Kawan

Potluck Raya Seksyen CP

9:00 PG

Assalamualaikum


20 Syawal 1437H - Bersamaan 25 Julai 2016, pertama kali kami adakan jamuan raya di Seksyen kami. Seksyen kami ni tak besar mana jadi kami memang rapat. Melayu pun berapa orang je, selebihnya pekerja asing.

Bila bersepakat, apa yang kita lakukan pasti ada keberkatan. Seronok dapat makan beramai-ramai.


Menu pilihan saya, rendang daging. Pastu, terrrajin pula masak Nasi Beringin. Tapi, tak berapa kick la sebab last minute main campak-campak.

Rendang daging yang diorang kata sedap. Kih..kih..


Kalau sorang satu dah bawa, memang banyak lah menu. Macam-macam ada.

Rendang daging bersama nasi beringin,
Lemang tak dilupa,
Nasi jagung lawankan ayam masak merah dan acar timun,
Bubur kacang makan dengan roti putih,
Mihun goreng bersama ayam goreng pedas, 
Roti jala berinti kentang, 
Spaghetti bolognese satu-satunya makanan western,
Bahulu kuih tradisi,
Kuih raya warna-warni di dalam bekas,
Pisang sebagai pencuci mulut,
Dan air minuman jangan dilupa.



Nasi jagung dan ayam masak merah kawan saya ni memang sedap. Kalau takde menu lain memang repeat banyak kali.


Inilah office kecil kami yang memuatkan 7 buah meja. Sepakat kami QAQC & production tau. Hehe..



7 tahun lepas, ada dua orang je perempuan. Masa terus berlalu, sekarang dah ada 4 orang dah bunga di sini. Ada geng dah. Baru best kerja.


Maka, dari waktu rehat, 12.00 tengahari, bawa ke petang, makanan sentiasa terhidang hingga habis. Siapa-siapa nak makan, dipersilakan. Alhamdulillah, makanan habis. Lauk habis dulu dari nasi. Apa cite? Heh..

In sha Allah, andai umur panjang, tahun depan kita buat lagi.




Giveaway

Birthday Giveaway By Alia

10:31 PG

Assalamualaikum

 bnner

Ehem2

Baru sempat nak wat GA sempena bulan kelahiran aku bulan ni.

Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah.

SYARAT-SYARAT:

SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan 
3) Like PAGE VANILLA FREAK
4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup


5) Buat 1 entry bertajuk 'Birthday Giveaway By Alia'

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Tinggalkan link penyertaan dan email pada comment entry ini


TARIKH AKHIR 31 JULY INI....

GOOD LUCK SEMUA!


Kampungku

Kenangan 5 Syawal 1437H

9:00 PG

Assalamualaikum
Kami nak balik dah! Setelah sekian lama bercuti raya. Alahai, masa ni, terasa cepatnya masa berlalu. Tau-tau, nak naik kerja dah. Sebak pula.
Masa ni memang tawakal ajelah dalam hati, confirm jalam jammed. Hari ahad kan, semua orang nak balik dah. Mana yang patut naik kerja hari ahad, dapat extend cuti pula kan. Bertambahlah jammed. Argh...stress bila dikenang.
Kakak balik ke Rawang, kami ke JB. Huhuiii...


Dalam 9.45 pagi kami bertolak ke Kluang pula. Singgah dulu rumah adik ipar. Kawasan perumahan dia terletak di kawasan perumahan yang luas amat berdekatan dengan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Sayalah jadi driver. Kadang-kadang malas suruh en.suami drive jalan dalam sebab dia jenis tak tahu hala tuju. Bukan nak tengok signboard. Tengok signboard pun dia tak tahu nak ke mana. Akekeke.. Hishh.. Kalau dia yang drive, memang saya tak dapat rilek, apatah lagi tidur. Dapat tidur kat highway ajelah..

Penat tau kat rumah kitalah terkontang kanting mengemas segalanya. Dari beg pakaian, mandian anak, mandikan anak, pakaikan baju anak, bakal susu anak (paling penting air panas, air masak, susu dia cukup), check ada baju tertinggal tak kat ampai. Dia tinggal loading barang je. Pastu, patutnya dalam kereta dapat berehat, tapi tak dapat. So, baik saya drive. Saya tak kisah kalau orang belakang nak tidur pun.

Kami selamat sampai dalam 11.40 pagi. Makan kuih raya, minum air, berbual-bual, kemudiam kami dihidang makan tengahari. Alhamdulillah..


Boboi yang tak reti duduk diam sekarang


Usai zohor, berkemas sikit. Dalam jam 2.30 petang, kami bergerak ke JB. Saya juga yang drive. Masuk highway Simpang Renggam. Opssss,, jammed melekat! Nangis dalam hati.

Dalam jammed camtu, boleh pula Alif berak. Arghhh...bertambah stress sebab dia mula rasa tak selesa. Tekan minyak 30km, 40km. Gigil lutut tekan clutch. Ermm..menguap pun ntah dah berapa juta kali, aku pun tak tau dah. Nak keluar tol Sedenak dah 2 jam oii..

Lega bila Alif dapat dimandikan di toilet awam tol Sedenak. Dan kami pun meneruskan perjalanan pulang ke JB melalui jalan dalam! Kali ni en.suami yang drive. Saya nak tido!




Kampungku

Kenangan 4 Syawal 1437H

9:00 PG

Assalamualaikum


Dari raya ke-3 en.suami dah tak sihat badan. Rasa nak demam. Tau jelah, orang lelaki ni kalau demam, tak leh bangun langsung! Kih..kih..

Sepatutnya, kami dah pulang ke JB hari sabtu, nak beraya sini pula lah. Tapi, oleh kerana en.suami tak sihat, saya suruh dia rehat je dulu kat kampung. Lagipun hari selasa baru naik kerja.

Pagi tu, dia dah tak boleh tahan, kami ke klinik di bandar Labis. En.suami orang pertama mendaftar pada hari itu dan selepas 10 minit, klinik mula penuh. Dalam 15-20minit, selesai, isi perut sekejap. Balik rumah mak semula.

Maka, berehatlah en.suami di rumah seharian. Saya pula, tak dapatlah beraya. Kak Aisyah yang memang berkepit je dengan neneknya, memang membontot jelah ke mana neneknya beraya.



Mereka ke Tampok Rengit, rumah saudara belah abah di sana. Ramai nenek-nenek sedara, makcik-makcik sedara dah meninggal, takberapa kenal dah anak-anak, cucu-cucu diorang.

Bila en.suami sudah kebah, kami ke Labis lagi, mencari lauk. Maklumlah, hari raya kebanyakan kedai kat kampung tutup. Singgah di pasaraya apa ntah lupa namanya, dapatlah beli ikan bawal hitam. Ok lah, buat lauk makan malam.




Kampungku

Kenangan 3 Syawal 1437H

9:00 PG

Assalamualaikum


3 Syawal jatuh pada hari jumaat jadi perancangan untuk beraya tu agak kendur sedikit. Kami beraya ke rumah Mak Anjang je di Felda Redong. Maklumlah sebiji rumah duduk 2 jam. Hehe..

Jalan jammed gile babeng sepanjang perjalanan. Nak nak jalan dari Segamat - Labis. Kereta berderet mengalahkan gerabak keretapi.

Bila balik kampung, terasa macam anak satu pula. Mana taknya, Kak Aisyah tak nak dah naik kereta ibu. Berkepit je dengan nenek dia. Tak pun dengan Cik Umie dia. Kak Aisyah nak naik kereta atok atau kereta Cik Umie je.

Selpie laki bini


Selpie bersama Boboi


Bergambo sikit


Sebelah malam pula, kami ke kampung kawasan Kepong. Lupa ei nama kampung tu. Beraya sambil saling kenal mengenal.


Sekadar merisik. Majlis bertunang, in sha Allah tak lama lagi.


Bakal menantu mak, in sha Allah. Pejam celik pejam celik, adik bongsu dah 26 tahun. Memang boleh sangat dah tu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Perancangan yang dibincangkan akan dilaksanakan dengan izinNya. Moga dipermudahkan segala urusan nanti.






Giveaway

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

9:22 PG

Assalamualaikum


MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? _32_ tahun 
  2. Jantina anda? (Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya merupakan blogger yang luhur dan sentiasa ingin mencuba dan merasai akan kehebatan sesuatu produk tersebut.

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




Kampungku

Kenangan 2 Syawal 1437H

9:00 PG

Assalamualaikum


Di pagi 2 Syawal, kami sudah mengemas untuk pulang ke kampung halaman. Ke rumah emak abah di Segamat.

Kenangan 1 Syawal 1437H

Lebih kurang 10.00 pagi, bergerak meninggalkan rumah nenek. Baru 10 meter bergerak, berselisih pula dengan Uchu sekeluarga yang baru sampai. Mereka dari Jasin, Melaka.

Salam menyalam, borak 10 minit gitu, kami pun berangkat. Destinasi ke Kulai, rumah Mak Lang, adik abah. Melawat nenek belah abah pula. Nenek yang ini sudah agak uzur, tidak boleh bangun dah. Hanya terbaring.


Ustazah rock ~ Budak-budak bila dah terjumpa mainan..


Gerak balik dari Kulai ke Segamat, ternampak pula tugu yang dah siap ni.


Di musim perayaan lebih lagi hari raya, sana sini jalan jammed. Perjalanan yang tak sampai 2 jam kebiasaannya sudah cecah berjam-jam.


 Alhamdulillah, selamat sampai..


Sampai sahaja rumah emak, sesi mengemas rumah emak pula. Isi kuih raya ke dalam balang, basuh gelas dan menyediakan juadah makan malam seadanya.

Malam tu, adik beradik sebelah abah datang singgah.

Masing-masing berbual di beranda. Ditemani angin malam.



Nota Kaki : Malam tu ada kejadian eksiden melibatkan Pak Chik saya dengan sebuah motor. Tidak teruk sangat sebab motor tu yang langgar kereta Pak Chik saya tu.



Barang Bayi

Kerana Jenama Atau Kualiti?

9:00 PG

Assalamualaikum


Memang ramaaaiiii pengguna diapers D tu. Saya tau. Siap bangga giler kalau guna diapers tu. Ntah, suka hati korang la duit korang.
Baru-baru ni kan diapers jenama D tu kena kutuk kaw-kaw kat page FB kan. Siap viral mana yang tak puas hati dengan kualiti diapers D tu.
Katanya, dah semakin nipis dan tak berkualiti. Rata-rasa rasa tertipu. Ada juga yang komplen, kulit anak timbul ruam-ruam, ada yang melecet lepas pakai diapers D tu.

Komplen yang jadi viral kaw-kaw.


Ini pula jawapan pihat Drypers

Kenapa Pilih Tesco Love Baby <--Baca sini

Masa beli diapers tu, saya perasan orang memerhati dengan ekor-ekor mata bila saya ambil 2 pek diapers jenama Tesco pek hijau ni.

 Pandangan yang dalam hati saya tahu diorang akan cakap "kesian, anak bagi pampers Tesco je"(dahla suka sangat guna istilah pampers hakikatnya ko tak tau ke pampers tu lagi mahal?)

Kemudian, rata-rata yang memerhati grab jenama D. Saya, tak kisah pun dengan jelingan mata korang tu.

SEBAB!!

Saya lebih tahu apa yang saya pilih. Saya tahu akan kualiti mana yang sesuai dengan anak saya, malah menjimatkan duit poket saya.

Kenapa perlu mengikut orang lain? Jadilah diri sendiri. Malah, saya rasa berbaloi sangat dengan apa yang saya pilih.

Sekarang, setelah 8 bulan saya menggunakan diapers Tesco Love Baby tu, ramai yang memperakui akan kualitinya. Bermakna, saya tak salah pilih!

Cuma, pada saya, kalau anak korang tak serasi tu, tak boleh nak buat apa. Ada setengah bayi ni memang kulit sensitif, hatta pakaikan Mommy Poko pon ada yang tak ok.

=============

Nasihat saya,

Pandangan mata boleh menipu,
Jelingan mata boleh memperlihatkan isi hati,
Keegoan hati boleh membuat anda rasa terbeban,

Maka,

Jadilah diri sendiri,
Tepuk dada, tanya diri,
Selok poket, tengok wallet,,
Kih2..



Kampungku

Kenangan 1 Syawal 1437H

9:00 PG

Assalamualaikum


1 Syawal yang mulia, kami sambut di rumah nenek di Kg Tenglu Mersing. Di pagi hari, saya lah orang paling sibuk gosok baju. Dari baju en.suami, anak, saya, adik, abah, emak, saya gosokkan.

Tiada sesi bersalaman berlinang air mata, kami hanya mengadakan bacaan doa selamat dan talkin.



  Bacaan dari Pak Long saya, imam di Taman Wawasan.

En.suami bersama Alif, adik dan abah saya.



Gambar buat kenangan di pagi raya.


Kami anak beranak


 Usai bergambar, kami makan beramai-ramai di beranda rumah nenek. Kemudian, menanti tetamu yang datang. Biasanya tetamu terdiri dari sanak saudara terdekat.

Nenek-nenek sedara dan sepupu sepapat emak. Saya pun tak kenal sangat mereka ni. Tak kenal takpe, maniskan muka dah cukup.

Tetamu datang sampai ke petang. Malam, takde tetamu yang datang. Kami berehat sahaja di rumah.


Esok, ada perjalanan jauh pula..






Alif Ziyad

Siapa Cakap Layanan Klinik Kerajaan Teruk?

11:15 PG

Assalamualaikum


Rasa lama pula tak jenguk blog. Cuti raya katakan. Tapi, kenapa cepat sangat masa berlalu. Dah seminggu kita beraya kan.

=======

Dari mengandungkan anak pertama hingga ke dua, check-up di klinik kerajaan. Anak demam, anak sakit, dari anak satu, sekarang dah ada dua, pun tetap gigih ke klinik kerajaan. Kalau klinik tutup, kami ke hospital bahagian kecemasan.

Sebab apa? Sebab tak perlu keluar belanja. Lagi sekarang, bil perubatan mahal. Kalau pergi klinik biasa, sekali buat rawatan berserta ubat lebih RM50.

Tapi, ini bukan tanda kami berkira. Tak! Cuma, kami perlu berjimat. Bukan kami tak pernah bawa anak-anak ke klinik swasta, banyak kali. Tapi, kebanyakkannya tak kebah, lebih lagi Cik Aisyah kami tu
.
Alhamdulillah, anak-anak serasi dengan ubat kerajaan.

Kenapa anak ke klinik kerajaan, ibunya ke klinik swasta? Saya? Sebab saya bekerja dan tempat kerja saya ada sediakan klinik panel. Rugi la tak gunakan. Tapi, 2016 ni saya tak pernah MC lagi. MC masih full, 22 hari. Ermmm...

========
Semalam, ambil EL. Boboi demam teruk semalam. Sebenarnya, kami dah balik dari kampung dari hari ahad lagi. Hari isnin memang ambil cuti untuk berehat dan mengemas rumah. Tapi, hari Isnin tu Alif dah demam. Tapi, masih melasak lagi. Ubat pun dah bagi.

Bermula dari malam itu badannya kejap-kejap panas. Tak tidurlah mata ni semalaman lap badan dia dan sentiasa pantau suhu badan dia. Setiap kali check suhu, check sampai 3 kali. Semua lebih 38 darjah.


Pagi-pagi bersiap ke klinik. Ikutkan hati, bawa ke swasta terus, cepat sikit. Tapi, en.suami ajak ke KK Majidi pula. Sebab dia asal sana, suka ke sana lah dia.

Saya turutkan. Sampai sana, agak ramai orang, cari parking pun melilau. Park jelah kat stesen minyak petron. Maka, jalan kakilah kami anak beranak.

Sampai di kaunter, serahkan buku laporan Alif dan tunggu hingga namanya dipanggil. Dah panggil, tunggu lagi. Duduk. Masa duduk tu tak perasan apa-apa pun. Feel biasa je.




Rupa-rupanya kes bayi macam Alif ni special. Dia letak perkhidmatan EXPRESS. Wah, terbaik klinik ni. Patutlah orang lain ada yang masih menunggu nombor lagi. Adalah dalam tak sampai 1 jam menunggu, Alif dah jumpa doktor. Dalam 10 minit pemeriksaan, ambil ubat pula.

Suhu masih tinggi walaupun dah makan ubat pagi tu. Siap dimandikan lagi sebelum ke klinik.


Ubat yang dibekalkan


Ubat banyak tu kalau di klinik biasa, RM50 perlu disediakan. Di klinik kerajaan, free untuk bayi. Alhamdulillah.

Doktor syorkan cari ubat ni di farmasi. Sebab bayi tak boleh makan ubat selesema. Doktor kata, ada gambar dolphin. Baiklah!

 Jangan lupa minta surat akuan rawatan dari doktor. Kalau tak minta, memang tak dapat. Tapi, ini bukan MC. Ini surat akuan rawatan je. Sekurang-kurangnya, ada bukti kukuh bila apply cuti ( walaupun kompeni saya senang nak minta cuti).


Keluar dari KK Majidi, kami singgah kedai makan dulu. Lapar uii.. Kemudian, terus ke farmasi cari ubat tu.

Inilah dia. Untuk mengeringkan hingus bayi. Sekurang-kurangnya dia rasa selesa dan tidak merengek bila hidung tersumbat.

=========

Nasihat saya kepada semua di luar sana, walau siapa pun kita, walau kita rasa tak suka, ikhlaskan hati kita, fikir yang baik-baik. Kalau masih ada perkara tak baik berlaku pada kita, anggap itu ujian buat kita. Ye, UJIAN.

Ramai yang saya lihat, seringkali menyalahkan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Ye, saya tau tak semua tempat bagus. Tak semua tempat juga teruk!
Perspeksi ramai, menganggap, jika masuk ke klinik/ hospital kerajaan je, mereka rasa cuak, rasa takut. Takut layanan teruk.

Terkejut saya bila ada yang sanggup berhutang semata-mata nak dapatkan layanan yang bagus di swasta. Sentiasa ingat, rezeki masing-masing. Tapi, nasihat saya tidak perlu sampai berhutang. Hutang itu satu BEBAN.

Nasihat saya lagi pada semua, anggap sahaja kalau nurse/ doktor marah, itu tanda mereka sayang kat kita. Mereka care pada kita. Sebab mereka yang menanggung risiko.
Kita pula, jangan cepat melenting bila ditegur. Hingga ada yang cakap, "mak aku pun tak pernah marah aku macam ni". Mungkin suara mereka agak tinggi, tapi anggap sahaja itu teguran yang baik.

SENYUM dan jangan lupa ucapkan terima kasih setiap kali nurse/ doktor/ staff melaksanakan tugas mereka. Jangan berat mulut ucapkan terima kasih. Walaupun kita tahu itu kerja mereka, tapi ucapan TERIMA KASIH itu amat besar nilainya. Boleh memadamkan ketidak senangan.

Lagi satu sebelum saya lupa, sentiasa BERDOA agar dipermudahkan urusan kita. Ingatlah, dipermudahkan urusan juga satu REZEKI.

Tak semua orang dapat rasa. Mungkin kita tak kaya dari segi harta, tapi urusan kita dipermudahkan, itu patut kita syukuri. Contoh, kita ke klinik kerajaan, ikhlaskan hati, ikut sahaja arahan mereka, anggap mereka semua baik, senyum, in sha Allah orang pun akan suka.

Ikhlaskan hati, redhakan hati.

Raya

Tradisi : Kuih Bahulu

9:00 PG

Assalamualaikum


Sebut bahulu mesti semua tahu ianya kuih zaman berzaman. Kuih yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Nenek saya dulu rajin sangat buat kuih bahulu. Dengan cara lama.

Pinjam dari SINI


Masa saya masih kecil, setiap kali hampir tiba hari raya, nenek sudah mula buat kuih bahulu. Dari memukul telur hingga sekembangnya di dalam tempayan kecil. Pukul pakai tangan tu. Gigih sungguh.

Kemudian, dibakar di atas bara api. Dan atas penutup acuan diletakkan sabut kelapa yang dibakar pula. Acuan pula jenis tembaga, yang tahan lama tu. Memang rare

Tapi, sejak nenek sudah semakin tua, dia dah malas nak buat kuih bahulu ni. Penat kan. Makanya, kami beli ajelah.





Raya

Tradisi : Kacau Dodol

9:00 PG

Assalamualaikum


Dodol? Apa tu? Siapa tak tahu, memang aku sepak. Dodol ni makanan tradisi setiap kali tiba hari raya. Dodol ni kira satu manisan dan pemanis mulut. Ia kenyal-kenyal macam chewing gum tapi boleh ditelan. Sedap uiii..

Penyediaannya agak rumit. Perlu dikacau selalu dan sebaik mungkin agar ia tidak hangit.

Kacau dodol ~ pinjam dari Google


Apa yang perlu disediakan untuk buat dodol?

Nak buat dodol, perlu ada kuali kawah besar dan pengacau kayu cam gambar tu.
Kemudian, bahan utamanya adalah gula melaka, tepung pulut dan santan segar.

Nak baca lebih details, boleh baca di SINI


Kami tak pernah buat dodol. Makanya, saya memang takde pengalaman dalam mengacau dodol. Tak pernah lagi keluar muscle sebab kacau dodol di malam raya.

Biasanya, kalau tak dapat free dari jiran-jiran, mesti ada di antara ramai-ramai makcik saya yang bagi.
 
Dodol ni sedap. Lebih sedap kalau ianya dalam kuantiti sedikit. Berebut-rebut masing-masing nak makan.




Raya

Tradisi : Bakar Lemang

9:00 PG

Assalamualaikum


Seumur hidup saya belum pernah lagi buat lemang sendiri. Pernah sekali rasanya tengok Uchu saya buat lemang. Itupun setelah dia berkahwin dengan Mak Usu, dan keluarga Mak Usu memang buat lemang tiap tahun.

Pembikinan lemang agak leceh pada saya. Masak dalam buluh pula tu. Unik sangat kan?

Bakar lemang ~ Gambar pinjam dari Google


Apa yang perlu ada untuk buat lemang?

Untuk membuat lemang, perlu ada buluh lemang yang ruas dia panjang-panjang gitu. Buluh pula bukan boleh main taram je. Jangan pilih buluh yang terlalu muda sebab buluh muda ni agak basah. Buluh dipotong dalam anggaran 5-6 inci dari ruas.

Pastu, perlulah ada beras pulut dan santan. Daun lerek (biasanya ada di ladang getah) dilapik di dalam buluh sebelum beras dimasukkan.

Dah isi beras dan santan, boleh la bakar. Bakar pun ada caranya. Kalau nak cerita cara-caranya, agak details. Ishh...panjang pula nak cerita.

Baca ajelah kat SINI

Untuk pengetahuan semua, kami memang tak pernah bakar lemang, makanya beli saje. Jiran mak abah kat kampung memang berniaga lemang. So, beli jelah dengan pakcik jiran tu.






Raya

Tradisi : Anyam Ketupat

8:32 PG

Assalamualaikum


Bila diingat waktu kecil-kecil dulu, setiap kali tiba hari raya, abah gigih memanjat pokok kelapa belakang rumah. Ambil daun kelapa yang muda untuk dibuat ketupat. Tak pernah beli masa tu dan mungkin takde orang yang berjual lagi.

Saya dan kakak lah yang jadi tukang anyam. Mak yang ajar. Mak pula, memang setiap tahun sibuk berganda-ganda menyiapkan tempahan baju raya. Makanya, kamilah harapan beliau.

Ketupat satay

Satu-satunya ketupat yang saya tahu anyam. Sebab tangan ni sudah dididik untuk anyam ketupat jenis ni je. Hingga saya tak tahu pun ada banyakkkk jenis ketupat rupanya.

Masa terus berganti. Bila daun kelapa muda takde di pokok, dah tak perlu runsing. Dah ada orang jual daun kelapa di pasar. Ada yang dah siap anyam lagi. Tapi, kami tetap anyam sendiri. Baru puas hati.

Selesai sesi mengayam, sesi isi beras pula. Isi beras pun ada tekniknya. Bukan boleh isi sesuka hati.

Sebelum beras diisi ke dalam kelongsong ketupat, kami perlu perketatkan lagi anyaman. Sebab bila daun mula kering, ia akan mengecut sedikit. Bila dah ketat, bahagian bawah perlu dilipat dn disisip kemas.

Kemudian, barulah beras boleh diisi. Itupun hanya perlu isi suku sahaja. Sebab nanti beras akan mengembang bila direbus. Bila dah isi, sisip pula bahagian atas (tempat isi beras tadi). Asingkan ke dalam raga lain.

Kebiasaannya, kami merebus ketupat pada malam hari. Rebus ketupat daun kelapa ni agak lama sedikit dari rebus ketupan segera.

Apa yang menyebabkan ketupat ini sangat rare? Sebab cara anyamannya yang pelbagai dan bau daun kelapa tu membangkit selera juga.





Cuti

Zakat & Cuti Raya

9:00 PG

Assalamualaikum


Alhamdulillah, selesai bab pembayaran zakat. Tahun ini, keluarga kecil kami dah bertambah sorang. Dah 4 orang. Di Johor, bayaran ada 2, RM6 dan RM8. Mana-mana pun boleh je.



Kalau dilihat pada kalender, 1 Syawal jatuh pada hari Rabu. Kompeni saya bagi 3 hari cuti iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat.

Hari selasa diberi perlepasan awal, Half day paid leave. Dan hari jumaat tu compulsory leave. Worker yang berkerja hari sabtu, perlu mula kerja hari Sabtu.

Macam saya, staff office, sabtu dan ahad memang off. Wah...seronok ko!! Cuti panjang la kita.


Cuti yang saya apply dan dah approved. Kami memang perlu hantar leave form 2 atau 3 minggu awal.


Kita bagi chance orang yang kampung jauh bercuti dulu. Mana taknya, 2 orang balik Terengganu, sorang balik Kelantan. Haruslah cuti lama.

So, saya ambil cuti selepas raya. Nak beraya dan makan kuih raya rumah orang puas-puas.

Sekejap lagi nak balik dah. Tunggu siren bunyi. Alahai, tak sabarnya rasa hati.

Kepada semua sahabat alam maya saya,

Saya tahu ramai yang sudah bercuti dan sudah pulang ke kampung halaman.
Dikesempatan ini, saya doakan agar kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Berhati-hati di jalanrya.
Pandu cermat, jiwa selamat.

Makan kuih raya nanti jangan lupa orang sebelah.
Kawal pemakanan, jangan sampai saya dah tak kenal nanti.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin