norm pemilik Dessert Queen. Sekarang dah pindah kat Bukit Dahlia, sebelah Restoran Sasa.

1 set (3pcs) = RM10

Gambar sekadar hiasan ~ Kredit FB Kak Norm








Info

Jom Berbelanja Di Petron

4:00 PTG

Assalamualaikum


Siapa yang tak tahu produk Faiza? Semua orang tahu kan? Produk bumiputera tempatan. Kalau bab produk Faiza ni, yang menjadi pilihan utama kami adalah beras. Tak kiralah beras biasa atau yang palingggg mesti ada kat rumah..beras moghul basmathi.

Fuhh,,,memang jenama ni jela beli kalau nak masak nasi beriani ke nasi jagung ke nasi mentega ke. Pendek kata segala macam jenis nasi yang sedap-sedaplah!

Ngancam tak nasi jagung ni?


Tempohari saya "berbelanja" beras di Petron! Berbaloi-baloi. Terkejut ke berbelanja di Petron? Kenapa tak belanja di Pasaraya je? Kerana nasi jagung ngancam nilah saya berbelanja di Petron tau.




Bukan selalu dapat berbelanja kat Petron ni. Oleh kerana boleh swap point dengan beras-beras pilihan hati, gigih la berbelanja di situ. Dengan hanya 850 mata ganjaran, saya dapat swap 1 pek beras moghul basmathi keluaran faiza! Ikutkan hati nak swap lebih, tapi tinggal 1 pek je lagi. Tu yang swap beras faiza emas.



Bagi yang belum swap dan mata ganjaran pula banyak melimpah ruah, jom kita swap. Selain beras, terdapat juga produk keluaran faiza yang lain seperti tepung gandung dan bihun.

Ada juga barangan lain yang boleh kita swap seperti air berkarbonat dan macam-macam lagi. Ala...korang pergi la sendiri tengok.

Cepat! Sementara stok masih ada. Last 14 Ogos 2016 tau. Jangan menyesal!

Jom baca

Kumpul & Tebus Mata Ganjaran Petron

Cara Tebus Mata Ganjaran Petron


Nota Hati : Dah macam duta Petron.. Nak minyak free selama setahun please...


Blog Janji Kita

Jom Uji Tahap Kelajuan Blog / Website

10:22 PG

Assalamualaikum


Bila terjah satu-satu blog tu atau blogwalking, selain singgah ke rumah kawan-kawan akrab alam maya kita, kita mesti akan terjah juga blog-blog lain. Selain membalas kunjungan, blog-blog tahap retis pun mesti kita jenguk.

Selain isi blog yang padat dan berilmu, satu lagi perkara penting yang perlu kita tahu iaitu tahap kelajuan blog atau website tersebut.

Mungkin ada blogger yang kurang perasan akan hal ini. Tapi, kita ambil contoh, bila kita terjah satu blog ni, ia memakan masa yang agak lama untuk loading dan tambah pula kuota internet yang limit dan kesiputan menambahkan laggi tahap kebengangan dalam jiwa raga.

Macamana nak check tahap kelajuan blog atau website kita?
Mudah je. Bitcatcha Server Speed Checker sedia membantu.


Bangga sungguh dapat A+. Hahaii..


Nak tahu info lebih lanjut, tentang Bitchacha ni, boleh terjah blog Acik sebab saya pun tahu dari sini. Lama tak jenguk Acik.







Luahan Hati

Tiada Yang Mudah Di Dunia Ini

9:00 PG

Assalamualaikum


Bukan senang nak senang,,
Bukan susah nak susah,,

Membina semangat di awalnya memang kelihatan mudah. Terasa semangat kental, keras, padu, setinggi gunung kinabalu.

TAPI..

Bila semangat itu mula diuji, terasa semangat yang asalnya tinggi menggunung seakan ditarah hingga tinggal separuh.

Agak lama untuk ditimba semula agar semangat itu kembali seakan gunung tadi.

Sewaktu menimba, tanah mudah luruh kembali sebab belum cukup kental. Perlu mendaki sedikit demi sedikit sewaktu menimba. Lebih sukar dari menarah!

Iye..ianya amat PAYAH!

Tapi, percayalah Allah itu ada,,Maha Mendengar. DIA sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya..







Makan Gaji

SBN Open House - Syawal 1437H

12:26 PTG

Assalamualaikum


2 Ogos 2016 - SBN Open House, tapi sambutnya agak lewat petang. 5.30 petang baru mula, dengar speech dari director. Emmm...alahai... Dalam kepala cuma ingat nak balik, nak ambik anak-anak.


Tak banyak la gambar. Tak berapa feel. Taunya, beratur ambik makanan, makan, pastu nak balik. Huhuhu..


Berkat mengosongkan perut. Tengahari makan sikit je. Konon, nak simpan perut untuk petang la. Staff di kilang kami ni agak ramai. Semakin berkembang katanya.

Sedikit sebanyak menu yang ada.. Sedap..



Luahan Hati

Genap 7 Tahun!

2:03 PTG

Assalamualaikum

3 Ogos 2009..

Tak sangka saya sudah 7 tahun di sini. Alhamdulillah.. Meskipun selalu meroyan nak berenti kerja sebelum ni sebab kerja banyak sangat-sangat sebelum ni, tapi tahankan sebab tak dapat kerja lain.
Tahun 2016, so heaven. Projek kurang, kerja pun kurang. Gaji tetap berjalan, cuma takdelah OT, sebab kerja tak banyak kan. Baru terasa bertuahnya kerja di sini setelah penat meroyan bertahun-tahun dengan kerja yang berlambak.
Fair and square la.. ada masanya kita sibuk. Ada masanya kita freeee sampai tahap nak bawak bantal tidur kat office hari-hari.
Tapi, lab sekarang sibuk yang amat sebab ada projek lain dan join venture dengan company lain. Khas untuk lab sahaja. Saya? Uit,,,documentation only. Memang takde kena mengena dengan lab.
Moga saya terus ada rezeki di sini. Sebab terlalu banyak jasa kompeni ni pada kami sekeluarga. Teruk mana pun layanan diterima, tetap dipandang cantik sebab di sinilah dapat duit bulan-bulan. Taklah teruk mana selagi ianya tidak mendatangkan masalah pada kita.
=================
Bila seorg engineer menyuarakan hasrat hatinya utk berenti kerja,
Kemudian,dia hanya ingin menjadi seorg kerani,,

Keputusannya dibantah mentah2 oleh suaminya,
Agak sinis seolah2 kerani ni tiada masa depan.

"Dari jd kerani,baik duk umah.penat je lebih,gaji x seberapa"
Berapa ramai kat luar ni keje sebagai kerani termasuklah aku,
Alhamdulillah, cukup utk bulan2.
Dapat bayar kete kecil,ptptn,duit upah pengasuh,pamper,susu anak.

Itu lebih baik dr langsung takde income langsung.
Aku terasa tp mengabaikan perasaan itu.

Mgkin kau mampu sekarang,tp sentiasa igt, segala keselesaan y kau miliki itu hanya pinjaman. Berapa ramai y dibuang kerja,vss diluar sana? Walhal kerja sudah berbelas tahun dgn gaji y selesa.
Sentap! Iye,& saat itu aku sedar level aku dgn dia mmg jauh.
Sketsa dunia penuh kepuraan.

Nota Hati : Let it go.....



Giveaway

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

2:38 PTG

Assalamualaikum

 slbanner

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

Makan-makan

Open House Syawal 1437H

2:00 PTG

Assalamualaikum


25 /26 Syawal 1437H bersamaan 30 Julai 2016, adalah buat open house sikit. Mula jam 3 petang bawa ke malam. Malam tu tak kisah jam berapa pun.

Tujuan utama buat open house ni, untuk jemput tetamu datang rumah, beraya kan. Sambil berkumpul, kenal-kenal dan isi perut. Jemputan pula terdiri dari ahli keluarga, saudara mara terdekat, kawan-kawan rapat dan jiran selorong.

Masuk ni 2 kali dah kami buat. Tahun lepas tak buat sebab tak larat nak masak, bawa perut.

Meja dah setting.

Menu nasi impit, lodeh, rendang daging, kuah kacang, kari ayam hutan, nasi jagung, ayam masak merah, buah-buahan, koktel dan air mangga sunkist.

Semua menu masak sendiri. Mak saya tolong masakkan lodeh, sambal kacang dan kari ayam hutan. 3 menu ni memang sedap kalau mak yang masak, jadi saya minta mak masak.

Ayam hutan tu abah saya yang jerat. Abah saya agak terer tangkap ayam hutan. Sedap tau ayam ni. Isi dia manis.

Menu yang lain, sayalah yang masak. Tidur jam 4 pagi sebab nak siapkan masak rendang. Pastu jam 6 pagi terkebil-kebil mata nak bangun semula.

Jam 2.30 petang dah ada tetamu yang datang. Kawan tempat kerja lama en.suami. Alamak kelam kabut dengan baju harian susun makanan. Makanan dah siap masak semua, cuma tinggal susun dan hidang. Air batu pun tak beli lagi kat kedai depan tu. Abah saya la tolong gi kedai kejap beli air batu.

Kemudian, tak lama lepas tu datang pula Cik Ri (adik emak) dan suami. Borak-borak sambil makan-makan.


Alif ni tak berapa sihat, merengek tak sudah. Memang dugaan besar lah open house kali ni. Dengan dia merengek minta dukung memanjang, kerja saya banyak tertangguh-tangguh tapi tawakal sajalah moga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Tidur pun tak cukup sebab nak sediakan bahan-bahan masak yang pelbagai.

Mujur emak saya ada. Memang minta mak datang awal sikit, tolong gilir-gilir jagakan boboi yang tak mahu diletak bawah. Kebetulan pula, hari jumaat sebelum open house, pengasuh saya minta cuti sebab dia ada majlis kahwin anak sedara.

Waktu petang agak lapang sikit. Yang datang 1 keluarga, 1 keluarga.


Tapi, bila dah masuk lepas asar bawa ke malam.......


Lebih kurang 6 petang, saudara mara dan adik beradik en.suami mula hadir.


Sedikit sebanyak gambar yang sempat ambil.


Jiran-jiran dekat kebanyakkannya datang malam. Wah....penuh rumah tu ha. Rumah dah le comel kan..

Welfie -tuan rumah bersama salah sorang rakan sekerja


Jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kecil kami.
Andai panjang umur, diberi kesihatan yang baik, kita jumpa lagi tahun depan.
In sha Allah..