Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Dunia Ini Sekadar Persinggahan



Bila berbicara tentang hidup, acapkali mereka kata, hidup hanya sekali, enjoy lah puas-puas. Benarlah hidup hanya sekali, tiada manusia yang hidup dua kali. Kerana hidup yang sekali ini lah, wajib kita mengingati mati, memperbanyakkan bekalan di akhirat kelak. Namun, ibu akui ibu terleka.

Seringkali juga, telinga ini mendengar pertuturan selamba dari sesetengah orang, kalau nak mati, bila-bila boleh mati. Seolah mati itu suatu perkara biasa. Tidak gentarkah dia dengan perkataan 'mati'? Sedangkan pada ibu, perkara yang paling ditakuti adalah mati.  Seram sejuk bila mengingat 'mati'. Pengakhiran perjalanan di dunia, dan permulaan pula di alam 'sana'.


Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.."..dan hendaklah setiap diri memperlihatkan apa sahaja yang telah dilakukan untuk hari esok (akhirat).." - [Al-Hasyr 59:18-19]
~selamattinggal.blogspot.com


Hari ini kita berbual mesra sesama rakan sekerja, siapa tahu esok lusa kita akan tiada.
Hari ini kita mampu berbaring di atas tilam, siapa tahu esok lusa kita akan ke 'dalam'.

Mati sentiasa hampir, walau sejauh mana kita lari, walau sedalam mana kita sembunyi, ia tetap menghampiri.
Dunia sekadar persinggahan. Pentas kehidupan yang penuh cabaran.


Apabila kita mengejar dunia, dunia akan mengejar kita. Tetapi, apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita pula. -[Ustazah Ummi Rose]
~perempuanjomblo.blogspot.com

Pinjam dari Google ~akudanjibun.blogspot.com




~wallahuaklam~




Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Betul tu Mar.. mengingati mati sunat.. cukup ke amalan kita kan.. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita Dan dimsukan kesyurga.. Amin

    BalasPadam
  2. Mati itu pasti. Tidak akan lmbt atau cepat walau sesaat. Hidup di dunia ini utk tuai hadil di akhirat. Bykkan amal soleh insyaAllah.

    BalasPadam
  3. Sudahlah persinggahan. Persinggahannya pula sedetik cuma...

    BalasPadam
  4. muhasabah diri pepagi ni mar.... terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  5. thanks sharing mar...salam jumaat untuk mar

    BalasPadam
  6. Persinggahan yang singkat ni kalau tak beramal dengan baik tiada gunanya.

    BalasPadam
  7. mmg ada org tak kisah ttg mati .nak mati , matilah katanya wpun mrk ni bkn muslim sejati ... subhanallah !

    BalasPadam
  8. kalau ingat mati ni kan, mesti rasa takut..dah cukup ke amalan kita.. tapi mati itu pasti kan sis

    BalasPadam
  9. kita takkan tau bila saatnya ajal kita sampai. sebab tu kena ready setiap masa kan..

    smoga syurga milik kita..amiin,,

    BalasPadam
  10. betul mar, akak ada baca buku melangkah ke alam barzakh.mati itu tiba dalam keadaan yang kita tak sangka, samada kawan, orang tersayang, diri kita sendiri pun..sebab ia rahsia Allah..entry ni bagus sebab mengingatkan kami tentang mati..

    jarang sangat orang nak ingat tentang mati, malah nak bercakap mengenainya pun orang akan mengelak sebab terleka..muhasabah untuk diri akak juga..
    moga kita beroleh husnul khotimah..insha Allah

    BalasPadam
  11. Mengingati mati membuatkan kita menjadi seorang insan yg lebih baik...sbb kita taknak mati dalam keadaan kekufuran..kan..

    BalasPadam
  12. Trasa insaf diri ni sis. Kita just menumpang sja d mukabumi ni.bila2 blh d tarik balik

    BalasPadam
  13. saya setuju sangat
    mati itu pasti, cuma kita tak tahu dan bagaimana

    BalasPadam
  14. betul tuh perbanyaklah amal untuk bekal nanti di akhirat :)
    kita hidup di dunia hanya untuk sementara tidak untuk selamanya hehe

    BalasPadam
  15. memang ada benarnya mati itu bila-bila datang menjemput

    BalasPadam
  16. betul tu mar. mati pasti tiba. moga pengkakhiran kita husnul khatimah

    BalasPadam
  17. Kita tak tahu bila kita akan mati..tapi hari nya pasti akan tiba..orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang bijak..:)

    BalasPadam
  18. Orang x ingat mati memang akan cakap nak enjoy puas2.
    Moga kita dijauhkan dari api neraka Jahannam.

    BalasPadam
  19. T kasih atas peringatan ini Mar... Salam Jumaat..

    BalasPadam
  20. Itulah Mar.....bila mengenangkan mati sapalah yg tak takut....kecuali dah bersedia.....Terasa mcm banyak sgt yg kurang... Tapi bila tgh syok berblog seakan lupa pulak mati huh....
    Moga kita sentiasa diberi peringatan

    BalasPadam
  21. Mar, bila berbicara soal mati ni memang sesuatu yang digeruni. Rasa tak bersedia lagi. Apalah yang dapat dibawa untuk bekalan di dunia yang satu lagi.

    BalasPadam
  22. Betul tuh mar...semua yg ada pinjaman semata2

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code