Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketenangan Bersedekah


Berbelanja di Tesco seeperti biasa sekadar membeli sedikit bahan untuk juadah berbuka. Mahu menggunakan auto debit di kaunter pembayaran tetapi cashier kata, kadang-kadang mesin bermasalah. Lecehkan diorang ni. Ada sediakan perkhhitmatan sebegitu tetapi sering bermasalah.

Cuma perlu bayar RM58 selepas menggunakan boucer yang ada. Kemudian, cashier memberi ibu sekeping kertas yang berlaminate.

Cashier : Puan mahu menderma? Kalau nak, pilih berapa yang puan mahu.

Ibu diam dan terus bertanya kepada suami. Dalam keadaan yang agak malu-malu, ibu tunjuk sahaja nilai yang ibu mahu dermakan. Dan jumlah itu terus discan. Malu sebab ramai orang yang melihatnya. Agak tidak wajar jika perkara yang mulia seperti bersedekah dilakukan di tempat pembayaran. Bersedekah, perlulah ikhlas dan tidak perlu riak dengan jumlahnya.

============================================

Bersedekah merupakan amalan yang melibatkan pemberian apa sahaja yang dimiliki, serta diniatkan untuk mendapatkan pahala di sisi Allah.
Allah berfirman dalam Surah Al-Hasyr ayat 9 dan Surah Al-Taghabun ayat 16 yang bermaksud; "Dan sesiapa yang dipelihara dirinya daripada kekikiran, mereka itulah orang yang beruntung"


 Bersedekahlah dengan pemberian yang baik kerana ia memadamkan kemurkaan Allah, membuka rahmat dan kecintaanNya, menghapus dosa, melebur dendam dan memurnikan kasih sesama insan. Janji Allah bahawa setiap yang disedekahkan akan digantikan oleh Allah balasan yang berlipat ganda.
Allah berfirman dalam Surah Saba' ayat 39; "Dan apa sahaja yang kamu infakkan (nafkahkan); Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik"


 Kesan bersedekah adalah kekal sifatnya (pahala). Manakala harta yang disimpan bakal musnah dan hilang ditelan zaman.
Allah berfirman dalam Surah an-Nahl ayat 96; "Apa yang ada di sisimu akan lenyap, apa yang ada di sisi Allah akan kekal"


 Allah menjanjikan pahala bersedekah sehingga mencapai atau melebihi 700 kali ganda.
Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 261;"Perumpamaan mereka yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai. Pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengasihani"


 Sedekah juga menyembuhkan penyakit dan menolak bala petaka.
Sabda Rasulullah saw: Sembuhkanlah penyakit kalian dengan bersedekah. Lindungilah hartamu dengan menunaikan zakat. Dan siapkanlah doa untuk menolak bala.
Sabda baginda lagi: Sesungguhnya sedekah itu memadamkan murka Rabb, dan menolak kematian yang buruk.


 Sedekah juga menyucikan seseorang daripada dosa-dosa.
Allah berfirman dalam Surah at-Taubah ayat 103; "Keluarkanlah sedekah daripada harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan dosa-dosa mereka"


 Sedekah juga membersihkan hasil yang diperolehi daripada urusan muaalah sesama insan.
Sabda Rasulullah saw: Wahai pedagang, urus niaga ini bercampur sumpah dan dusta, maka bersihkanlah ia dengan bersedekah


 Sedekah perlu diutamakan kepada keluarga yang dekat, jiran tetangga dan juga golongan penuntut ilmu.
Allah berfirman dalam Surah an-Nisa' ayat 36; "Dan berbuat baiklah terhadap dia ibu bapamu, keluarga yang dekat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahaya yang kamu miliki"
Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 267; "Wahai orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik"


 Bersedekah merupakan amalan yang mulia serta menempatkan seseorang di dalam rahmat dan keredhaan Allah.
Allah berfirman dalam Surah ali-Imran ayat 92; "Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebaikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai"





Nota Kaki : Sudi-sudikanlah like page..

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. saya segan kalau nak menderma tapi ditetapkan nilainya.. rasa takut pun ada.. takut kurang ikhlas.. kalau nak memberi tu biarlah kita sendiri yg tentukan nilainya kan..

    BalasPadam
  2. Sedekah mmg perlu disembunyikan krna takut hilang nilai nya di sisi Allah..

    BalasPadam
  3. Betul tu Mar..seeloknya jangan di publishkan nilai yang ingin kita sedekahkan..kerana itu rahsia kita dengan Allah..Teruskan bersedekah ye Mar.. :)

    BalasPadam
  4. betul la..saya pun segan kalau nak sedekah depan2 orang.takut jugak penilaian orang pada kita tu ..walaupun kita ikhlas..kan??

    BalasPadam
  5. Camtu pulak ye Mar.. boleh dah tetapkan RM utk bersedekah..

    BalasPadam
  6. kekadang malu juga kalau di khalayak ramai..bersedekah bukan utk ditunjuk2 kan sis

    BalasPadam
  7. bulan2 ramadhan ni lagi berkat kalau kite rajin bersedekah, nilai tak penting, yang pnting keikhlasan kite..kalau derma beribu2 hengget pon kalau tak ikhlas, tak guna jugak kan..huhu

    BalasPadam
  8. Setuju... sedekah juga melapangkan hati & membersihkan jiwa kita dari keburukan...

    BalasPadam
  9. Ada pro and cont kan Mar.....
    Yg baiknya secara tak lngsung dpt bersedekah...yg tak baiknya kurang keikhladan ...entahlah....

    BalasPadam
  10. betul tuh mar...kalo nak menderma biarlah ikhlas dr hati bknnye dh ditetapkan awal awal nilai derma tuh...kite yg nk ikhlas nih terus jd serba slh n xteng...

    BalasPadam
  11. Biarlah sedikit asalkan ikhlas dan istiqomah...

    BalasPadam
  12. Sedekah berapa pun x kisah, yang penting ikhlas... tapi kalau dalam situasi macam Mar tu, nurul pun segan dan takut diri ni kurang ikhlas bila nilai dah ditetapkan... :)

    BalasPadam
  13. salam ramadhan :)

    siap nak scan kita nak sedekah brape ye.. rasanya lebih elok letak tabung je kat situ.. ni kang semua orang tengok..rasa macam tak sedap je kan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code