Adsense

Seronok Bila Berjaya

8:18 PG

Assalamualaikum

Seronok Bila Berjaya | Alhamdulillah akhirnya Google AdSense sudi approved blog Janji Kita. Terima kasih ye AdSense!

21.07.17 - Dapat email tahniah. Setelah cubaan beberapa kali apply, akhirnya berjaya.


Tidaklah rasa bangga sangat tapi rasa satu kejayaan juga lah untuk blogger picisanacam saya ni. Lagipun ramai rakan blogger lain turut berjaya. Tahniah semua.



Blog Janji Kita

Follower Ke-1000

4:00 PTG

Assalamualaikum
Follower Ke-1000 | Akhirnya follower blog Janji Kita telah capai 1000! Terima kasih kepada rakan-rakan blogger lain yang sudi follow blog saya ni.

Tahniah kepada Nona Sani pemilik blog Life with ❤ yang telah berjaya mendapat duit raya dari saya. Awal dia dapat duit raya..

Kepada rakan lain jangan berkecil hati ye. Korang tetap rakan yang best. In sha Allah akan datang saya akan buat top komentator setiap 3 bulan dan nantikan juga hadiah misteri dari saya. Sebagai tanda penghargaan saya kepada rakan yang sudi berkunjung ke blog saya.



Blog Janji Kita

Wajah Baru Janji Kita

8:00 PG

Assalamualaikum

Wajah Baru Janji Kita | Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke rumah saya. Syukur ke hadrat Illahi masih dipanjangkan usia untuk terus berblogging dan memanjangkan ukhwah sesama kita.

Pasti korang dah perasan akan perubahan rumah saya kan? Bertukar wajah sama sekali. Dahulu lebih kepada warna pastel dan semestinya warna merah jambu.

Wajah lama blog Janji Kita

Kali ini, saya tampil dengan kelainan, lari dari warna merah jambu. Bukan kerana sudah membenci warna itu, tapi lebih kepada pembaharuan. Refreshment. Apa yang saya mahu, saya tak mahu ada bunga-bungaan. Mahukan blog yang simple, mobile friendly dan loading cepat.

Wajah baru blog Janji Kita

Jutaan terima kasih buat sis Awa yang mengedit blog saya dengan jayanya. Memang saya suka sangat-sangat hasil kerja sis Awa ni. Walaupun pada mulanya ada sedikit kejanggalan pada blog saya, tapi sis Awa telah berjaya buat saya tersenyum lebar.

 Boleh baca di sini untuk Full Edit Blog Mar Mansor





Blog Janji Kita

Pengumuman Pemenang Sekali Lagi

12:00 PTG

Assalamualaikum

Pengumuman Pemenang Sekali Lagi | Rakan blogger semua sudah sedia maklum, bahawasanya, pengumuman pemenang Segmen Blogwalking Janji Kita sudah pun diumumkan 2 minggu lepas.

Semua pemenang juga telah saya email dan telah mendapat respond. Seorang pemenang sudah respond tapi tak juga beri nombor telefon untuk saya topup kan. Maaf ye pada blogger tersebut. Saya dah dua kali minta nombor telefon dan rangkaian tapi jawapannya, nanti.

Dengan ini saya anggap dia tak berminat untuk menerima hadiah saya itu.
Saya cabut undi lagi.

Pengumuman Lepas

❤❤❤

Pengumuman pemenang baru,
Penyertaan

*Top-up RM10*
 15. https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/03/segmen-blogwalking-janji-kita.html


Sila email saya nombor telefon dan rangkaian telefon anda ye di mar84nadzri83@gmail.com. Sila munculkan diri 2 minggu dari sekarang ye.






Alexa

Ranking Alexa #6 130417

8:00 PTG

Assalamualaikum


Ranking Alexa #6 130417 | Sekadar berkongsi kegembiraan. Anak panah kat tangga tu dah hijau. Traffic rank pun semakin mengecil, bawah 7K.


Alexa Traffiic Rank : 1,315,343
Traffic Rank in MY : 6,909
Sumber : Terjah!

Entri Sebelum, boleh klik SINI




Blog Janji Kita

Pengumuman Segmen Blogwalking Janji Kita

2:00 PTG

Assalamualaikum


Pengumuman Segmen Blogwalking Janji Kita | Finally, pemenang saya umumkan! Jutaan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi sertai segmen saya ini.
Nak blogwalking, boleh terjah SINI.

❤❤❤❤❤
Pemenang!!!

Penyertaan Terawal :
* Hadiah Misteri *
http://ezatty.blogspot.my/2017/03/segmen-blogwalking-janji-kita.html

Pemenang Saguhati :
* Top-up RM10 *

* Top-up RM5 *

* Top-up RM5 *

Kepada semua pemenang, sila email saya ye di mar84nadzri83@gmail.com untuk hadiah masing-masing.
Terima kasih atas kesudian korang memeriahkan segmen saya. In sha Allah, berjumpa di segmen lain pula nanti.


Blog Janji Kita

Maaf Lambat Umum Pemenang

2:00 PTG

Assalamualaikum
Maaf Lambat Umum Pemenang | Maaf ye kawan-kawan semua. Jangan korang merajuk pula saya lambat umum pemenang. Sabar ye. Sabar. Dah blogwalking ke belum?
Jom blogwalking blog kawan-kawan.


>>> Senarai Peserta <<<

Blog Janji Kita

Sudah Blogwalking Separuh

8:00 PTG

Assalamualaikum


Sudah Blogwalking Separuh | Semalam sudah tamat Segmen saya. Buat masa ni saya dah blogwalking separuh. Mana blog kawan-kawan saya dah terjah, say dah bagi BOM seketul.

Jom kawan-kawan kita blogwalking sama-sama. Baru separuh dah semput gak. Nanti saya sambung blogwalking lagi ye.


 >>>Klik sini untuk Blogwalking <<<



Blog Janji Kita

Sempat Lagi Join!

8:00 PTG

Assalamualaikum
Sempat Lagi Join! | Tik..tok..tik..tok.. Sempat lagi korang join segmen saya ni. Hadiah misteri menanti korang tau.

Macamana nak join? Meh klik banner

 bb

Drop URL korang di entri segmen sebelum 11.59 malam ini!




Alexa

Ranking Alexa #4 310317

10:00 PTG

Assalamualaikum


Ranking Alexa #3 310317 | Dipenghujung bulan mac ni, mehle check ranking alexa blog masing-masing. Alhamdulillah semakin mengecil.


Alexa Traffic Rank : 1,692,604
Traffic Rank in MY : 9,507

Sumber : SKODENG YOK



Blog Janji Kita

Segmen Blogwalking Janji Kita

8:00 PTG

Assalamualaikum

 - TAMAT -
Segmen Blogwalking Janji Kita | Untuk julung kalinya Blog Janji Kita melancarkan Segmen Blogwalking. Tujuan segmen untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger, support sesama blogger dan mengenali blogger-blogger lain juga.

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤

Hadiah menarik menanti blogger bertuah. Kira lucky draw lah. Apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..rahsia..
Jemput join ye kawan-kawan semua.


 Senarai Peserta di SINI


Alexa

Ranking Alexa #3 240317

8:00 PTG

Assalamualaikum

Ranking Alexa #3 240317 | Nombor semakin mengecil dalam Malaysia. Sekurang-kurangnya gembira juga, hasil berblog.


Alexa Traffic Rank : 1,887,661
Traffic Rank in MY : 11,381

Sumber : Jom Skodeng


Alexa

Ranking Alexa #2 150317

6:00 PTG

Assalamualaikum


Ranking Alexa #2 150317 | Excited sikit bila check ranking alexa MY kali ni. Rasa nak melompat wehh.. Terus laju print screen untuk diabadikan dalam blog picisan ni. Terima kasih atas sokongan semua.



Alexa Traffic Rank : 2,196,512
Traffic Rank in MY : 17,372

Sumber : Skodeng




Alexa

Ranking Alexa #1

7:00 PTG

Assalamualaikum
Hari ni nak skodeng ranking alexa blog sendiri. Bila agaknya anak panah merah tu nak bertukar hijau?

Alexa Traffic Rank : 2,659,719
Traffic Rank in MY : 25,348

Sumber : Skodeng




Blog Janji Kita

Perjumpaan Wakil JDT Blogger Bersama Pihak PKAYIK

9:00 PG

Assalamualaikum


Perjumpaan Wakil JDT Blogger Bersama Pihak PKAYIK | PKAYIK merupakan singkatan pada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang. Ini merupakan program pertama yang kami anjurkan.

2.3.2017 - Kami ke Kluang bertiga bagi mewakili #teambloggerjohor. Dengan siapa ye? Siapa yang tak kenal dengan blogger otai yang berpengaruh ni, Kak Mialiana. Kami gerak awal pagi dari JB, kemudian singgah di Simpang Renggam untuk pick up pengerusi/ ketua projek kami iaitu Yaya Cendana.


Selfie dulu sebelum masuk pejabat


Kak Mia selaku penasihat kumpulan kami, membawa laptop untuk presentation program kami nanti. Saya pula mengikut sebab nak belajar dan nak tengok sendiri tempat program. Perbincangan antara wakil JDT Blogger dengan wakil PKAYIK berlangsung di pejabat.

Yaya Cendana menerangkan serba sedikit tentatif program.


Setelah menerangkan sedikit sebanyak perjalanan program, kami melawat kawasan yang terlibat pula. Ini sangat penting. Melihat sendiri keluasan kawasan yang terlibat.


Dewan Ikhlas 


Dewan Makan (untuk program nanti)


Sedikit perbincangan dengan pengasuh dan mak-mak di bahagian dapur. Dari segi susunan meja, kerusi, bila nak datang. Semualah.


Saya, catat segala maklumat dari sesi perbincangan. Macam minit mesyuarat. Apa yang penting, setelah hadir di sini, banyak juga benda yang perlu kita lakukan dan banyak juga benda yang perlu kita sediakan dan bincangkan dengan mereka sebelum hari kejadian.

Tugasan yang perlu diatur pun sudah boleh nampak.


Selfie dulu bersama Kak Mia sebelum gerak masuk kerja semula.

Jemput juga baca



Nota Hati : Bila nak kurus macam dulu..


Blog Janji Kita

Cara Mudah Follow Saya

2:00 PTG

Assalamualaikum


Cara Mudah Follow Saya | Follow blog tidaklah susah mana. Sejak kebelakangan ni, follower susah betul nak naik. Dalam sebulan nak tambah seorang follower pun cam tenat nak dapat.

Follower blog ni mahal. Sangat mahal untuk dapatkannya. Sebab follower berhak nak follow blog yang mereka mahu. Follower blog, tak mudah untuk dibeli. Tak macam fb dan ig. Sebab tu saya katakan follower blog ni mahal!

Rajinkan diri join Giveaway rakan blogger lain. Sesambil tu, tak salah ambil masa sedikit untuk blogwalking blog rakan blogger lain yang join giveaway yang sama. Beramah mesra sikit. Budi bahasa, budaya kita. Kan??

Bila terjah blog rakan yang join giveaway ni, baru kita perasan yang kita belum follow blog dia lagi. Nak follow, senang je. Tu ha, tekan saja button Follow.


Eh? Jadi macam ni? Jangan risau..



Tekanlah button follow tu 3, 4 kali. Jangan cepat putus asa. Senang je. Tak susah pun. Bila berjaya, paparan akan seperti ini. Cepat-cepat tekan button follow merah tu.



Ok, saya dah berjaya follow pun. Tak susah kan?


Demo dibuat melalui blog http://shafyqahazahar.blogspot.my/. Jom follow. Tahniah kerana blog anda telah terpilih secara tak sengaja. Anggap je rezeki. Hehehe..

Oleh kerana ianya tak susah mana pun. Jemput ye follow blog saya!
Atau boleh guna tips ini,

http://jnjikita.blogspot.my/2016/08/berjaya-follow.html


Blog Janji Kita

Susah Senang Si Pembuat Kuih

4:03 PTG

Assalamualaikum

Kisah ni jadi viral beberapa minggu lepas kan. Tentang makcik yang tak puas hati bila pelanggannya cakap kuih sebiji 50sen mahal.

Baca entri ini sampai habis ye..

======================================

"Makcik, bagi kuih ini 2 dan yang ini 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup RM3?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni makcik?" tanya Nora secara berseloroh.

"Bolehlah, saya tambah satu biji lagi," sambungnya.

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan dalam plastik kecil berwarna kuning. 

"50 sen sebiji pun, untung bukannya banyak mana pun dik," jawabnya.

"Ye ke ni makcik?" Nora seakan tidak percaya. 

"Makcik jual sebiji 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20-30 sen. Itu pun selepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik itu semua makcik pun tak pandailah nak kira macam mana," jawabnya sambil menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora. 

"Adik agak-agak jam berapa makcik mula buat kuih itu?" soalnya.

"Tengah hari dalam jam 11 begitu?" Nora cuba meneka. 

"Makcik buat semua ini seorang diri dari jam 10 pagi lagi. Dalam jam 3.30 petang sudah kena bersiap semua. Jam 4 petang makcik sudah berada di sini, buka gerai. Selalunya dalam jam 6.30 petang, makcik dah kena tutup sebab anak-anak nak balik sekolah. Sekarang jam berapa dik?" soalnya. 

"Sekarang jam 5 suku petang," jawab Nora.

"Adik adalah pelanggan kedua makcik hari ini. Berapa ringgit yang makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20. Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga sahaja. Katakanlah makcik untung dengan dia RM1.00, dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untuk RM2.20.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang itu untungnya banyak sikit. Tetapi selepas anak makcik sudah masuk sambung belajar, makcik dah tak larat nak buat. Kuih ketayap yang adik beli itu, berapa lama adik rasa satu biji kuih itu nak disiapkan?" soalnya lagi.

"Sejam lebih? Nampak macam leceh nak membuatnya. Tetapi maaf nak cakap, kalau tak untung, kenapa makcik berniaga juga?" giliran Nora menyoalnya. 

Makcik itu merenung muka Nora dan berkata, 

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu. Kalau makcik tak berniaga, siapa lagi yang nak berniaga kuih Melayu? Makcik suka berniaga, lagipun makcik bukannya pandai buat benda lain dah sebenarnya," jelasnya. 

Sambil menyusun bekas-bekas kuih yang ada, makcik itu memohon maaf. 

"Maaflah dik, takut adik terasa. Makcik nak kata orang Melayu kita sekarang ini pelik dik," katanya. 

"Pelik yang macam mana itu makcik?" Nora cuba mencari maksud di sebalik kata-katanya itu.

"Orang kita makan donut sebiji RM3, tak apa. Sushi sebiji RM2, tak apa. Tetapi bila bercerita tentang kuih yang dijual di tepi jalan 50 sen sebiji, mahal," katanya membuatkan Nora terdiam seketika.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" soalnya tiba-tiba. 

"Tak pernah lagi. Kuih bahulu pernahlah cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" soalnya lagi. 

Sekali lagi Nora hanya terdiam, mengenang penat dan lenguh tangannya memukul telur. 

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit. Makcik cukup makan sebab makcik tahu ada ramai orang di luar sana yang macam adik nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ini semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Tetapi makcik sedih tengok orang kita yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada," luahnya. 

Nora hanya diam mendengar. Dia hanya merenung makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa. 

"Makcik orang Melayu, makcik boleh berniaga sushi ke? Dorayaki ke? Harga sebiji pun RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari. Barang pun ambil dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua. Tapi dik, kalau makcik buat begitu, siapa lagi yang nak jual kuih-kuih ini pada adik? Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mahu buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana. Nanti-nati takkanlah semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut saja setiap hari?" katanya sambil memulangkan wang RM3 kepada Nora. 

"Eh makcik, ini kan duit kuih saya?" kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dia kata mahal. Makcik bagi balik duit pada dia dan makcik sedekahkan," jawabnya.

"Kenapa makcik?" Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan menolong orang kita," jawabnya. 

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas. 

=================================


Dari bulan Ramadhan, kami sudah mula menjual kuih muih frozen sedikit demi sedikit. Saya dah rasa macamana penatnya buat kuih ni.

Pada saya, buat kuih tidak susah mana tapi ia agak renyah. Yang penting, sedap! 


Contoh, kuih karipap. 

Nak sediakan inti, kentang perlu dipotong dadu. Perlu mencincang bawang. Perlu dimasak kentang hingga lembut. Tentang rasa pula, mestilah kena sedap! Kalau tak, orang taknak beli. 

Pastu, sediakan pastri pula.

Perlu tahu kuantiti majerin, minyak mengikut kesesuaian kuantiti tepung.

Pastu, kena uli doh.

Pastu, kena gelek.

Pastu, kena isi inti.

Pastu, kena ketap dengan cetak. Kalau taknak risiko terbuka, kena kelim pulak. Adoi, lenguh jari jemari mengelim satu-satu.

Pastu, kalau buat frozen, kena bakar dalam oven dulu atau goreng separa masak.

Pastu, kena tunggu sejuk sebelum dipacking.

Pastu, kena masukkan dalam freezer untuk mengekalkan kualiti rasanya.

Untuk dijual panas-pansa pula, kenalah goreng dengan minyak.

Pastu, kena tos.

Perlu sedia menanggung risiko, karipap reject. Maksud reject, kot yang ternganga kan...

Untung, tidak lah banyak mana tapi cukup sekadarnya. Saya bersyukur sangat-sangat. Walaupun sikit-sikit tapi penat lelah kami terasa berbaloi. Dengan hasil jualan, dirolling untuk modal dan dapat beli peralatan yang sewajarnya.


Pada saya, lebih mudah jual panas-panas dari frozen. Yelah, bila kita goreng, kita tahu tahap kualiti produk kita. Terbuka ke, ternganga ke.

Kalau produk difrozen kan ni. Banyak step perlu buat. Pastu, kalau customer tak puas hati, adoi,,.,terima jelah kenyataan.

Saya sebagai pembuat dan pengedar produk frozen ni, akan sentiasa memperbaiki mutu produk kami. In sha Allah.

Hasil karipap saya, tak terbuka lagi.

Dan popia satar saya juga menggunakan kulit popia yang bermutu. Banyak saya dah cuba, akhirnya dah jumpa kulit yang bagus.

Harap pelanggan saya tak serik ye order dengan saya.




Blog Janji Kita

Berjaya Follow!

9:00 PG

Assalamualaikum


Sebenarnya sampai hari ni (saat menaip entri ini), saya masih gagal follow blog kawan-kawan baru. Sejak blogspot dah berubah ada button "follow" dan "unfollow" warna biru tu.

Tapi,

Dengan bantuan kawan-kawan blogger juga, saya berjaya follow blog lain dengan jayanya.



Saya ada kongsikan di entri lepas, permasalahan saya yang tak boleh follow blog lain. Macam ni!






Atas bantuan Yien, saya buatlah cara manual seperti yang diajar. Memang berjaya!

Macamana caranya?
Jom, cuba!


1- Pergi ke dashboard. Kemudian klik "Add"



2- Masukkan url blogspot yang kita nak follow.



3- Url tu seperti dalam "kotak". Maaflah tuan tanah Queen Bee, saya guna blog awak sebagai tutorial sebab nak follow blog awak.



4- Dah masukkan url tadi, kemudian klik button "follow" warna kuning. Akan jadi macam ni. Jangan risau, klik je "reload" dan tunggu hingga habis loading.



5- Refresh dannnnn tada.............berjaya follow!



Ok, sila follow blog saya ye!