Pengalamanku

Pembaharuan Lesen Memandu 2017

9:00 PG

Assalamualaikum

Pembaharuan Lesen Memandu 2017 | Setiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selain ingat yang hari itu hari jadi kita, wajib ingat juga yang lesen kita ni sudah tamat tempoh!

Hal ini bergantung pada berapa lama tempoh pembaharuan lesen korang juga. Macam saya, saya cuma renew untuk tempoh setahun sahaja. Makanya, memang kena ingat untuk renew setiap tahun.


Rasa comel pula gambar passport kat lesen lama ni. Saya masuk kelas memandu dan ambil test segala tu 9 tahun yang lalu, ketika berusia 24 tahun. Agak lewat jugalah saat saya ambil lesen memandu ni dahulu.

Dan selama 9 tahun jugalah saya memandu kereta manual. Lepas dapat lesen, saya drive kereta satria kakak saya. Dulu saya ni jenis kerja berhenti kerja berhenti. Lepas berhenti kerja lama dulu saya ambil lesen kereta. Agak sukar di Johor ni kalau tak de lesen memandu dan tak pandai pandu kereta, susah dapat kerja. Dululah. Sekarang dah ada Uber dan Grab. Agak mudah di situ.

Tahun 2008 bermulalah cerita pemanduan saya di mana saya mula bekerja di tempat kerja lama (sebelum di tempat kerja sekarang). Masa tu masih memandu kereta satria manual. Kereta mati tengah jalan sebab clutch tak balance tu perkara biasa buat saya.


Masuk tempat kerja baru, saya dapat beli seketol viva comel. Pun manual. Itu je yang mampu kan. Pejam celik pejam celik, 9 tahun dah saya drive kereta manual. Dan 9 tahun jugalah usia lesen memandu saya.

Pembaharuan lesen memandu sekarang sangat mudah. Pergi sahaja ke pejabat pos dengan membawa kad pengenalan dan lesen memandu asal.

Jangan lupa bawa RM30 untuk tempoh setahun. Dan jangan lupa juga kira GST sekali. Pendek kata, janganlah bawa duit ngam-ngam, bawa lebih. Urusan pembaharuan lesen ni 5 minit je dah selesai. Dan pastikan juga sistem mereka tiada masalah.


Pengalamanku

Aduan Melalui Website PTPTN Lebih Efisyen

8:00 PG

Assalamualaikum
Aduan Melalui Website PTPTN Lebih Efisyen | Saya ada kongsikan masalah saya sebelum ni berkenaan pulangan lebihan bayaran ke akaun 2 KWSP terlalu lambat. Puas saya follow-up melalui telefon hotline tetapi jawapan yang saya terima agak tidak menepati kepuasan hati saya. Bayangkan surat pengesahan selesai pinjaman telah saya terima awal bulan April tapi hingga bulan Julai pulangan belum juga diterima.

Baca [SINI] untuk mengetahui cara menyelesaikan pinjaman menggunakan akaun 2 KWSP. Akhirnya saya buat aduan di website PTPTN terus. Tak sangka, aduan melalui kaedah ini lebih cepat dan efisyen. Malah jawapan yang saya terima memuaskan hati.

Tak sampai 2 minggu, duit saya telah dikreditkan semula ke akaun 2 KWSP saya. Tetapi, masih ada lebihan bayaran sedikit yang membuat saya rasa tidak puas hati. Aduan dibuat sekali lagi melalui Aduan. Serius, memang tangkas mereka menyelesaikan aduan.

Lebihan bayaran sudah saya terima minggu lepas dengan dikreditkan ke akaun CIMB saya. Terima kasih staff PTPTN. Untuk aduan, boleh la layari http://www.ptptn.gov.my/


Klik pada simbol dalam bulatan. Pastikan korang tak lupa untuk bayar pinjaman ye..


Pengalamanku

Pengalaman Menderma Darah Di HSI

8:00 PG

Assalamualaikum
Pengalaman Menderma Darah Di HSI | Ini merupakan kali pertama saya menderma darah. Berdebar-debar juga rasanya. Niat asal saya dengan konfidennya mengaku darah saya jenis O- sebab makcu kawan saya kekurangan darah badan.

Makcu kawan saya ni darah jenis B-. Sangat sedikit orang di Malaysia ni berdarah jenis B-. Orang darah jenis B- hanya boleh menerima darah jenis B- dan O- sahaja.

Kisah viral makcu kawan saya di FB: Peon JB, mohon sebarkan..

Bagi yang memiliki darah B- dan O-, sudilah kiranya menderma untuk makcik ini.

Banyak prosedur yang perlu diketahui sebelum menderma darah. Mula-mula nurse check darah, jenis apa. Macam saya jenis O. Jenis O- atau O+ tak dapat detect. Kemudian, timbang berat pula. Berat mestilah lebih 48kg bagi perempuan. Kemudian, perlu isi borang maklumat diri dan beberapa soalan berbentuk pertanyaan. Eh..banyak juga soalan tu tau.

Ini beberapa soalan yang saya ingat dan diinterview oleh nurse.
- Ada keluar dari Malaysia dalam tempoh kurang 1 bulan? Kalau ada, tak boleh derma.
- Ada bertukar-tukar pasangan/ melanggan? Kalau ada, tak boleh derma.
- Cukup tidur 5 jam tak?
- Adakah sedang mengandung?
- Adakah sedang period?
- Ada penyakit HIV/ Hepatitis/ Tibi/
Banyak lagi...

Meskipun darah saya bukan jenis O-, saya derma jugalah. Alang-alang dah ke sini kan. In sha Allah darah saya dapat membantu orang lain pula.


Kerusi diturunkan agar saya dapat berbaring. Tangan pula terus menerus mengepam bola hijau tu. Sambil itu, nurse menyerahkan borang yang saya isi tadi. Borang yang saya isi mengesahkan bahawa saya berdarah jenis O sahaja. HB: 13.3, agak tinggi.

Tak pasti berapa lama saya menjalani proses menderma darah ni. Tapi, tak lama mana. Nurse pula dah stanby air gula untuk saya, takut saya pengsan. Lebih lagi bulan puasa. Kalau rasa pening-pening tu terus minum air gula tu. Sebenarnya, saya tak bersahur pun pagi tu sebab lewat bangun.


Proses menderma sudah selesai. Nurse minta saya rehat dahulu. Oklah rehat lah dalam 15 minit di kerusi ni. Alhamdulillah saya bertenaga, tiada rasa pening-pening. Syukur masih dapat meneruskan puasa.

Nurse berikan saya slip pengesahan penderma darah. Pengesahan ini membolehkan saya mendapat pelepasan kerja selama 8 jam bermula jam 1 petang. Oleh kerana saya rasa bertenaga sahaja, saya bekerja seperti biasa hingga jam 5.30 petang.


Untuk pengetahuan semua, tiada lagi buku untuk penderma darah, hanya diberi sekeping kad kecil. Sekiranya ingin menderma darah lagi, tunjuk sahaja kad ini. Sehingga kad ini habis dicop, barulah penderma akan diberikan buku.


Untuk menderma darah, boleh terus ke,

TINGKAT 4 , unit tabung darah
Hospital Sultan Ismail , JB 
Bermula 8 pagi hingga 5 petang

Update terkini : Makcu kawan saya sudah keluar hospital semalam. Alhamdulillah...



Alif Ziyad

Alif Menolak Pants Diaper

8:00 PG

Assalamualaikum
Alif Menolak Pants Diaper | Saya agak pelik juga kenapa dia tidak mahu dipakaikan diaper jenis pant. Kebetulan hari tu diaper Tesco Love Baby saiz L takde langsung. Kami telah pergi 2 buah Tesco berdekatan tapi hampa. 

Akhirnya, saya beli sahaja diaper Genki pants. Harga pun reasonable, jenis pant lagi. RM32 untuk 50 pcs. Kira ok la tu kan...


Genki keluaran Oji sangat bagus dari segi daya serapan. Ianya juga jenis cotton yang bagus. Cuma kehampaan sebab Alif tidak mahu memakai jenis pant. Pening kami memikirkan kenapa dia menolak. 

Bukankah jenis pant lebih mudah?

Bayangkan dia siap berlari dan menolak dari dipakaikan sambil menangis. Oleh kerana saya tetap pakaikan juga, Alif tidak berhenti menangis hinggalah saya cabut diapers tersebut dan gantikan dengan diapers lain.

Nekad, keesokannya terus ke Tesco lagi ketika waktu rehat semata-mata untuk beli diapers lain. Alhamdulillah, diaper Tesco Love Baby ada banyak tersusun di rak hari itu. Terus sambar dua.



Budak Alif sedang mengira mozek


Anak-anak

Sejauh Mana Kool Fever Membantu Meredakan Demam Anak?

8:00 PG

Assalamualaikum
Sejauh Mana Kool Fever Membantu Meredakan Demam Anak? | Bila bergelar ibubapa, secara tidak langsung banyak perkara akan kita belajar, samada dari pengalaman dan juga nasihat doktor dan pakar kanak-kanak.
Kool Fever adalah antara benda penting yang mesti ada di rumah. Secara amnya, ia bertujuan untuk stanby. Seperti yang kita tahu, kool fever membantu meredakan panas bayi/ kanak-kanak/ orang dewasa ketika demam. Ia merupakan jeli yang bertindak menyerap haba panas dari badan.
Baca dahulu;
Anak pertama dulu jarang gunakan meskipun dia kerap demam.
Sebab?
Dia rela dijelum/ dilap badannya dengan air tanpa menangis.
Anak kedua perlu ada stok meskipun jarang demam.
Sebab?
Tiap kali dijelum/ dilap badannya dia menangis tak mahu.
Penyelesaian saya jika anak ke dua saya demam;
Saya tetap lap badannya bermula dari kaki bawa ke kepala.
Meskipun dia merengek tak mahu dilap, siap mengamuk buang kain lap tersebut, saya tetap lap perlahan-lahan.
Kemudian, baru tampalkan kool fever di tempat yang panas secara berkala.
Cth, dibelakang badan, kemudian di dahi pula. Tidak hanya 1 tempat untuk mengelakkan sawan (seperti yang pernah digempar gempurkan di FB sebelum ini)

Our Life

Cara Selesaikan Pinjaman PTPTN Melalui KWSP

8:00 PG

Assalamualaikum

Cara Selesaikan Pinjaman PTPTN Melalui KWSP | Kalau sebut PTPTN, banyak betul kisah yang saya nak coretkan sebenarnya. Tapi tak perlulah saya cerita secara details di sini. 

2017, syarat untuk buat apa-apa pinjaman dengan bank semakin ketat. Peminjam yang ada membuat pinjaman belajar iaitu PTPTN, sila take noteJika peminjam tidak membayar langsung pinjaman, tidak membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual pembayaran, pinjaman ada tunggakan, emm,,, berhati-hatilah sebab korang tidak akan berjaya membuat apa-apa juga pinjaman yang melibatkan bank.
Macam kes saya, loan rumah ke-2 saya tak lulus gara-gara tunggakan PTPTN saya. Ha amik kauu. Tulah bayar tak cantik. Akaun bayar balik PTPTN saya bermula tahun 2008. Kemudian, saya tukar ke sistem Ujrah pada tahun 2011 di mana kos pentadbiran dikurangkan dari 3% ke 1%. Memang berbaloi, sebab ada nampak pengurangan jumlah pinjaman di situ.
Untuk itu, perlulah saya selesaikan tunggakan atau bayar habis terus pinjaman saya itu. Pilihan saya, bayar habis pinjaman PTPTN sebanyak 12K lagi tu menggunakan KWSP akaun 2.
❤❤❤❤❤
Untuk Selesaikan Baki Pinjaman PTPTN;
PERTAMA
Untuk proses pengeluran KWSP ini, korang WAJIB ada I-akaun KWSP. Kalau korang takde I-Akaun, sila buat terlebih dahulu ye. Mudah je untuk buat I-Akaun KWSP, korang hanya perlu pergi ke kiosk KWSP,masukkan kad pengenalan, thumbprint seperi biasa dan pilih dapatkan nombor pin I-Akaun. 
Kemudian, daftar di laman web KWSP segera.
KEDUA
Ke pejabat PTPTN terdekat.
26.02.2017 - Saya ke Pejabat PTPTN terdekat. Nyatakan tujuan saya dan dapatkan nombor giliran di mesin nombor. Bila nombor naik, segera ke kaunter tersebut. Macam saya, tujuan saya adalah untuk menyelesaikan semua pinjaman yang ada melalui KWSP akaun 2.
Pegawai akan tanya, ada I-Akaun KWSP?
Ya
Pegawai akan minta tuliskan username dan password I-Akaun untuk dia login.
Pegawai akan semak bagi akaun 2 samada jumlah mencukup atau tidak. Jika cukup,pegawai akan bertanya samaada mahu bayar keseluruhan pinjaman atau tunggakan sahaja.
Jika akaun 2 korang tidak mencukupi, korang boleh berbincang dengan pegawai tersebut.
Proses sekejap sahaja, dalam 15 minit tu selesai. Semuanya menggunakan sistem online.
27.02.2017 - Saya sudah menerima mesej pesanan ringkas dari KWSP.

KETIGA
Setelah menerima SMS, boleh la ke pejabat KWSP pula. Bawa sekali kad pengenalan serta sijil atau transkrip original, copy IC dan copy sijil atau transkrip.

05.03.2017 - Ke pejabat KWSP la kiteeee. Saya ada kongsikan di entri sebelum ini.

 >>> Bebas Hutang PTPTN <<<



Cepat betul prosesnya kan. 06.03.2017, permohonan saya sudah diluluskan, cuma surat sampai lambat lah. Suka sangat dalam hati bila hutang yang amat digeruni abad ini selesai. Alhamdulillah.. 

❤❤❤❤❤

Untuk makluman semua, jika korang dapat bayar balik semua jumlah pinjaman sebelum 31 Disember 2017, korang akan dapat diskaun 15%. Kalau korang nak bayar separuh pun boleh, dapat diskaun 10%.



28.03.2017 - Saya semak sekali lagi akaun saya. Dah clear habis, sebelum ni ada kos pentadbiran lagi tau, RM 13 ringgit macam tu lah, tapi saya dah bayar. Saya lebih suka bayar melalui FPX sebab bila refresh, saya boleh semak terus penolakan yang dia buat.

Tahniah buat diri sendiri sebab telah menyelesaikan PTPTN meskipun hati berbolak balik, sampai nangis tepi buju katil sebab akaun 2 tinggal 2K je. Untuk lebihan bayaran selepas diskaun 15%, PTPTN akan pulangkan semula ke akaun 2 KWSP saya dalam tempoh 1- 2 bulan.

Semuanya di hujung jari sekarang. Semakan boleh dibuat di www.ptptn.gov.my atau;

.







Makan Gaji

Latihan Kebakaran Di Seksyen CP

8:00 PG

Assalamualaikum
22.03.2017 - Tarikh yang dipilih untuk seksyen kami menjalani latihan kebakaran. Ketika ini hampir jam 11 pagi. Panas berdenting uiii.. Latihan diadakan bertujuan untuk memastikan semua pekerja tahu di mana check point harus dituju bila berlaku kebakaran.


Sampai check point mesti beratur mengikut department masing-masing. Kemudian, tunggu nama dipanggil oleh person incharge. Tujuannya, untuk mengenalpasti pekerja yang tiada /  tidak turun ke check point.



Latihan berjalan dengan lancar. LULUS kerana masing-masing sampai ke check point kuranga dari masa kecemasan yang ditetapkan. Tahniah buat kami.


Birthday

Kejadian Selepas Hari Jadi

10:00 PG

Assalamualaikum


Kejadian Selepas Hari Jadi | Hari Ulang Tahun Qaseh yang ke-2. Qaseh ni cucu BS. Duduk pun sebelah rumah nenek dia je. Qaseh sebaya Alif.

Sambutan hari jadi dibuat pada hari Ahad lalu. Saya dah pesan awal-awal pada Aisyah, malam nanti nak pergi rumah Qaseh, nak tengok Qaseh potong kek. Tapi Aisyah asyik main dan tengok video cerita Puteri, tak tidur pun petang tu. Penyudahnya, dia terlelap dah petang dan bila maghrib dikejut tak mahu bangun.

Jam dah lebih 8 malam, Aisyah tak bangun juga. Saya minta izin suami ke kedai sensei berdekatan untuk beli susu Qaseh (sebagai hadiah) dan susu Alif sekali.

Pergilah saya ke kedai dan terus ke rumah Qaseh dengan ditemani Alif sahaja. Parking atas bukit. Kemudian, jalan sedikit ke rumah Qaseh. Orang dah siap makan pun. Kami dua beranak baru berlenggang-lenggang.



Sempatlah makan semangkuk mi kari. Itu pun perut dah rasa kenyang. Berbual-buat sekejap. jam 9.30 malam saya balik. Dibekalkan berbungkus-bungkus makanan. Terima kasih banyak-banyak tuan rumah.

Yang saya nak ceritakan ni, kejadia yang saya tak sedari langsung setelah sampai rumah. Sedar bila tergesa-gesa nak ke Today Market dalam jam 3 petang keesokan harinya.

Masa tu berderau darah bila  tengok purse kecil ni hanya tinggal note merah dan biru (singgit). Eh?? Mana kada dalam ni? Mana? Mana?

Memang tak de! Ah sudah. Mana ni? Mana?

Fikiran dah mula tak keruan. Bersiap pun macam separuh siap dek kerana fikiran tak menentu. Ada benda penting dalam purse kecil tu yang hilang! Rasa nak meraung tapi sabar.


En.suami : Macamana ada beg besar, pastu ada beg kecik pulak. Eh pelik-pelik orang perempuan ni.

Hahaha..

Terus ke tempat parking malam tadi. Alhamdulillah, barang tu tercicir di celah-celah rumput. Takde siapa yang ambil. Syukur sangat-sangat.


Ini lah barang penting tu.



Nota Kaki : Jangan cuai seperti saya ye..








Pengalamanku

Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut

10:43 PG

Assalamualaikum


Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut | Saya tahu kebanyakan kita memandu sendiri ke tempat kerja. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Sebab tu tak hairan jika jalan jammed sana sini. Dan sudah pasti pack hour adalah awal pagi sebelum semua orang masuk kerja dan lewat petang ketika orang balik kerja. Memang stress.

Jika memandu kereta sendiri, kita sudah lali, dah tahu selok belok kereta sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu korang kenalpasti sebelum memandu kereta orang lain. 



Maksud lebih tepat, kereta yang korang jarang pandu tapi tiba-tiba korang terpaksa pandu atas sebab musabah tertentu. Kononnya kereta yang korang pandu hari-hari breakdown, so korang terpaksa pinjam kereta kakak korang ke abang korang ke. Atau terpaksa menyewa kereta. Atau atas sebab kecemasan. Siapa tahu.


1. Ketahui tahap pemanduan korang. Korang pandai memandu manual atau automatik.
- Ini sangat penting sebab tak semua orang pandai memandu kereta manual. Atau lebih tepat, tengok la lesen memandu korang tu, zaman sekarang ni kan dah ada perbezaan lesen automatik atau manual.

2. Jenis kereta tersebut.
- Takde niat merendahkan kereta apa pun. Cuma nasihat saya, kalau korang dah biasa pandu kereta besar, sila sedar diri jika korang ditakdirkan memandu kereta kecil pula. Sebab, pickup kereta ni berbeza. Jangan pula korang pandu kereta kecil macam korang pandu kereta besar, power enjin turbo korang tu.

Ketidakbiasaan biasa berlaku kepada pemandu yang memandu kereta kecil, tetapi terpaksa memandu kereta besar. (Sayalah tu). Kenal pasti tahap lebar kereta tersebut. Bahagian hadapan, muncung lebih ke. Bonet belakang terlebih besar ke. Semua itu mempengaruhi pemanduan kita, lebih-lebih lagi bila berhenti di trafik light atau parking. Kadang-kadang lupa kan, selalu pandu kereta kecil, senang cilok, senang parking


 Khas untuk pemanduan kereta manual. Memandu kereta manual, banyak perkara perlu dikenalpasti.
3. Clutch
- Ada yang suka clutch lembut, ada suka yang keras (yang ni tak tau la apa motif suka clutch keras). Maka, sebelum memandu ke jalan besar, seeloknya, uji tahap pemanduan kereta kita dahulu. Biasanya 5 minit dah mahir. Bukan apa, kalau terlupa tentang clutch yang berbeza dengan clutch kereta kita, confirm kereta akan kerap mati sebab terlepas clutch.

4. Brek.
Ini pun satu juga. Ada kereta yang brek sikit dah cengkam. Ada pula kereta yang brek kena tekan lebih sikit baru dia cengkam, dan kalau tak tekan habis, confirm berdentum.

5. Lampu Signal & Wiper
Yang ni sering terjadi, nak bagi signal tapi wiper yang bergerak. Ini pun sering terjadi pada saya sebab saya hari-hari memandu Perodua. Bila memandu Proton, ha,,gelabah,,,sebab confident bagi signal tapi wiper pula yang bergerak.

Tip di atas adalah berdasar pengalaman saya.
Gambar sekadar hiasan



Alif Ziyad

Alif & Basikal

9:11 PG

Assalamualaikum


Alif baru berusia setahun 3 bulan. Dasar anak jantan, lasak gaya jantanlah! Tak main dah panjat sofa. Kacang sangat.

Sejak pandai bertatih dia meman rajin tolak basikal. Tolak je. Itulah aktiviti harian dia. Seronok sangat bila dapat tolak basikal.

Dapat naik basikal, walaupun kaki belum sampai nak kayuh, dia tetap gigih nak kayuh. Dengan mulut bising bunyi "vrooomm".."vrooomm", menyembur-nyembur air liur.

Minta kakak pegang adik, tapi lain pula yang kakak buat.


Ini welfie bertiga tapi ibu dia menyorok belakang anak-anak. 


Budak-budak mana tahu penat. Ibu dia je penat sebab tu turunkan Alif dari basikal. Tapi, dia mengaruk nak naik lagi. Seronok la tu. Ok, naik lagi kita pusing 3, 4 round dalam rumah.

Ok cukup. Ibu dah penat. Turun dua-dua, kita tengok tv.

Astro seperti biasa, ulangan tayangan. Tukar channel apa pun, semua tidak kena. Akhirnya, tengok rakaman  Maleficent. Seronok melayan Cik Aisyah berbual, tak sedar Alif mula memanjat basikal. Tidak sempat aku melontarkan laungan, dia sudah "gedebuk".


Budak nakal tengah duduk diam meratapi nasib diri.

Kelopak mata bergarit, alhamdulillah tidak kena mata. Dan dahi "bertelur". Dalam saat ini minyak kelapa dara sangat membantu memulih luka. Memang serasi, cepat berkesan. In sha Allah dengan izinNya.






Pengalamanku

Melekat Dengan Tack It Faber-Castell

9:00 PG

Assalamualaikum


Korang pernah tengok iklan raya kat tv kan? Yang budak nakal suka baling-baling barang, jatuhkan frame gambar, pasu bunga dihentak-hentak. Lepas tu remote control tv buat macam dia punya. Alih channel sesuka hati. Yang lagi best, dia buka tutup pintu almari sesuka hati.

Bila mak budak tu call nak datang je masing-masing gelabah tahap gaban, risau budak tu buat macam selalu. Tapi, tiba-tiba dapat idea.. ting!


Diorang guna menatang ni tak lekatkan frame, pasu segala supaya barang-barang tak jatuh. Siap lekatkan remote tv tinggi-tinggi hingga gagal dicapai oleh budak tu.

Hari tu aku terjumpa tack-it ni di pasaraya. Semangat lah beli. Tapi, Alif belum sampai tahap nakal macam iklan dalam tv tu lagi. Cuma segala pasu bunga comel-comel dia geram kot, dia baling-baling macam bola dan buat aku rasa nak nangis.


Inilah dia. Sebenarnya plastesin / tanah liat. Lebih kurang macam tanah liat zaman kita kecik-kecik main, yang dalam kotak besar bentuk kotak macam sabun buku fab tu. Cuma tack-it ni versi moden, lebih lembut dan tidak ada bauan pelik.


Tack-it ni sudah siap dipotong, mudah untuk kita gunakan. Tapi, aku nasihatkan korang jangan kedekut nak guna. Sebab, setakat seketul dua menda tu tak lekat. Kena guna banyak-banyak, gumpal-gumpal lepas tu penyekkan.


Ni aku try test uji cuba. Aku letak 2 ketol je. Hekelek,,tak kaw lekatnya. Baru kertas je kot. Tapi, baru permulaan, jangan cepat menuduh tak bagus.

Benda ni kalau dah lama dilekatkan tanpa diusik, memang gam melekat jugalah. Tapi, kalau baru kita tampal lepas tu ada tangan gatal usik, tanggalkan, kebarangkalian barang-barang untuk lekat tu dah kurang sebab asik kena usik je.

Tapi, boleh la digunakan...








Jalan-jalan

Kluang Railway Coffee Station & Laman Kreatif 3D

9:00 PG

Assalamualaikum

16 Oktober 2016 - Tertunai hasrat kami menaiki keretapi KTM! Kempas - Kluang. Anak-anak paling teruja sebab memang niat nak bawa mereka naik keretapi. Biar mereka rasa sendiri.

 Perjalalanan singkat selama 1 jam 30 minit terasa penat dek melayan karenah anak-anak yang tak reti duduk diam.


Satu pengalaman baru juga buat kami. Selama ni naik kereta je kan. Teruja sungguh si Aisyah dan Luthfi bila nampak keretapi depan mata. Kami pergi dengan 2 keluarga dan seorang rakan masih single available.


Pembelian tiket secara online. Print dan tunjuk sahaja.


Bertolak awal pagi, train jam 9.00 pagi. Keretapi pun kosong je. Berbaloi rasanya sebab tak beli tiket untuk Aisyah, bukan reti duduk pun. Dah tu buat macam rumah sendiri pula!


Welpie seketol untuk kenangan. Bersama blogger Pelangi Itu Indah.


Sampai sahaja di stesen Kluang, kami bergegas keluar takut keretapi gerak. Destinasi pertama dan utama mestilah Kluang Rail Coffee. Masa kami sampai, kedai ni memang pack giler, meja penuh, tak termasuk yang menunggu. Kami antara pelanggan yang menunggu. Tapi, tak lama menunggu, 2 meja yang diduduki sekumpulan biker beransur setelah melihat kami yang menunggu dengan kelaparan. Diorang la...aku tak lapo sangat sebab dah breakfast. Akekeke...



Dah dapat seat, apa lagi, orderlah!


Kami order laksa johor, roti bun bakar kaya / butter, telur separuh masak, nasi lemak, bihun soto untuk budak-budak dan yang wajib adalah KOPI!

Saya minum Kopi O panas dan roti bun bakar. Giler sedap kot. High recommended. Nasi lemak 90sen, alahai ciput je. Jamah juga sebab kecik kan saiznya. Tapi, pada saya nasi lemaknya kureng dari pelbagai segi.

Sila jangan tertipu dengna meja yang kosong. Dah habis diorang telan.


Perut dah kenyang, makanan pun dah licin, pelanggan lain pun ada yang dah menanti. Kami segera beransur dan cari tempat lepak.

Kami bernasib baik sebab kakak ipar suami blogger Pelangi Itu Indah ada duduk di Kluang dan meminjamkan kereta wiranya. Sendat tak sendatlah kereta tu, itu belakang cerita.


Takyah cerita panjanglah.. Jom layan gambar kami di laman kreatif 3D


Kebetulan pula ada pelakon tengah shooting. Agak-agak siapa ye?
Achey  dan Sharul Shiro. Tak bergambar sebab perasaan malu yang menebal.









Kami ber8


Laki bini nak berselpie


Sebelum balik, kita minum dulu... Pekena kopi dia yang kaw lagi. Kali ni saya minum Kopi ais. Makoih...pekat melikat. Kaw sungguh..

Kopi O husband punya. Roti bun bakar, saya punya. Sedap betul la..


Sebelum balik, sambil menunggu keretapi sampai, kita bergambar dulu. Kenangan bersama di hadapan Kluang Rail Coffee.




In sha Allah panjang umur, pergi lagi. Padahal selalu je turun Kluang. Gile poyo aku ni.