Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting

8:00 PG

Assalamualaikum

Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting | Hari Jumaat biasanya cari makan yang sedap-sedap sikit. Tapi, tidaklah setiap kali Jumaat. Kali ini kami pekena Nasi Arab. Lokasi di Restoran Nasi Arab Al-Iqram di Taman Rinting. Lokasi pilihan berdasarkan restoran berdekatan dengan masjid.


Menu ada ditulis di whiteboard di pintu masuk. Menu buku pun ada juga. Oleh kerana kami berlima, kami ambil family package. Ada banyak pakej untuk dipilih. Pilihan kami Pakej A berikutan pakej lain ada yang menu belum siap masak.
Bersama adik-adik engineer. Yang lelaki tu paling muda tau, beza 10 tahun dengan saya.


Seperti biasa, air sampai dahulu. Air percuma jika ambil pakej. Ada beberapa pilihan air percuma di sini. Kami pilih limau ais.


Set telah sampai. Nasi Arab di dalam dulang ini dibahagikan kepada 3 warna berbeza. Tak tahulah setiap nasi ni berbeza ke tidak. Kami main makan je.

Pakej A (Untuk 4 - 6 orang)
Nasi Arab + 2 ayam + 2 kambing + acar jelatah + sup + cicah = RM60

Ok, masing-masing update di media sosial masing-masing.

Oleh kerana hidangan disediakan dalam dulang, kami ambil pinggan sendiri dan makan di dalam pinggan. Siapa nak tambah, ceduk sendiri.

3 warna nasi yang berbeza

Habis akhirnya...alhamdulillah.

Mak orang ni lah yang kena habiskan weh sebab rakan lelaki kami tu dah pergi masjid untuk solat Jumaat. Kalau tak, dialah yang habiskan.


Makan kuih raya pula.

Biskut raya yang ada. Lama juga kami hadap.


Lokasi kedai makan di hadapan Mydin Taman Rinting.


You Might Also Like

9 comments

  1. meriah juga mkn gtu bjemaah kan =)
    ju singgah jogging dekat sini =D

    BalasPadam
  2. Sedapnya nmpk nasi arab tu...Dah lama x makan...Terigt plk nasi arab dkt greenwood..huhu

    BalasPadam
  3. bahaya betul nh, nmpak ns arab trs lapo ms arab... nampak kambin lapo kambin.. dasar napsu

    BalasPadam
  4. lepas ni boleh la ajak husband makan kat sini
    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  5. Last makan Nasi Arab masa buan puasa hari tu.
    Belum terliur nak cari lagi. Nanti nantilah tunggu sampai betul betul teringin.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.