Kejadian Sebelum Hari Raya

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kejadian Sebelum Hari Raya | Terkubur niat setiap kali nak update blog. Malas yang amat. Penat beraya dan melayan tetamu. Agak sibuk jugalah. Raya kali ni terasa sakan sangat sebab tak pernah beraya lama macam ni. Selalu en.suami naik kerja awal dan saya juga.

Bila Dah Beraya

Sebelum balik rumah pak dan mak mertua, menantu mithali haruslah bawa juadah sikit. Memandangkan berbuka puasa untuk kali terakhir di ramadan kali ini, saya masak rendang ayam sikit. Habiskan stok dalam peti ais. Ayam separuh ekor je.

Di malam hari pula, siap-siap untuk memasak juadah hari raya pula. Pak mertua masak rendang kambing. Kami tolong sediakan bahan je.

En.suami gigih menumbuk jintan manis dengan lesung batu. Orang-orang tua tak kasi pakai blender. Tumbuk ye...


Abang ipar bujang teruna ni, sedang menggaul rendang kambing dalam kuali belakang rumah.


Kisah di pagi raya pula, kami bertungkus lumus pula memasak nasi berserai. Macam biasalah, saya tukang sediakan bahan je. Kakak ipar yang sulung yang memasaknya.


Ketupat dan rendang ayam mak mertua ada dah siap masak dah. Pagi raya tu tinggal panaskan je. Korang pula menu apa di pagi raya?




You Might Also Like

5 comments

  1. speselnya menu rendang kambing pak metua mu itu....
    siap di tumbuk bahan2 nya... selalunya klu org lama msk mmg suke cara tradisional pastu rsa dia pun msti sedap

    BalasPadam
  2. rendang ayam tua,sate,kuah kacang dengan lodeh...kari daging..nyummy

    BalasPadam
  3. Syoknya makan rendang tuuu huaaa. Rindu dah nak makan rendang and lemang raya ke 9 ni ha. Selamat hari raya! :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.