Kenangan 1 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 1 Syawal 1438H | Aidilfitri kali ini giliran en.suami. Maka berayalah kami di Kg Melayu Majidi, Johor Bahru. 20 minit je perjalanan dari rumah kami. Masih ada kampung di bandar Johor Bahru. Sudah lama bertapak. Pelbagai kelengkapan dan fasiliti ada. Sekolah rendah, agama, menengah, klinik. Tapi sayang, akan hilang satu hari nanti.

Sebelum Hari Raya

Di pagi raya yang mulia ini, saling bermaafan lah kita. Selesai memasak di pagi raya, kemas-kemas segala, mandi dan berpakaian cantiklah kami.

Baju raya disponsor oleh kakak saya. Tak keluar modal baju raya tahun ni. Rezeki dia telah naik gred. Cuma en.suami pakai baju melayu recycle sebab kakak saya sponsor kurta. Dia nak pakai baju melayu. Tak kisah lah. Baju lama masih cantik.
1 Syawal 1438H - Kenangan berempat

Selfie selpot sambil makan juadah raya dan kuih raya.

Gambar kenangan bersama keluarga sebelah en.suami. Tak semua ada, ini hanya sebahagian.

Kemudian, gerak ke rumah Pak Ngah en.suami. Rumahnya dekat sahaja.


Dalam sejam beraya di rumah Pak Ngah, kami gerak ke Pasak pula. Rumah atok sedara en.suami.

On the way ke Pasak.

Bila raya ni, biasalah juadah hidangan raya semestinya ketupat, rendang, lodeh dan kuah kacang. Rasa tak puas makan ketupat dan rendang lagi tahun ni sebab sendiri tak masak rendang daging.

Bersama adik-adik ipar.

Welfie suka-suka

Cik Aisyah bersama sepupu-sepupu sebelah ayahnya.

Mak-mak orang bergambar



Nota Kaki : Selamat Hari Raya buat rakan semua. Dikesempatan ini saya memohon maaf andai ada terluka, terguris hati korang secara tak sengaja. Kadang kala cara penulisan yang kita sampaikan tersalah erti oleh sesetengah orang.
maaf sebab tak sempat blogwalking blog korang lagi. Nanti saya singgah ye. In sha Allah.
Jangan marah, jangan kecil hati.
Sayang korang semua.




You Might Also Like

8 comments

  1. Selamat hari raya mar.. maaf zahir dan batin.. dekat jer kg nye dr rumah ye.. hehe

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kak :)
    suka tgk family beraya. Meriahnyee ramaiii family members :D

    BalasPadam
  3. selamat hari raya mar,seronok berkumpul dan raya sekali kan..

    BalasPadam
  4. gini lah seronoknya kalau blik raya

    pg ziarah dr rumah ke rumah.... lagi ramai pg lg seronok,....
    masa tu diet tu tolak tepi kejap hehehehe...

    akak pun minta maaf kosong2 y3k

    BalasPadam
  5. selamat hari raya mar, maaf zahir batin

    BalasPadam
  6. seronok kumpul ramai2...
    selamat hari raya :)

    BalasPadam
  7. Selamat Hari raya Aidilfitri Mar..seronoknya tengok family Mar semua berkumpul...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.