Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadan 2018 : Warna Warni Ramadan di Swiss In Hotel JB

Assalamualaikum
Buffet Ramadan 2018 : Warna Warni Ramadan di Swiss In Hotel JB | Kali ini Swiss In Hotel mengetengahkan tema warna warni sempena buffet ramadan yang tak lama lagi. Rileks di Cafe, hanya bersebelahan kaunter dan sudah boleh dilihat dari pintu utama.
Antara Chef dan jurumasak yang menjayakan buffet ramadan 2018.

Naik sahaja tangga hingga ke penghujung, anda akan dapat melihat signature Rileks the Cafe.


Menu utama di sini, Sup Tulang Rawan yang super awesome. Power kata kauuu. Boleh dihirup begitu sahaja atau ditambah sambal kicap kasi lagi ummppp atau dimakan bersama roti. Sedap punya.


Seperti yang telah sedia maklum, rakyat malaysia dengan nasi memang sudah sebati. Di sini, disajikan Nasi putih dan Nasi Minyak berserta pilihan lauk pauk yang menambat hati.




Ayam Masak Gulai Timun.

Daging Hitam Manis Pedas.

Ikan Tongkol Masak Kari Terung.

Udang Masak Nestum Bersama Cili Padi.

Sayur Lodeh Tambak Johor.

Kailan Ikan Masin.

Turut menyajikan Mi Goreng Mamak, satu menu yang menjadi pilihan ramai.


Mi Goreng Mamak yang penuh dengan rencah. Fuhh...ngancam habess


Wajib cuba, Asam Pedas Maharani. Di sini, terdapat 3 pilihan asam pedas antaranya Asam Pedas Ayam, Asam Pedas Tetel dan Asam Pedas Ikan Pari.


Asam Pedas Ikan Pari.

Asam Pedas Ayam.

Asam Pedas Tetel.

Inilah yang sentiasa menjadi pujaan ramai dan laku keras di sini. Kambing Bakar yang dihidangkan bersama Nasi Minyak, pencicah, papadom dan acar.



Tidak dilupa Laksa Johor. Anda boleh olah sendiri ulam-ulama dan bahan yang anda mahukan mengikut citarasa sendiri.



Selain masakan tempatan, terdapat juga masakan antarabangsa di mana di sini menyajikan spagetti dan pasta berserta 3 pilihan sos.


Jika tidak mahu menu berat, di sini turut menyajikan menu tidak berapa berat iaitu Mee Sup Daging. Harus cuba.


Sambil-sambil makan dan terasa haus, buka sahaja chiller yang disediakan di sudut minuman. Terdapat pelbagai pilihan jus yang menyegarkan. Bersebelahan chiller ada mineral water. Layan diri.


Mahukan minuman panas? Ada teh tarik di sini. Kopi pun ada. Tidak dilupakan Ais Kacang dan aiskrim.



Hidangan yang turut menggoda ramai, sate daging dan sate ayam. Dimakan bersama kuah kacang, nasi impit, bawang merah dan timun potong.


Goreng-goreng seperti pisang goreng, keledek goreng, ubi getok turut dihidangkan. Sambal kicap jangan lupa ye. Selain itu, otak-otak, ikan bakar dan kerang-kerangan turut dihidangkan bersama pencicah kegemaran anda.


Goreng-goreng.

Otak-otak.

Kerang-kerangan.

Ikan bakar.

Kita ke bahagian ulam-ulaman kampung pula. Memang sedap makan ulam-ulaman dan kerabu bersama sambal pilihan.




Kerabu Taugeh dan Babat.



Kerabu Mangga.

Tauhu Sumbat.


Jangan dilupakan Kurma dan makanan sunah yang lain. Seawaktu berbuka puasa sunat memakan kurma dahulu atau manisan.




Kita ke bahagian pencuci mulut pula. Seiring tema Warna Warni Ramdan, pencuci mulut yang disediakan turut berwarna-warni. Lihatlah betapa cantik dan menariknya pencuci mulut yang disajikan.











======================

Nak tahu menu apa yang saya telah makan di Rileks the Cafe ni? Antara yang saya cuba, Laksa Johor. Laksa Johor di sini memang sedap. Cukup dari segi rasa dan bahan. Lemak dia, manis dia, rasa ikan dia. Fuhh, korang kena cuba jika ke sini.


Nasi Minyak, kuah lodeh dan Udang Nestum. Hidangan ni saya kongsi dengan Aisyah sebab Aisyah tak makan udang. Saya memang suka Udang Nestum lagi pula masih panas. Mabelesss.


Ini pula spagetti bolognese. Pun sedap juga. Anak-anak pasti suka sebab Cik Aisyah boleh habiskan sepinggan tau!


Kita cuba bakar-bakar pula. Semua sedap, pencicah jangan lupa. Saya suka cicah sambal kicap je.


Hehe.. menu wajib makan. Nasi Minyak dan Kambing Bakar. Mesti mesti dan mesti. Daging kambing cukup rasa dan lembut.


Sate ayam, nasi impit, kuah kacang berserta hirisan timun. Boleh tahan juga ni.


Tak lupa mencuba kerabu yang ada. Semua kerabu saya cuba. Pedas, masam semua ada.


Ini pula asam pedas ikan pari. Pekatkan kuahnya. Ditambah pula dengan bendi, memang kena betullah.


Yang manis-manis.




Anak-anak mesti nak makan aiskrim punya. Senyum lebar bila dapat aiskrim.

==================================

Ramadan Buffet, 'Warna-Warni Ramadan" di Rileks the Cafe di Swiss In Hotel Johor Bahru bermula 17 Mei hingga 14 Jun 2018.

❤❤❤
Early Bird Promotion
Dapatkan baucer bermula 1 April - 30 April 2018 dan dapatkan harga;
RM78 (Dewasa).
RM34 (Kanak-kanak - 4-11 tahun).
Tawaran Istimewa, Beli 5 baucer dewasa akan dapat 1 baucer PERCUMA.

Normal Price
RM98 (Dewasa).
RM40 (Kanak-kanak).

 banner
Klik banner untuk tempahan

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, hubungi;

07-2183 351
atau
Email : info@sijb.swisgarden.com

Swiss-In Johor Bahru
Lot 512, Jalan Syed Mohd Mufti,
80000 Johor Bahru, Johor.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Perghhh berderet gambar makan...teringat laksa Johor tu ..sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. puas hati bila baca sendiri.mengimbau makanan yang sedap-sedap.

      Padam
  2. pergggghhhhh.. sedapp betull.. ain dok teringatt keledek goreng ngan cempedak goreng cicah sambal kicap dia..sedapp betull..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap.terus cari keledek goreng petang tadi.

      Padam
  3. nampak menyelerakan semua menu buka puasa di Swiss Inn Jb ni

    BalasPadam
  4. serius la hidang dalam kuali...lain dari yang lain!

    BalasPadam
  5. uiiii...menu2 ni memang menepati citarasa kita lah...sedapnyerrr

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code