Produk Kecantikan

Putih Mulus Dengan Jamu Jelita

2:00 PTG

Assalamualaikum

Putih Mulus Dengan Jamu Jelita | Tidaklah saya ni nak putih mulu gebu gebas sangat. Cukuplah seadanya. Niat asal cuba produk ni sebab nak awet muda. Alang-alang Jamu Jelita Pearl White ni merupakan rahsia awet muda dan pencerahan menyeluruh, kita cuba jelah.


Kenapa saya pilih produk Jamu Jelita? Sebab produk-produknya tidaklah mahal berbanding produk lain. Ianya mampu milik. 1 jar ni seberat 400gm. Harganya hanya RM38.90. Dapat pula percuma shaker comel berpenutup pink. Memandangkan saya tidaklah mahu tergesa-gesa untuk mendapatkan kesannya, saya hanya sekali sehari sebelum sarapan.

1 skop dibancuh dengan 150ml air masak. Mudah sangat. Rasanya pula sedap, seakan ribena. Dengan 1 skop, terkandung banyak kebaikan dan khasiatnya. Percaya tak, 1 jar ni boleh digunakan selama 3 minggu. Lama kan?

Saya sudah consume 3 minggu. Bermakna, 1 jar ni sudah habis pun. Niat di hati memang nak teruskan consume. Sangat berbaloi.


Recipes

Resepi Pes Ikan Bakar Sedap

8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi Pes Ikan Bakar Sedap | Cuti hari tu pengasuh anak-anak telefon, kalau nak ikan, boleh ambil kat rumah dia. Dah orang nak bagi kan, laju jelah. Syukur alhamdulillah. Dapat ikan fresh.

Biasanya, bila dapat ikan tu saya bakar dengan pes rekaan saya sebab ikan tu tawar rasanya.

Resepi Pes Ikan Bakar Sedap

Bahan-bahan :
- Ikan ~ dibersihkan
- Lada kering kisar
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
- Serai* ~ dipotong halus
- Serbuk kari
- Sos tiram
- Kicap
- Pes tomyam
- Garam
- Gula
- Minyak untuk menumis

Cara-cara:
- Kisar yang bertanda*


- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.



- Bila lada sudah garing, masukkan rempah kari, sos tiram, kicap dan pes tomyam.
- Masak seperti masak sambal.
- Agak-agak hampir kering, perasakan dengan garam dan gula.
- Bila pes sudah suam-suam/ sejuk bolehlah lumur pada ikan dan bakar.


 Boleh juga cuba resepi Ikan Bakar Mudah & Sedap ni. Pun sedap.

Kenapa saya suka tambah pes tomyam? Sebab rasa masam-masam dia tu membangkitkan selera. Tidak perlu perah limau kasturi dah.


Info

Makan Buah Semasa Perut Kosong

8:00 PG

Assalamualaikum
Makan Buah Semasa Perut Kosong | Ini akan membuka mata anda! Baca hingga akhir; dan kemudian, hantar kepada orang lain dalam senarai anda seperti yang saya lakukan!

Dr Stephen Mak merawat pesakit  kanser terminal dengan cara yang "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih.

Sebelum dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit kepada pesakitnya, dia percaya pada penyembuhan semula jadi dalam tubuh daripada sebarang penyakit. 

Lihat artikel beliau di bawah.

Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga kini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%.

Pesakit  kanser tidak akan mati. Penawar untuk kanser sudah dijumpai - dalam cara kita makan buah-buahan.

Ia adalah sama ada anda percaya atau tidak. Saya minta maaf untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.

Makan Buah

Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan memasukkannya ke dalam mulut kita.

Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan bila untuk makan buah-buahan.

Apakah cara yang betul untuk makan buah-buahan?

IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS ANDA MAKAN!
BUAH PERLU DIMAKAN KETIKA PERUT KOSONG

Jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan lain.

BUAH-BUAHAN ADALAH MAKANAN PALING PENTING.

Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah.

Buah-buahan tersebut sedia untuk masuk terus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia terhalang daripada berbuat demikian kerana roti yang diambil sebelum buah.

Dalam pada itu makan keseluruhan roti dan buah-buahan ynag dimakan akan membusuk dan menapai dan bertukar kepada asid.

Apabila buah bercampur dengan makanan di dalam perut dan pencernaan jus, jisim keseluruhan makanan mula menjadi rosak.

Oleh itu, sila makan buah-buahan anda semasa perut kosong atau sebelum anda makan!
Anda pernah mendengar orang mengadu:

Setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung apabila saya makan pisang saya rasa seperti ingin ke tandas, dan lain-lain .. 

Sebenarnya semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong.
Buah bercampur dengan makanan lain yang membusuk dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan merasa kembung!

Rambut beruban, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini TIDAK akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan semasa perut kosong.

Tidak ada perkara seperti beberapa buah-buahan seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini.

Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal.
Apabila anda perlu minum jus buah-buahan - minum hanya jus buah-buahan segar, BUKAN dari tin, pek atau botol.

Jangan juga minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan masak kerana anda tidak mendapat zat makanan langsung. Anda hanya mendapatkan rasanya. Memasak memusnahkan semua vitamin.

Tetapi makan keseluruhan buah-buahan adalah lebih baik daripada minum jus. Jika anda perlu minum jus buah-buahan segar, minum perlahan-lahan, kerana anda mesti biarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya.

Anda boleh mengamalkan 3 hari diet buah-buahan  untuk membersihkan atau menyahtoksik badan anda.
Hanya makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan segar sepanjang 3 hari.

Dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda memberitahu anda bagaimana berseri anda kelihatan!

BUAH KIWI:
Kecil tetapi kuat.
Ini adalah sumber yang baik kalium, magnesium, vitamin E & serat. kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.

EPAL:
Sebiji Epal seharimenjauhkan doktor?
Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan & flavonoid yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser usus besar, serangan jantung dan strok.

STRAWBERRY:
Buah Perlindungan.
Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada penyebab kanser, salur darah tersumbat dan radikal bebas.

ORANGE:
Ubat paling manis.
Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauhkan selsema, mengurangkan kolesterol, mencegah & membubarkan batu karang serta mengurangkan risiko kanser kolon.

TEMBIKAI:
Penghilang dahaga paling sejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutathione, yang membantu meningkatkan sistem imun kita.
Mereka juga adalah sumber utama lycopene iaitu oksida melawan kanser.
Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C & Potassium.

JAMBU BATU & BETIK:
Anugerah tertinggi untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan vitamin C yang tinggi.
Jambu batu juga kaya dengan serat, yang membantu mencegah sembelit.
Betik kaya dengan karotena; ini adalah baik untuk mata anda.
Minum air SEJUK atau minuman selepas makan = KANSER

Bolehkah anda percaya ini?

Bagi mereka yang suka minum air sejuk atau minuman sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda.

Ia adalah nikmat untuk minum secawan air sejuk atau minuman sejuk selepas makan.
Walau bagaimanapun, air  atau minuman sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.

Ia akan memperlahankan proses penghadaman kita.

Apabila 'enapcemar' ini bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.

Ia akan kekal di dalam usus.

Tidak berapa lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada KANSER!
Ia adalah lebih terbaik untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Mari kita lebih berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, lebih baik peluang kita boleh hidup.

Aisyah Humaira

Lawatan ke Thomas Town

8:00 PG

Assalamualaikum
Lawatan ke Thomas Town | 15.10.2017 - Tabika Kemas Al-Falah mengadakan lawatan ke Thomas Town yang terletak di Puteri Harbour. Kami ibu bapa tidak ikut, hanya murid sahaja.
Thomas Town amat sesuai untuk kanak-kanak bersekolah Tabika, lingkungan umur 4 hingga 6 tahun ni. Banyak aktiviti yang menyeronokkan disediakan di sini.


Gambar yang cikgu whataps. Cik Aisyah tak begitu minat bermain yang lasak-lasak ni. Memang begitu pun dia.


Antara gambar beramai-ramai. Cik Aisyah lari bila Barney datang. Sampai menangis-nangis pula tu. Apa dia ingat Barney ni raksasa ke?






Info

Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Berjalan Kaki

8:00 PG

Assalamualaikum

Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Berjalan Kaki | Perkongsian bermanfaat ini haruslah dikongsi bersama. Kita juga telah sedia maklum bahawa berjalan kaki memang mendatangkan kebaikan pada kesihatan diri. Artikel ini mengongsikan penyakit-penyakit yang dapat disembuhkan dengan berjalan kaki.

1- Mencegah Serangan Jantung
Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering jalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki kaki. 
2- Mencegah Stroke
Sebuah penyelidikan yang dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko serangan stroke menurun hingga dua pertiga. 
3- Membakar Lemak
Sejumlah kalori terbuang dengan melakukan aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar dan berat badan juga tidak menjadi naik.
4- Melangsingkan Badan
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada di perut anda akan terkikis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama sejam dan jadikan rutin harian.
5- Mencegah Kanser
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Jalan kaki juga boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara. 
6- Mencegah Osteoporosis
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan vitamin D dan kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit di bawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis. 
7- Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin berjalan kaki, ia mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.
8 - Mencegah Depresi
Berjalan kaki dengan cepat boleh mengurangkan depresi dan juga manfaat.
Berjalan kaki ke Masjid akan Mendapat Dua kebaikan.
Orang yang melakukan akan mendapatkan dua kebaikan : 
1 - Ditinggikan darjatnya, 
2 - Akan dihapuskan dosa-dosa.
Dari Abu Hurairoh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah swt (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah swt wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya.


(HR. Muslim no. 1553)


Makan-makan

Dinner di Mewah Cafe Today's Market

8:00 PG

Assalamualaikum

Dinner di Mewah Cafe Today's Market | Bulan lepas punya cerita ni. Godek-godek galery dalam handphone, terjumpa gambar-gambar ni.

Kisah bulan lepas semasa emak dan abah datang bertandang. Kawasan perumahan saya dengan Seri Alam sebelah-sebelah je. Mula-mula kami ke D'Cabin, tapi memandangkan ramai yang menunggu ditambah pula hujan renyai, kami ke Today's Market ajelah.

Menu pilihan kami untuk tetamu.




Abah kata, takyah order banyak-banyak sangat sebab sudah malam.

Mewah Cafe terletak bersebelahan Today's Market. Makin malam, makin meriah di sini. Mewah Cafe juga dibuka dari tengahari. Pelbagai pilihan makanan ada di sini.


Recipes

Resepi Sambal Tumis Udang Petai

2:21 PTG

Assalamualaikum

Resepi Sambal Tumis Udang Petai | Seminggu sekali en.suami akan beli stock lauk basah sebab dia bawa pak mertua sekali berbelanja. Kadang kala apa yang saya kirim tak ada, maka en.suami akan beli apa yang dia rasa sedap.


Tiba-tiba dia bawa balik berpapan-papan petai. Udang pun ada. Memang fahan sangat maksudnya tu.


Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Bahan-bahan:
- Bawang merah - Sebiji y besar gedabak
- Bawang putih - 2 ulas
- Lada kisar - sesenduk
- Ikan bilis - setengah genggam
- Belacan - setengah ibi jari
- Sos tiram
- Gula
- Garam
- Air asam jawa
- Minyak untuk menumis

Cara-cara :
- Hiris bawang besar (bulat-bulat).
- Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, belacan.
- Goreng udang dahulu. Angkat dan toskan. Asingkan.
- Panaskan minyak. Masukkan bawang hiris. Masukkan bahan kisar dan lada kisar. Masak hingga naik minyak dan garing.
- Masukkan sos tiram, gula.
- Masukkan air asam jawa.
- Biarkan sambal tumis agak kering sedikit.
- Masukkan udang dan petai. Gaul.
- Bila petai sudah masak, boleh tutup api.




Perkongsian

Kisah Tomato

9:00 PG

Assalamualaikum
Kisah Tomato | Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah. 
Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar-pelajar tersebut. Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci. 
Pada hari yg ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa tomato mereka. Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka. 

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu. 
Hari-hari berlalu, pelajar-pelajar mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut. Pelajar-pelajar yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.
Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar 
"Bagaimana anda rasa minggu ini?" 
Pelajar-pelajar mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato. 
Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam hati anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang. Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana. Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan kesan kepahitan hati anda kerana anda membawa ia setiap hari."
 

  Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini. 
  Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda. Ini akan membuat ruang untuk menyimpan perkara yang baik-baik.
Moga kita bersama-sama menjadi hamba Allah yg bertaqwa.
Amin..


Makan-makan

Jom BBQ & Steamboat Thai Kafe

9:00 PG

Assalamualaikum

Jom BBQ & Steamboat Thai Kafe | Thai Kafe popular dengan BBQ dan steamboat. Untuk sesi BBQ & steamboat bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

Thai Kafe dibuka bermula jam 12 tengahari di mana waktu tengahari kafe menyajikan makanan panas.


Saya dan bff makan tengahari berdua di sini. Kami order menu berasingan tetapi makan sama-sama.


Teh O Ais Limau. Cantik pula. Jangan lupa kacau dulu sebelum minum!


Menu pilihan kami. Nasi putih + tomyam dan nasi putih + udang butter.

Restoran ini luas, bersih dan selesa. Meja yang disediakan juga banyak. 


JOM BBQ & Steamboat (Restaurant Halal)

Harga dan masa terkini adalah seperti rujuk di bawah;

Dewasa - RM32
Kanak-kanak - RM16 ( 130cm ke bawah)

Rehat pada Isnin

Selesa - Khamis : 12:00pm-6:00pm (Thai Kafe)
                                        : 6:00pm-11:00pm (BBQ & Steamboat)

Jumaat               : 2:00pm-6:00pm (Thai Kafe)
                                         : 6:00pm-11:00pm (BBQ & Steamboat)

  Sabtu - Ahad    : 12:00pm-5:00pm (Thai Kafe)
                                          : 5:00pm-11:00pm (BBQ & Steamboat)
 
Alamat : 
43-45, Jalan Suria 1/1, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Untuk keterangan lanjut dan promosi terkini, boleh ke FB : jombbqsteamboat


Review Product

Personalized Mug Menarik di WePrintGift

9:00 PG

Assalamualaikum

Personalized Mug Menarik di WePrintGift | Teruja sangat bila personalized mug sudah sampai. Sekarang ni nak abadikan kenangan boleh je diletak di mana-mana.

Antaranya printing gambar kenangan di mug. Selalunya, mug yang korang ada hanya plain atau bercorak kan, apa kata kali ini cipta kelainan dengan printing gambar kenangan korang di mug.


Kenapa mug? Sebab mug adalah antara barang yang selalu kita guna. Selain itu, mug juga antara barang perhiasan mudah dan setiap rumah mesti ada.


Mana nak dapat Personalized Mug ni?
WePrintGift menawarkan lebih 3000 produk pilihan untuk korang. Produk yang ditawarkan semuanya berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang sangat mesra dan hasil cetakan yang sangat tahan lama. Jaminan wang dikembalikan 100% diberikan serta bantuan khidmat pelanggan disediakan.

WePrintGift menggunakan teknologi percetakan permindahan haba untuk mencetak foto, nama atau mesej mengikut reka bentuk seperti yang diinginkan. Pelbagai pattern disediakan di laman web WePrintGift atau kita boleh mereka bentuk sendiri mengikut kreativiti sendiri dalam bentuk Adobe Photo atau ilustrator, kemudian dimuat naik dan dicetak.

Ciri-ciri Mug WePrintGift 
- Seramik
- Saiz 3.35" diamter dan 3.75" tinggi
- Mesra dishwasher dan microwave.
- Boleh didapati dalam 11 oz.
- Mug gred AAA dan kualiti premium.
- Dicetak penuh dengan monogram, logo dan imej permukaan.
- Boleh didapati dalam glossy dan matte.
- Tiada minuman order.
Cara Menempah Personalized Mug di WePrintGift
1- Pilih produk.
2- Reka design sendiri.
3- Tempah
Pihak WePrintGift akan whataps rekaan pilihan kita dahulu untuk pengesahan. Sebagai pelanggan, perlulah semak wording, gambar dan pattern pilihan. Jika pelanggan setuju, barulah pihak mereka akan proceed.
Untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan, boleh layari
www.weprintgift.com
Email: enquiry@weprintgift.com
Facebook: weprintgift2017
Website: www.weprintgift.com


Segmen Follow

Be My Lucky Followers By Seindahcerita

4:00 PTG

Assalamualaikum


Syarat-syarat

  1. Follow Blog seindahcerita , Aisya Ismail, Shafyqah Azahar, Mama Aiman,          Cinta Itu Indah, Shikin Razali
  2. Follow IG nieylanadia , aisyaismy, byaisyaismail, shfyqhazhr, nafiz_forever, syamimi8088
  3. Like Page | SEINDAHCERITA  NIEYLBEAUTYSHOP Starlavenderluna's Journal Of Life  
  4. Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita
  5. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  6. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
  7. Pemenang di pilih secara Random.org
  8. Hadiah
    1. Wang Tunai RM20x1 pemenang
    2. Wang Tunai RM10x8 pemenang
    3. Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang

Boleh copy &paste code di bawa untuk lebih mudah.

Rumah

Progress Rumah Flat 3 - Selesai

8:00 PG

Assalamualaikum

Progress Rumah Flat 3 - Selesai | Orang kata kalau ada duit tu senang cerita, serba serbi terus berdezup buat. Sekali jalan. Memandangkan kami ni bukan banyak duit macam orang lain, maka berdikit-dikitlah kami menyiapkan rumah sewa kami untuk penyewa.

Sendiri dah rasa macamana duduk rumah sewa, macamana baru masuk rumah baru yang kosong. Sebab itu kami cuba juga siapkan apa yang perlu di rumah sewa kami. Untung sungguh mereka yang dapat sewa rumah saya ni.




Penyewa sudah ada, sudah datang tengok rumah dan sudah deal. Lega sangat bila sudah selesai. Macam sendiri pula yang nak pindah kan. Grill sudah pasang, tikar getah sudah siap dibentang. Langsir pun kami pasangkan. Tujuan pasang langsir tu sebab tak mahu orang nampak apa yang ada dalam rumah.


Legoland

Lego Di Mana-mana Hanya Di Legoland Malaysia

8:00 PG

Assalamualaikum

Lego Di Mana-mana Hanya Di Legoland Malaysia | Pertama kali menjejakkan kaki di Legoland Malaysia, teruja sangat dengan hasiil yang terbentuk dari Lego ni. Pendek kata, setiap sudut mesti ada je rekaan Lego, hatta seekor kumbang dan rama-rama.


Masuk-masuk je nampak kek gergasi ni bersempena 5th-Brickversary Legoland.


 >> Legolang Theme Park <<

Entri sebelum ini sudah perkenalkan apa yang ada dalam Taman Tema Legoland. Entri kali ini, saya sajikan mata korang dengan hasilan susuan Lego. Memang awesome. Geram pula tu. Banyak sangat gambar, sampai semua nak sumbat dalam blog.





























Teruja sangat dapat masuk sini memandangkan harga tiket bukannya murah kan. Entah bila dapat masuk lagi lepas ni.



Kiranya ini kenangan indah jugalah dapat masuk ke sini. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak Legoland sebab sudi mengundang kami ke sini.

Ada aktiviti baru, silalah invite saya as media ye. Love to come again and again.