Aktiviti

Nasi Impit Cara Lama

9:00 PG

Assalamualaikum


Nasi Impit Cara Lama | Pernah tak mak-mak korang buat nasi impit macam ni? Rasanya memang inilah cara lama. Sekarang banyak dah jual ketupat segera, jadi memasak tu lebih mudah. Sekarang ada cara moden untuk menghasilkannya, di mana beras dituang ke dalam bekas plastik yang telak dilubangkan halus. Kemudian, isi beras ke dalam bekas plastik tersebut, dijahit bahagian atas dan msak seperti biasa.

Saya kongsikan penyediaan nasi impit cara lama, di mana nasi yang dimasak lembek di tekan-tekan supaya padat di atas loyang. Terasa seronok dapat lakukannya.


Ini hasilnya, tapi tak berapa cantik. Untuk hasil lebih cantik, boleh dletakkan sedikit minyak masak ketika mampatkan nasi tersebut. Baru cantik! Apabila nak makan, potong nasi impit seakan memotong kuih talam.


Nasi impit dah siap. Sementara tunggu sejuk, kita masak kuah soto. Mudah sahaja.

Resepi di entri saya yang lepas.

Tumis

Masukkan ayam untuk keringkan ayam. Kemudian, tuang air secukupnya.

Reneh sup lama-lama sikit.

Tadaa... jangan lupa letak taugeh, bihun goreng api panas (apa ek namanya), ayam goreng siat-siat dagingnya. Dan paling penting, jangan lupa sambal kicap!

Aummm,,sedap,, makan sampai 3x




Luahan Hati

Setelah Bercuti 3 Hari

8:48 PG

Assalamualaikum


Mood pagi ni agak swing. Sedih.. Pagi-pagi air mata dah mengalir sebab Cik Aisyah tinggal ibu ayah dia, ikut nenek dan atuknya balik kampung. Seboleh-bolehnya dia nak ikut nenek dan atuk. Siap masuk kereta atuk dah. Ibu pula kelam kabut kemas pakaian dia, susu dia untuk dibawa.

Dah tak makan pujuk.

Ibu cakap nanti balik kampung, ibu ayah takde.
Adik takde.
Kakak duduk dengan nenek, dengan atuk, dengan pak chik mak chik.
Dengan Aliya.

Aisyah angguk je. Ermmm...

Ibu pula yang meleleh airmata. Sebak. Drive pergi kerja pun teringat dia. Tapi, cepat-cepat tarik nafas dalam-dalam dan fikir baik-baik. Lega.

Sekarang, depan PC, update blog dulu sebab nak buang perasaan sedih ni. Eiii sebak lain macam lah hati ni.
Cop dokumen pun ada yang senget benget.

T____________T

Tak pernah berenggang dengan dia. Tak pernah berjauhan walau sehari, apatah lagi berhari-hari. Hari-hari tidur sebelah. Tiba-tiba dia takde. Walaupun perjalanan ke kampung 2 jam sahaja, tetap rindu dia. Terasa rumah sunyi nanti.
Adik Alif pun monyok je muka pagi tadi. Perasan kakak takde duduk seat belakang. Biasa mulut becok dia tak berhenti cakap macam-macam, tanya macam-macam. Dalam kereta terasa sunyi je.
Harap Aisyah tak cari ibu malam nanti. Ibu dah pesan, ubu takde. Ibu tak balik rumah nenek. Ibu kerja. Ayah kerja.

Makanan

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral

8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral | Lama teringin nak buat. Tapi, tak terbuat-buat. In the end, beli jelah. Sekarang beli makanan secara online je. Korang yang rajin-rajin belaka, ini resepinya. Nak juga up kat blog walaupun dah viral lama.


Kuih Keria Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

By Mawar Wilsa


Bahan:
✔ 2 kg keledek putih
✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak

✔ garam secukup rasa
✔ Air secukupnya untuk merebus keledek
✔ minyak utk menggoreng




Cara-cara:

- Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil

- Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk.

- Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas.
Biarkan sejuk baru letakkan tepung.

- Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana.

- Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan.

- Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka.






Pinjam gambar sekali untuk rujukan



Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

✔ 1 block gula melaka ~ lihat gambar

✔ Sedikit gula batu ~ lihat gambar
✔ 1 sudu besar gula kasar
✔ 5 sudu besar air



- Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair.


- Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat.

- Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk.

- Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati


NOTA 

✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.

✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk.
 #mawarwilsa

================================

Buat kita-kita yang malas (akulah), beli je dah siap. RM5/ 13 pcs. 


Sedap uii. Lembut. Berbaloi beli. Ngap-ngap tak sedar habis. Pastu banyak lak tu. Boleh share ramai-ramai.


Berminat nak order?
Terus whataps 011-2169 5619
Kawasan pasir gudang, masai dan seangkatan dengannya sahaja.



Pengalamanku

Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut

10:43 PG

Assalamualaikum


Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut | Saya tahu kebanyakan kita memandu sendiri ke tempat kerja. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Sebab tu tak hairan jika jalan jammed sana sini. Dan sudah pasti pack hour adalah awal pagi sebelum semua orang masuk kerja dan lewat petang ketika orang balik kerja. Memang stress.

Jika memandu kereta sendiri, kita sudah lali, dah tahu selok belok kereta sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu korang kenalpasti sebelum memandu kereta orang lain. 



Maksud lebih tepat, kereta yang korang jarang pandu tapi tiba-tiba korang terpaksa pandu atas sebab musabah tertentu. Kononnya kereta yang korang pandu hari-hari breakdown, so korang terpaksa pinjam kereta kakak korang ke abang korang ke. Atau terpaksa menyewa kereta. Atau atas sebab kecemasan. Siapa tahu.


1. Ketahui tahap pemanduan korang. Korang pandai memandu manual atau automatik.
- Ini sangat penting sebab tak semua orang pandai memandu kereta manual. Atau lebih tepat, tengok la lesen memandu korang tu, zaman sekarang ni kan dah ada perbezaan lesen automatik atau manual.

2. Jenis kereta tersebut.
- Takde niat merendahkan kereta apa pun. Cuma nasihat saya, kalau korang dah biasa pandu kereta besar, sila sedar diri jika korang ditakdirkan memandu kereta kecil pula. Sebab, pickup kereta ni berbeza. Jangan pula korang pandu kereta kecil macam korang pandu kereta besar, power enjin turbo korang tu.

Ketidakbiasaan biasa berlaku kepada pemandu yang memandu kereta kecil, tetapi terpaksa memandu kereta besar. (Sayalah tu). Kenal pasti tahap lebar kereta tersebut. Bahagian hadapan, muncung lebih ke. Bonet belakang terlebih besar ke. Semua itu mempengaruhi pemanduan kita, lebih-lebih lagi bila berhenti di trafik light atau parking. Kadang-kadang lupa kan, selalu pandu kereta kecil, senang cilok, senang parking


 Khas untuk pemanduan kereta manual. Memandu kereta manual, banyak perkara perlu dikenalpasti.
3. Clutch
- Ada yang suka clutch lembut, ada suka yang keras (yang ni tak tau la apa motif suka clutch keras). Maka, sebelum memandu ke jalan besar, seeloknya, uji tahap pemanduan kereta kita dahulu. Biasanya 5 minit dah mahir. Bukan apa, kalau terlupa tentang clutch yang berbeza dengan clutch kereta kita, confirm kereta akan kerap mati sebab terlepas clutch.

4. Brek.
Ini pun satu juga. Ada kereta yang brek sikit dah cengkam. Ada pula kereta yang brek kena tekan lebih sikit baru dia cengkam, dan kalau tak tekan habis, confirm berdentum.

5. Lampu Signal & Wiper
Yang ni sering terjadi, nak bagi signal tapi wiper yang bergerak. Ini pun sering terjadi pada saya sebab saya hari-hari memandu Perodua. Bila memandu Proton, ha,,gelabah,,,sebab confident bagi signal tapi wiper pula yang bergerak.

Tip di atas adalah berdasar pengalaman saya.
Gambar sekadar hiasan



Perkongsian

MaVellous Xlite True Detox

9:30 PG

Assalamualaikum

Mavellous true detox merupakan penyingkir toksin di dalam usus yang berkesan.Mavellous true detox diamalkan oleh berbagai budaya di seluruh dunia termasuk sistem perubatan Cina dan ayurveda. 


Detoksifikasi bermaksud berehat, membersihkan dan memulihkan badan dari luar dan dalam. Detoksifikasi boleh membantu melindungi anda daripada penyakit dan meningkatkan keupayaan anda untuk mengekalkan kesihatan yang optimum dengan mengeluarkan dan menghapuskan toksin.
Menurut Dr.Hazimi (pengasas Mavellous, Detox adalah proses bersihkan usus di mana segala toksin, lemak & lendir yg melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Detox sgt penting sblm mengambil supplement supaya tahap penyerapan nutrisi pada kadar paling optimum.
MaVellous Xlite TrueDetox juga adalah adunan formula premix hebat yang bekerja secara sinergi untuk membantu tubuh di dalam proses detoksifikasi, program pembersihan dan juga menurunkan berat badan.
Bagaimana Mavellous true detox bekerja?
1. Membakar Lemak.

2. Mengurangkan Berat Badan.
3. Membersih & Penyahtoksin.
4. Meningkatkan Sistem Imun.
5.  Menyihatkan & Melancarkan Sistem Pencernaan dan Penghadaman.
6.  Meningkatkan Tenaga.

Cara pengambilan Mavellous true detox :
 1 sachet sehari + 150 ml air kosong selepas sarapan.

1.5 scoop sehari + 150 ml air kosong sebelum tidur.

Anda disarankan untuk mengambil MaVellous TrueDetox sebelum tidur.
Proses detox akan buang kotoran & bersihkan usus. Proses kuruskan badan kadangkala tidak berkesan bukan kerana sesuatu product yang diambil tapi kemungkinan besar ianya berpunca daripada usus yang penuh toksik & tidak menyerap nutrisi dari product secara optimum.
Jadi jika anda nak kurus atau dalam proses nak kurus, perkara pertama yang pelu dibuat adalah detox! Bersihkan usus anda supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan & optimum. Ini kerana nutrien tertentu iaitu karbo, protein & fiber memainkan ein sangat penting bila mana seseorang nak kurus.
Protein membantu dalam membina dan membaiki tisu-tisu otot supaya kadar metabolisme badan dapat dipertingkatkan & seterusnya membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi adalah penting zat protein dapat diserap dengan baik oleh usus. Jika usus penuh toksik, zat protein tidak dapat diserap & peranan protein tidak berlaku dengan cara yang optimum.
Formulasi istimewa MaVellous Xlite ini diformulasikan dengan:-
1. PhytoCellTec Malus Domestica (Stem Sel Apple)

Berfungsi untuk memperbaharui sel – sel tubuh untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan organ dalam tubuh badan anda bagi mencapai kadar metabolisma pada tahap yang sempurna.

2. L Carnithine adalah sejenis amino acid pembakar lemak. Jumlah carnitine dalam sistem badan anda akan menentukan berapa banyak lemak yang boleh dihantar dan dibakar.
3. Ekstrak kopi hijau -dapat membantu penurunan berat badan kerana kesannya terhadap metabolisma glukosa dan lemak. Dalam satu percubaan klinikal yang kecil, 16 individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan mengambil dos berbeza ekstrak kopi hijau telah hilang purata 7 kilo dan 16% dari lemak badan.
4. Citrus Aurantium mempunyai keupayaan untuk meningkatkan thermogenesis dan juga dapat mengurangkan selera makan. Citrus Aurantium membantu memecahkan lemak dengan meningkatkan lipolisis dan pada masa yang sama meningkatkan kadar metabolisma.
5. White Kidney Bean– Bertindak sebagai penghalang kanji semula jadi atau ‘natural starch blocker’, ianya dapat mengurangkan penyerapan karbohidrat dan mempercepatkan proses penurunan berat badan.
6.  Wheatgrass dapat membantu dalam proses pembersihan darah, menyahtoksin dan pembersihan kolon.
7.  Garcinia Cambogia mempunyai bahan ekstrak natural yang dipanggil hydroxycitric acid (HCA). Kajian telah menunjukkan bahawa HCA dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan sehingga tiga kali ganda dengan dua cara iaitu dengan menyekatkan penyimpanan lemak dan mengurangkan selera makan.

Mavellous XLite juga diformulasi dengan kandungan serat atau fiber yang larut air yang mana bertujuan untuk membantu melawaskan pembuangan air besar tanpa menganggu perut.


Secara keseluruhannya, fungsi Mavellous Xlite adalah:-
~ Meningkatkan kadar metabolisma

~ Menghalang penyerapan karbohidrat
~ Detoksifikasi (membersihkan usus drpd kotoran yg melekat)
~ Mempercepatkan proses pembakaran lemak
~Mengawal selera makan
~Mempercepatkan proses penurunan berat badan
~ Meningkatkan tenaga & meremajakan kulit serta awet muda
~ Meningkatkan prestasi kesihatan secara keseluruhannya.
~membaik pulih kerosakan sel dan tisu di kesemua sistem badan
~ Melawaskan pembuangan air besar




====================

Dah lama plan nak cari produk untuk detox. Apa tak nya sejak dua menjak, usia makin meningkat ni rasa pembuangan air besar kurang lawas. Cam rasa saki baki tertinggal walaupun hari-hari membuang. Tambah pula, berat susah nak susut sekarang. Perut pun terasa macam mengandung 4 bulan.

Faktor usia mungkin, berat badan agak sukar sedikit untuk dikawal. Dah tu, tak rajin exercise. Memang tepulah jadinya lemak-lemak ni. Sepatutnya, dalam usia sebeginilah kena lakukan senaman. Tulah, apakan daya, masa membataskan segalanya. See, alasan orang pemalas macam aku.

Beli 1 jar dulu. Ala, comel je botol ni. Patutlah untuk penggunaan 15 hari. Tapi, saya guna untuk sebulan. Kena pandai berjimat cermat.


Bau dia agak kuat. Maklumlah campuran epal hijau, lemon, aloe vera dan macam-macam lagi (ada kat atas). Rasa dia kuat pada lemon dan epal. Memang rasa pekat, melekat. Saya cuma bancuh 1 scoop dengan 150ml air.


Minggu pertama saya minum setiap hari sebelum tidur. Kesannya selepas 8 jam. Bangun pagi memang rasa nak memerut. Tapi, takdelah sampai rasa cirit. Dalam sehari 2x je membuang.

Minggu kedua saya minum selang seli. 2 hari sekali. Kata tadi nak jimat kan. Inilah caranya. Jangan lupa minum air masak secukupnya.

Selama 3 minggu saya ambil, pada saya ok. Kelawasan tu ok sebab takde sampai tahap cirit. Niat pun nak cuci usus kan. Harap kerak-kerap usus tu takdelah tebal sangat. Dan harapan kedua mestilah nak hilangkan perut buncit dan mencairkan lemak-lemak tepu di badan.



Nota Kaki : Ok ni review ikhlas hakak..



Menang Hadiah

Menang Jam Lisa's Fghends

9:00 PG

Assalamualaikum


Menang Jam Lisa's Fghends  | Seperti yang telah sedia maklum, saya adalah salah seorang pemenang Giveaway Jam Tangan Lisa's Fghends anjuran Mummy Lin. Memang luar jangkaan lah untuk menang sebab lately memang jarang menang apa-apa giveaway.

Minggu lepas jam telah selamat sampai. Teruja sangat nak buka kotak. Ni dia, jam tangan ala-ala gelang tangan yang elegen, cantik menarik kedebomm!

Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Di fahamkan jam tangan ini tidak di jual di pasaran. Kiranya LIMITED EDITION untuk event tertentu dan Giveaway ini. Jam tangan Lisa Surihani adalah dari jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


Jam tangan yang ada pun dah tak leh pakai. Tali dah rosak. See, rezeki tiba pada masa yang tepat. Alhamdulillah.


Nah, setepek selfie dari ibu dua anak. Early morning before going to work. Jam ngam di tangan saya. Tapi saya jarang pakai di tempat kerja sebab kurang bersesuaian di sini. Kalau keluar berjalan-jalan, sangat sesssswai u..




Kampungku

Bermain Air di Air Papan Mersing

9:00 PG

Assalamualaikum


Bermain Air di Air Papan Mersing | Minggu lepas, kami ke rumah nenek di Mersing. Emak, abah, Kak Umie dan Aidil sekeluarga turun Mersing juga. Saja melawat nenek di kampung sambil mengurut badan yang lenguh-lenguh ni.

Alang-alang dah ke sana, ambil kesempatan menghirup angin laut di pantai Air Papan. Port kami singgah ni dah ke hujung sedikit, ramai kaki pancing di sini. Kami pun sekadar jalan-jalan, selepas Asar. Masa agak singkat.

Park kereta depan mak mon. Sempatlah snap gambar mak mon bergayut. Budak-budak suka je tengok mak mon.

Cari port dulu, senang nak letak bekal. Berkelah katakan. Adalah bawa keropok lekor goreng, buah-buahan dan sandwich. Pondok wakaf ni bersemut, maka beralihlah kami ke tempat lain.


Port landai atas pasir pantai menjadi pilihan. Setakat nak main air dan pasir tu boleh la di sini.


Abah dan Aidil usha orang mancing kat hujung sana. Tengok orang tangkap ketam sekali. Banyak ooo,, jeles le tu. Muka tak puas hati sebab tak dapat mancing.

Abaikan mak dua anak yang perasan kurus tu.

Aisyah dan Alya teruja sungguh dapat ke pantai. Mula-mula, kononnya main pasir, nak buat istana. Lepas tu mulalah masuk ke gigi air. Cecah air sikit-sikit. Lama-lama, singsing seluar, teruslah main air.

Yang mak pak pula masing-masing jaga anak, nak tak nak terjun juga dalam air. Ombak agak kuat, air mula pasang. Oleh kerana setakat main air, memang seronok lah.

Paling terkejut dengan gelagat Alif. Teruja sungguh dia mahu main air. Dah dukung, minta lepas lagi. Air tak sampai kaki dia, dia kejar ombak pula. Bila ombak datang, dia tepuk tangan. Punyalah suka. Maka, bersilih gantilah kami laki bini menjaga Alif yang tak takut air.


Ombak datang tu Alif,,

Alif nak kejar ombak. Aduhai..taknak saya dukung. Maka, basahlah kami di situ.


En.suami pun sama macam anak-anak dia. Dah lama tak jumpa air, dengan seluar jeans, terjun dalam laut.

Selfie sat. Tunjuk air laut yang makin naik.. Ok, nak maghrib dah. Balik rumah nenek dulu.







Info

Tukar Kad Bank Sebelum 2017

9:00 PG

Assalamualaikum
Hari tu ada dapat mesej di whataps group. Saya percaya ramai yang share maklumat palsu tersebut. Mesej yang mengatakan kad bank perlu di tukar sebelum tarikh sekian-sekian.

Kemudian, ada pula viral yang mengatakan penukaran kad bank ini HANYA untuk mereka yang menggunakan kad untuk urusan debit sahaja. Kalau setakat cucuk duit, kad lama masih  boleh digunakan lagi.

Macam-macamlah!


Saya tukar bulan lepas. Hari sabtu lagi. CIMB tukar di bank Jalan Serampang, ke Plaza Pelangi. Maybank pula buat di Sentosa. Serius, masa saya buat tak ramai orang. Di CIMB tu, tak perlu susah-susah ambil nombor, beratur bagai sampai luar bank. Saya, orang ke-4 beratur. Urusan pula hanya 5 minit. Sekejap je. Cuma urusan di Maybank agak lama, 15-20 minit untuk seorang.

So, kat sini cuma nak bagi tau, kad saya dah tukar. Dah seluk dah purse 10 kali, ada dua kad bank je. So, tak perlulah ke bank-bank lain. Hihuuu...



Islam Itu Indah

Hikmah Berwuduk

9:00 PG

Assalamualaikum

Kisah ini telah dikongsikan di Whataps group saya. Saya kongsikan di sini, untuk tatapan bersama. Saya ada dengar tentang ini dan dah lama amalkan juga, tapi kadang-kadang culas. Harap tuan empunya artikel ini halalkan perkongsian saya ini.

=================




Semasa aku seusia 6 tahun, aku masih teringat zaman zaman tadika. Di mana waktu itulah aku baru belajar bagaimana mahu solat dan mengambil wudhuk. Di situ juga teringat moment masa nak ambil wudhuk bersama rakan rakan yang lain.

Siap main main simbah lagi. Cop tangan basah dekat belakang rakan lain, dan bermain air. Di samping itu, aku masih ingat lagi seorang ustazah yang menjaga kami dalam pelajaran islam.

"Ambil wudhuk ni tahu untuk apa?"

Semua terus sepakat menjawab..

"Untuk solat!!!!!!"

Apa aku ingat lagi pada waktu itu, ustazah aku tersenyum melihat telatah kami. Comel bukan?? Masa kecik ni lah semuanya mendengar kata. Boleh dikatakan "lurus bendul" Yang baik nak follow, yang jahat dibuang jauh. Kenangan.

Kini aku sudah pun melanjutkan pelajaran di sebuah universiti. Nak kata islamik, tak jugak sebab bercampur. Aku berjaya dapat dalam bidang aku mahukan. Ya , bidang pendidikan.

Suatu hari aku bergegas pergi ke surau berdekatan blok akademik. 10 minit lepas, kedengaran azan zuhur sudahpun berkumandang. Sebaik sahaja sampai , hanya sepasang kasut sahaja di muka pintu.

"Sorang je ni ada" bisik hatiku.

Dengan kaki kanan, aku mula masuk dan memberi salam. Aku terlihat seorang gadis mula mahu membuka hijab. Mungkin dia mahu mengambil wudhuk. Aku juga mula follow apa dia lakukan dan meletakkan hijab aku di ampaian telekung. Sewaktu aku mengambil wudhuk, aku mula perasan tingkah laku gadis itu mengambil wudhuk sangatlah mencuri perhatian aku.

Setiap langkahnya, mulutnya terkumat kamit. Seolah olah ada bacaan yang dibaca sebelum wudhuk itu dibasahi di anggota badannya. Aku cuba endahkan dan mengambil wudhuk. Selesai sahaja aku tunaikan solat zuhur, aku masih melihat kelibat gadis itu sedang melipat telekungnya. Aku bergegas pergi ke arah gadis tersebut.

"Assalamualaikum, lepas ni awak ada kelas?"

"Waalaikumsalam, ada. Pukul 3.15 nanti" 

Entah kenapa aku mula merasakan aura yang sangat positif apabila aku melihat wajahnya.

"Eh samalah dengan saya"

"Ohh begitu" senyumannya sahaja sudah mampu membuat aku terpukau.

"Errr sebenarnya saya nak tanya sedikit, boleh?"

"Ya , silakan"

"Tadi masa ambil wudhuk, nampak awak macam baca something sebelum awak sapu ke anggota badan. Awak baca apa?"

"Ohh tadi tu ya,?? Saya baca ayat2 yang perlu"

"Maksud awak?"

"Sebenarnya, banyak fadhilatnya sebalik wudhuk ni. Dan ayat ayat yang saya baca itu untuk mengambil peluang meminta Allah perkenankan apa saya mahu"

"Contohnya?"

"Semasa saya berkumur, saya baca 
      'Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidah ini'

Semasa saya membasuh muka, saya baca
       ' ya Allah putihkanlah wajahku dan janganlah kau hitamnya di akhirat kelak'

Semasa saya basuh tangan kanan saya, saya baca
         'Ya Allah berikan buku amalanku pada tangan kanan ku'

Semasa saya basuh tangan kiri saya, saya baca
          'Ya Allah janganlah kau bagi buku amalanku degan tangan kiri ku'

Semasa saya basuh kepala, saya baca
         'Ya Allah lindungilah aku dari panas terik di akhirat kelak'

 Semasa saya basuh telinga, saya baca
    'Ya Allah ampunilah dosa telinga ku'

Semasa saya basuh kaki, saya baca
'Ya Allah , mudahkan aku berjalan di titian siratul mustaqim dan permudahkan aku pergi ke masjid, surau dan majlis ilmu. Jauhilah langkah ku ke arah maksiat'"

Kredit infonyaridwan


"Banyaknya awak baca, awak tak rasa letih?"

"Kenapa perlu letih dengan perkara Allah suka?"

Aku terdiam. Betul juga apa gadis itu katakan.

"Wudhuk ni banyak baiknya. Cuma kita belum rasa feelnya. Ramai beranggapan wudhuk ini hanya untuk solat. Tapi sebenarnya wudhuk ini juga boleh dijadikan amalan harian"

"Apa kebaikan dia?"

"Cuba awak jadikan amalan harian. 2 minggu lagi kita berjumpa sini pada waktu dan hari yang sama. Setuju?"

Tanpa berlengah aku menjawab "setuju".
...
Sejak pada hari itu, aku mula menjadikan wuduk sebagai amalan harian. Sebelum pergi ke kelas, sebelum tidur, pada awal pagi malah terjaga tidur sekalipun. Aku mula addapt dengan ambil wudhuk. Walaupun pada mulanya aku rasa benda ini menyusahkan.

Tetapi

Aku mula nampak suatu perubahan
Aku mula mahu belajar agama
Aku mula mahu menjaga solat pada awal waktu.
Aku mula mahu menjaga lisan perkataan
Aku mula mahu mendirikan solat sunat
Aku mula mahu mendalami Alquran
Aku mula mahu menjaga diri dengan berpakaian baik(tutup aurat)
Dan paling gila sekali
Aku mula berpurdah.

Wudhuk sememangnya air yang dashyat. Air yang mujarab. Benar kata Allah. Setiap penawarnya itu adalah daripada dia.

Jadi bila kita gunakan apa yang diajar oleh ilahi, inn shaa Allah kita mula dapat untuk penawar hati dan fizikal.

Dahulunya kulit aku agak gelap, kini makin putih. Ya benar, aku memakai produk lain tetapi takdelah putih begini sekali.

Dahulunya aku ini suka berkata bukan bukan, kini aku menjadi pendiam untuk menjaga lisanku.
Dahulunya aku suka dengar lagu rock, kini aku suka dengar lagu yang bernada perlahan..

Aku mula merasa perubahan ini dan adakah ini berkat pengambilan wudhuk secara harian??
....
2 minggu sudah tiba. Aku duduk di surau dan menunggu gadis itu. Dan akhirnya aku mula melihat kelibatnya.
Dia agak terkejut melihat kelibat aku, mungkin kerana pemakaian aku yang jauh sekali lainnya.

"Waaa dah berpurdah, cantiknya"

"Eh, awak ni"

"Kita solat dulu, then kita sembang kemudian"

Sewaktu mengambil wudhuk, aku masih melihat kelibatnya. Mulutnya masih terkumat kamit. Aku turuti langkahnya. Sesudah sahaja aku selesaikan tuntutan wajib, kami mula duduk bersemuka wajah.

"Jadi, saya nampak banyak jawapan dari diri awak"

Aku terdiam "betul juga apa awak katakan, erm awak ceritalah apa fadhilatnya"

"Eh bukan awak sudah tahu?"

"Tapi saya nak tahu dari awak"

Gadis itu tersenyum dan melihat aku dengan senyumannya paling memukau.

"Wudhuk ni tujuannya bukan sahaja untuk diri. Tapi untuk menyucikan diri. Bila kita jadikan wudhuk itu menjadi amalan harian, bermakna kita ada berusaha untuk menjaga diri kita sentiasa suci. Manusia sering melakukan dosa. Sedar atau tidak, dosa itu tetap mengalir. Tandanya manusia itu tidak sempurna. 
Tahu apa Allah pernah berkata
"Barangsiapa mengambil wuduk dengan baik, dosa dosanya akan megalir keluar di celah2 kukunya"
Bukankah itu bonus untuk kita?? Wudhuk itu juga penyeri wajah. Malah akan ditambah cahaya di wajahnya. Wuduh juga akan mendidik kita untuk menjaga diri dan menjaga apa yang perlu dijaga. Misalnya setiap lisan dan melihat.

Jika benar kita orang yang solat, sudah pasti mulut dan mata akan terjaga. Sebab apa?? Sebab kita dapat keberkatan air wudhuk itu. Wudhuk ni juga mendidik kita untuk belajar tunaikan solat sunat dalam harian. Bila perkara sunnah sudah diamalkan inn shaa Allah perkara solat tambahan mampu dibuat"

"Waaaa besarnya anugerah wudhuk "

"Yup, tapi ramai tak perasan. Wudhuk ni awet muda jugak tauuu"

"Patutlah awak selalu cantik" aku tertawa kecil mengusik gadis itu.

"Isshhh budak  ni"

Kami tertawa kecil..

Terima kasih Allah :')
#SubhanAllah



Nota Kaki : Perkongsian dari whataps group.



Contest

#MyTravelokaEscapade : Destinasi Romantik Idaman

9:00 PG

Assalamualaikum


Percutian menjadi satu idaman setiap orang. Kalau boleh setiap bulan nak bercuti, melancong. Bercuti merupakan salah satu cara untuk release tension. Selain dapat menenangkan fikiran, sudah pasti percutian akan menjadi lebih seronok bila kita berada di tempat yang kita idam-idamkan! 

Untuk bercuti, yang penting poket cun. Poket tak cun, tak seronok gak. Yang paling best, percutian yang ditaja. Uhuuuuiiii, memang menjadi idaman.

Trevaloka, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan harga penerbangan murah, menyediakan khidmat hotel terbaik selain kadar yang berpatutan. Kita juga boleh buat perbandingan harga di laman web Trevaloka. 

Kalau nak tahu, Traveloka, telah menganjurkan contest You Need A Holiday Lah! Caranya agak santai. Hanya perlu pilih satu destinasi dari 10 pilihan yang ada.


Ini adalah 10 destinasi yang ditawarkan. Apa pilihan saya??



Dek kerana sejak kebelakangan ini terbit keterujaan menonton drama korea, keinginan untuk ke Korea Selatan tu agak tebal. Teringin nak ke sana, tapi tak nak pergi masa musim sejuk. Nak pergi masa musim bunga. Fefeeling romantik. Dan yang paling penting, bercuti bersama keluarga tercinta.

Ini antara tempat yang ingin saya tuju. Semestinya destinasi-destinasi romantis.


1. Bomun Pavilion Gyeongju

Terletak di Bomun Lake Resort di Sinpyeing-dong, Gyengju-si. Kota ini menjadi ibukota kerajaan Dinasti Silla. Ia merupakan sebuah gazebo kayu kecil yang terletak di pinggir danau. Apa yang istimewa adalah keindahan pavilion dan sekitarnya yang berubah 4 kali dala setahun, mengikut 4 musim.

 Masa ni terbayang dah drama Moon Lover. Ahaiii... Drama yang memberi impact kuat pada diri saya, hingga terbanyang-bayang jalan ceritanya.

Saya tak dapat bayangkan bagaimana terujanya saya kalau sampai ke sini. Seriously, saya memang sukakan tasik, lebih-lebih lagi dikelilingi bunga sakura. Silap haribulan boleh sampai ke malam duduk sini je.



2. Jeju Island

Dengarnya Pulau Jeju seronok dilawati pada musim bunga di Korea sebab ada festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festival. Dinamakan sempena bunga Canola yang berwarna kekuningan.
Kredit to fieza.net

Selain itu, air lautnya yang cantik membiru pasti menenangkan fikiran. Lautnya juga masih cantik terpelihara dan merupakan salah satu pulau yang cantik di dunia. Sebab tu ianya menjadi pilihan pasangan untuk berbulan madu. Juga menjadi pilihan saya.


3. Nami Island

Orang kata, tak lengkap percutian ke Korea Selatan kalau tak ke Pulau Nami. Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau di tengah sungai ini.

Pemandangan di pulau ini sangat indah dan romantik. Udaranya segar dan tiada kenderaan masuk ke sini. Lebih mengujakan, pulau ini masih dipenuhi flora dan fauna.

Kredit to christinberlina

Tetap mendambakan musim bunga untuk ke sini sebab kawasan ini bakal dipenuhi bunga tulip pelbagai warna. Lebih mengujakan katanya Cherry Blossom atau sakura muncul pada waktu tertentu dan singkat. Rasanya, taknak lepaskan peluang macam ni. Betapa terujanya hidup dengan bunga. Ahaiii..


4. Namsan Tower

Dah kata nak romantik kan. Tak naklah ketinggalan nak lock hati kita di sini. Katanya lambang cinta abadi, sejati, sehati sejiwa. Dan lebih tepat, sebenarnya teruja nak tengok berjuta-juta padlock dengan pelbagai warna dan design di sini.

Kredit to weheartit.com


5. Gyeongbokgung Palace

Bila dah ke negara orang, tak kan tak nak melawat tempat bersejarah mereka kan? Eh, mestilah nak. Mengingati era kegemilangan Dinasti mereka.

Gyeongbokgung, yang bermaksud “yang diberkati syurga” merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. Istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi.

Kredit to myfir2u

Saya merupakan seorang yang cintakan sejarah. Memang teruja sangat nak melawat istana yang gah ni. Khabarnya, istana ni sangat besar. Di sini boleh mengenakan pakaian pengawal Korea pada zaman dahulu secara percuma. Apa yang mengujakan, saya mahu melihat lakonan upacara dan istiadat diraja Korea pada zaman dahulu. Kuat betul pengaruh Moon Lover dalam diri saya ni.


Apa jua berkenaan Korea Selatan, membuatkan saya teringat akan drama ni. "Cinta tak semestinya bersatu"..


6. Banpo Moonlight Rainbow Bridge

Banpo Moonlight Rainbow Bridge ini terletak di tengah Kota Seoul, di sungai Han. Ia juga merupakan jambatan double decker pertama di Korea Selatan. Telah siap dibina pada Julai 1982.

Kredit to ceritakorea.com

Menjadi salah satu pilihan kerana telah diperakui Guinness Book of Records selain memang terang-terang ianya sangat romantik. Boleh selfie banyak kali sebab effect yang cantik!



Terlalu banyak tempat yang saya nak tuju di Korea Selatan ini. Mungkin kena pergi banyak kali baru puas hati. Kalau nak disenaraikan destinasi untuk dituju ni terlalu banyak. Tapi yang utama memang nak rasa berada di Bomun Pavilion Gyeongju.

Teruja tak dengan percutian bersama Treveloka? Bagi kaki travel memang disarankan untuk ada aplikasi ini. Bagi mereka yang baru merancang percutian, Treveloka adalah pilihan terbaik untuk anda. Taip #MyTravelokaEscapade, semua maklumat ada.