Makan Gaji

Nota Hati #5 : Berbaik Sangka

12:00 PTG

Assalamualaikum

Berbaik sangka itu lebih baik,
Ikhlaskan hati,
Ceriakan wajah serta tersenyumlah,
Dan lihatlah hasilnya..


Pernah tak korang rasa macam dada ni nak pecah memendam rasa. Allahuakbar,, sabar ajelah. Tentang tempat kerja, tak adil rasanya dengan apa yang aku lalui ni. Nak pecah dada rasa.. Tapi, apakan daya, hanya mampu meluahkan di sini.

Satu hari nanti kita akan dihargai bila kita dah takde.



Nota Hati

Nota Hati #4 : Sekeping Hati

2:00 PTG

Assalamualaikum


Ya Allah, berikan kami sekeping hati yang selalu mendoakan kebahagian orang lain,
Berikan juga kami sekeping hati yang selalu rendah hati,
Terhindar dari sikap mementingkan diri sendiri

❤❤❤

Adakalanya bila kita melihat akan kebahagian orang lain, akan terdetik perasaan cemburu. Itulah lumrah manusia, diciptakan dengan pelbagai perasaan. Suka, duka, cemburu, iri hati. Semua itu lurah kehidupan. Cuma bagaimana kita mengatasinya, tepuk dada, tanya iman.




Nota Hati

Nota Hati #1

8:00 PTG

Assalamualaikum


Saya bukan yang terbaik.
Namun, saya belajar menjadi yang terbaik.

Ingatlah, hidup ini singkat. Gunakan masa sebaik-baiknya. Entah esok, lusa. atau sesaat lepas ini, nyawa kita tercerai dari badan. Tiada manusia yang baik. Hanya Rasulullah SAW yang maksum.

Sebagai manusia, sentiasa berusaha untuk perbaiki diri.