Botol Susu Kegemaran Alif

10:55 PG

Assalamualaikum

Botol Susu Kegemaran Alif | Usia Alif sekarang sudah melepasi 2 tahun. Sudah 2 tahun 2 bulan. Dia masih menyusu botol. Saya ada beli botol susu baru untuk dia. Bila dah beli tu kan, baru sedar anak dah besar rupanya. Eh pakai botol susu lagi. Ibu nya dah beli pun. Pakai jela kan.


Tommee Tippee, botol susu yang saya gunakan bermula dia berusia 4 bulan. Pada permulaan, beli sekadar suka-suka sebab bentuk botolnya yang comel, bulat dan putingnya seakan puting ibu. Sejak dari itu, Alif mahu botol susu jenis ni sahaja. Botol susu lain dia tak mahu. Tapi, bila dengan pengasuh nak pula botol lain.


Botol susu perlu ditukar setiap 6 bulan. Cara penjagaan botol juga perlu dititik beratkan. Macam saya, bukan guna satu botol sahaja setiap 6 bulan tu. Dalam tempoh 6 bulan, biasanya guna 3 atau 4 botol juga sebab atas permintaan BS. Bukan apa, takut dia terkejar-kejar untuk basuh botol. Pada saya, ok je untuk kemudahan BS.


Bila tengok botol susu ni kan, teringat pula botol-botol susu lama Alif. Setiap corak pada botol yang saya pernah beli berbeza-beza. Sayang pula sebab dah buang bila dah tak guna. Kalau tak macam-macam koleksi agaknya.

Berminat nak beli botol susu TT? Boleh jenguk-jenguk link INI.




You Might Also Like

2 comments

  1. tak pernah pulak nampak brand ni. Selalunya nampak avent je

    BalasPadam
  2. Ena pakai avent..ok jugak puting die lembut.. ank kita sebaya 2thn 2bln..hehe..tula ajar jugak guna cup ada straw tu..tp die xnk minum buat main je..rasanya tlalu awal nk ajar..tggu 2thn stgh baru nk ajar dia slow2 pakai cup.. xnk tukar drastik takut die terus stop xnak susu.. byk ibu bapa complain mcmtu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.