Alexa

Ranking Alexa #4 310317

10:00 PTG

Assalamualaikum


Ranking Alexa #3 310317 | Dipenghujung bulan mac ni, mehle check ranking alexa blog masing-masing. Alhamdulillah semakin mengecil.


Alexa Traffic Rank : 1,692,604
Traffic Rank in MY : 9,507

Sumber : SKODENG YOK



JDT Blogger

Kejadian Sebelum Program Kasih JDT Blogger

2:00 PTG

Assalamualaikum


Kejadian Sebelum Program Kasih JDT Blogger | Saja nak kongsikan persiapan yang kami lakukan untuk menjayakan Program Kasih tempohari. Perlu ada kegigihan yang tinggi dan kerjasama antara ahli.

Apa-apa pun tahniah buat mereka-mereka yang telah berusaha keras. Orang-orang kuat bekerja di malam hari sebelum kejadian esok hari nya yang lebih mencabar.
 
Ini, goodies beg dari sponsor yang saya bawa ke Kluang ketika sesi perjumpaan bersama wakil PKAYIK.

>>> Perjumpaan Wakil JDT Blogger <<<


Dengan sebotol besar sabun saya angkut, dah alang-alang kan. Beli di Joywash Bukit Dahlia.


Tengoklah semangat dan usaha mereka untuk menjayakan program ini. Tahniah korang. Terima kasih segalanya.


Suasana dalam Dewan Ikhlas di mana kerusi telah disusun. Banner hasil kreativiti Uyul juga telah dipasang.

Blogger Uyul Rosli, Wawa Ashihara dan Yaya Cendana, membuat persiapan di malam hari.


Persiapan di Dewan Ikhlas



Ini pula persiapan dia Dewan Makan.


Lain pula ceritanya di sebuah hotel berhampiran PKAYIK. Persiapan lain pula yang sedang dilakukan di situ. Blogger Hernee Nazir, Kisah Si Diary dan Kasih Juju bertungkus lumus mempacking, memasukkan barang-barang sponsor ke dalam beg.


Gigih kan? Besar sungguh jasa mereka semua. Doa saya, semoga JDT Blogger terus mara.

>>> Program Kasih <<<




Makan Gaji

Latihan Kebakaran Di Seksyen CP

8:00 PG

Assalamualaikum
22.03.2017 - Tarikh yang dipilih untuk seksyen kami menjalani latihan kebakaran. Ketika ini hampir jam 11 pagi. Panas berdenting uiii.. Latihan diadakan bertujuan untuk memastikan semua pekerja tahu di mana check point harus dituju bila berlaku kebakaran.


Sampai check point mesti beratur mengikut department masing-masing. Kemudian, tunggu nama dipanggil oleh person incharge. Tujuannya, untuk mengenalpasti pekerja yang tiada /  tidak turun ke check point.



Latihan berjalan dengan lancar. LULUS kerana masing-masing sampai ke check point kuranga dari masa kecemasan yang ditetapkan. Tahniah buat kami.


Contest

Lazada Malaysia Big Baby Fair

8:00 PG

Assalamualaikum


Lazada Malaysia Big Baby Fair | Sakan betul bershopping di Lazada ni kan. Memang berbaloi-baloi. Macam-macam sales ada. Pendek kata bershopping di Lazada sangat mudah. Cepat pula tu barang sampai. 

Baru beberapa hari berlalunya 5th Lazada's Birthday. Sekarang, hebah pula dengan Big Baby Fair! Haih,,,seronok aihh hari-hari shopping.

Big Baby Fair menawarkan diskaun sehingga 85% bermula 27 Mac 2017 sehingga 2 April 2017. Cepat ui..cepat, kalau tak melepas. Kalau nak tahu, baby fair ni adalah sales yang saya tunggu-tunggu. Almaklumlah, anak yang kecil bergelar baby lagi.



Lazada Big Baby Fair Blogger Contest

Bersemant betul kali ni sertai contest anjuran Lazada. Contest lepas-lepas tak pernah menang lagi. Siapa tahu, kali ni ada rezeki anak-anak di sini. Apa-apa pun, kita jawab dahulu soalan-soalan dari Lazada.
a. What favourite brand of diapers for yor baby (or future baby)?

Saya jatuh cinta dengan diaper jenama Tesco Baby Love sejak pertama kali mencubanya. Ketika itu, Alif  berusia 4 bulan dan masih memakai saiz S. Sekarang pun Alif masih memakai jenama ini cuma sudah memakai sais L. Saya suka sangat dengan jenama ini sebab ianya sangat berbaloi. Selain faktor anak serasi, yang membuatkan saya setia dengan jenama ini sebab tidur malam pun tidak tembus atau bocor.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
Ini merupakan susu formula yang Alif minum sejak bayi. Sekarang, Alif sudah minum susu Dutch Lady Curious 1-2. Alif tiada masalah sama ada minum yang plain atau perisa Madu. Tapi, saya lebih gemar beri dia yang berperisa Madu. Selama minum susu formula jenama ini, tiada masalah dengan Alif. Alif bertambah bijak dari sehari ke sehari, semakin lasak mungkin sebab dia anak lelaki dan tidak mudah demam. Alhamdulillah.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)

Oleh kerana saya ada 2 orang anak. Seorang anak perempuan berusia 5 tahun, dan seorang anak lelaki berusia setahun 7 bulan yang sangat lasak mengalahkan budak lelaki umur 2 tahun. Sebab tu saya nak sangat Kid Indoor Outdoor slide Purple Green ni. Slide ni sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak macam diorang.

Tambah pula ada net untuk diorang main bola. Siap dapat bola dan pam percuma tu! Selain dapat berjimba-jimba dalam pool penuh bola plastik, pool juga boleh di isi dengan air.

Bestnya, kalau dapat slide ni. 

❤❤❤❤❤❤❤

Jom kawan-kawan join contest ni. Contest berlangsung dari 27 Mac 2017 hingga 2 April 2017 (11.59pm). Layari Lazada Blogger Contest untuk maklumat lanjut.


Marilah kita bershopping. Klik banner untuk shopping dan dapatkan diskaun sehingga 85% sekarang. Sementara stok masih ada.




Blog Janji Kita

Segmen Blogwalking Janji Kita

8:00 PTG

Assalamualaikum

 - TAMAT -
Segmen Blogwalking Janji Kita | Untuk julung kalinya Blog Janji Kita melancarkan Segmen Blogwalking. Tujuan segmen untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger, support sesama blogger dan mengenali blogger-blogger lain juga.

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤

Hadiah menarik menanti blogger bertuah. Kira lucky draw lah. Apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..rahsia..
Jemput join ye kawan-kawan semua.


 Senarai Peserta di SINI


Join Segmen

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

5:39 PTG

Assalamualaikum



Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Aisyah Humaira

Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online

8:00 PG

Assalamualaikum


Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online | Saya rasa ibubapa pasti sudah tahu akan hebahan ini. Rata-rata sudah mula mendaftar anak masing-masing. Saya tidak terkecuali. 



Dek kerana perlu isi rekod imunisasi anak, saya terus masukka buku rekod kesihatan Cik Aisyah ke dalam beg tangan saya bila teringat. Jadi, bila buka beg, akan nampak buku rekod ni dan saya tidak lupa untuk mendaftar secara online.


Pendaftaran tidak lah serumit mana. Hanya perlu isi maklumat yang diperlukan. 10 minit dah selesai.

Untuk pendaftaran, boleh ke laman sesawang,


Alhamdulillah, permohonan Cik Aisyah untuk kemasukan tahun 2019 telah selesai. In sha Allah, dapatlah sekolah yang dipilih nanti. Sekolah pilihan mestilah dekat dengan rumah sendiri dan rumah pengasuh untuk memudahkan semua.






Islam Agamaku

Indahnya Bulan Rejab

8:16 PTG

Assalamualaikum


Assalamualaikum semua saudara2 Muslimku.

Saudara2ku.....
sekadar memberitahu bahawa pada *Rabu*, *29 Mac 2017 bertepatan 1 Rejab 1438H* ➡

''Bagi yg mengerjakan puasa 2 hari di awal Rejab seakan beribadah selama 2 tahun (Rabu Khamis).
Bagi yang mengerjakan puasa dari Rabu, Kamis & Jumaat ini berturut2 di bulan Rejab maka pahala ibadahnya 700 tahun.

Bagi yg memberitahu dan mengingatkn org lain tentang ini seakan ibadahnya 80 tahun.

MasyaAllah.
Subhanallah.

Begitu mulia dan indahnya bulan Rejab, saudaraku..... jangan sia-siakan bulan yang mulia ini.

Mulai Rabu malam 28 Mac 2017 (Ba'da Maghrib sudah masuk 1 Rejab.)

Rasullullah Bersabda "Barang Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 Rejab Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya".

Dan berdzikirlah mengingat اَللّهُ ... 
*" لااله الاالله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهوعلى كل شيءقدير- سبحان الله والحمدلله ولااله الاالله والله اكبر- ولاحول ولاقوة الاب الله العلي العظيم"*

*"Sebarkan!"*
Anda  akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT  آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ


Wallahuaklam



Giveaway

Blog Giveaway by RII

2:00 PTG

Assalamualaikum


Blog Giveaway by RII
 b

Klik banner untuk join



 BLOG.
Syarat;
- Malaysian sahaja.
- Ada blog sendiri.

Cara nak join giveaway;
- Follow blog ini.
- Buat satu entri dan letak tajuk 'Blog Giveaway by RII'.
- Letak banner/gambar kat atas tu.
- Tinggalkan url blog di bahagian komen di bawah ni.


 TWITTER.
Syarat;
- Malaysian only.
- Ada akaun twitter sendiri.

Cara nak join giveaway;
- Follow twitter - @sfrnfzl
- RT tweet yang aku dah pinned tu.


Blogger

Sesi Post Mortem Selepas Program

8:00 PG

Assalamualaikum


Sesi Post Mortem Selepas Program  | Selesai program, sesi post mortem pula dijalankan. Sesi ini bertujuan untuk membaikpulih kekurangan semua orang dan perjalanan kumpulan akan datang. 
Bukan mencari kesempurnaan tapi cuba untuk lebih sempurna.
 >>> Program Kasih <<<


Meskipun program hanya untuk setengah hari, ianya bukan mudah. Bila sudah selesai, Ya Allah betapa leganya rasa. Amanah dan tanggungjawab yang selama ini digalas sudah boleh dilepaskan.


Segala kekurangan kita bincangkan di sini. Mana yang tak betul, kita perbetulkan.


Note From Heart

Note From Heart #1

8:00 PTG

Assalamualaikum



Walk a mile in my shoes
See what I see
Hear what I hear
Feel what I feel
Then maybe you'll understand
Why I do what I do
till then don't judge me..

Nobody know what were we thinking, and they wont to know..




Giveaway

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

2:00 PTG

Assalamualaikum

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Syarat Untuk Join:-

1. Follow Blog Elsaalicious
2. Follow instagram Shaidatul Aireen *akan dicheck
3. Follow instashop Luv.SweetChoco atau klik butang follow di sidebar *akan dicheck
4. Buat entry tajuknya "Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco"
5. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini
6. WAJIB DAN SANGAT PERLU tambahkan juga di dalam entry anda username instagram anda dan e-mel anda yang aktif! Elsa akan followback menggunakan instagram Shaidatul Aireen dan e-mel untuk Elsa hubungi anda akan datang
7. Setelah selesai, publish dan tinggalkan link entri penyertaan anda di ruangan komen bawah ini ye
Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017


Review Product

Cantik Gebu Dengan Citrine

8:00 PG

Assalamualaikum


Cantik Gebu Dengan Citrine | Produk ni sebenarnya dibuat atas pengalaman owner sendiri dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti yang terbukti keberkesanannya. Kajian diusahakan selama hampir 2 tahun dengan menggunakan khidmat food nutritionist. Ternyata, produk ini bukannya produk jual timbang kati.

Kebaikan Citrine
Sebagai supplement kesihatan 
✔ Energy booster
 Sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak - sebagai milk booster.
Astaxanthin dalam Citrine 6000x ganda lebih hebat berbanding Vit C.
 Melembab dan melembutkan kulit agar sentiasa segar sepanjang hari.
 Kesan pemutihan seluruh badan 30x ganda dengan selamat.
 Membersihkan dalaman.
 Merawat bibir kering dan mengelupas.
 Memudarkan jeragat & jerawat degil.
 Menghilangkankan parut, kesan berlubang.
 Menanggalkan bintik hitam.
 Meningkatkan pertumbuhan sel kulit baru.
 Menutup liang pori terbuka dan warna kulit lebih rata & sekata.
 Menjadikan rambut sihat, lebat, hitam berkilau.

Kelebihan Yang Terkandung Dalam Citrine

Kolagen 
- Kulit : Semakin cantik, licin, lembut, montok, gebu dan kelihatan muda.

- Rambut : Bertambah sihat, lebat dan hitam berkilau.
- Sendi & Otot : Menjaga kekuatan & keanjalan agar lebih fleksibel.

Mangga
- Mencegah kanser.
- Mengurangkan kadar kolestrol.
- Membersihkan liang pori tersumbat dan menghapuskan jerawat.
- Membantu mendapatkan penglihatan yang baik dan mencegah rabun malam serta merawat mata kering.
- Membantu mengawal tahap alkali dalam badan.
- Menormalkan unsulin dalam darah.
- Meningkatkan sistem imun badan.

✔ Astaxanthin
- Anti- radang
- Mengurangkan kedutan dan meningkatkan tahap kelembapa kulit.
- Menyokong fungsi imun.
- Menyokonh kesihatan kardiovaskular.
- Melindungi sel-sel dan sistem saraf daripada oksidatif kerosakan.
- Menyokong kesihatan otak.

Tomato
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Menjaga kesihatan dari segi sokongan tulang.
- Anti-kanser.
Mengurangkan risiko penyakit Parkinson.

Nutroxsun
- Mencegah kerosakan oksidatif lipid, protein dan DNA.
- Blok penjanaan radikal peroksil.
- Anti-radang.
- Memperbaiki kulit dan melindunginya terhadap sinaran matahari.

Vitamin C
- Sangat penting untuk sistem imunisasi.
- Antioksidan yang membantu melindungi badan.
- Mengelakkan kerosakan kulit.

Olive Leaf
- Mengurangkan sembelit.
- Mengelakkan/ mengurangkan kanser payudara
- Baik untuk penyakit jantung.
- Mengelakkan/ mengurangkan kanser kolorektal.
- Merawat tekanan darah tinggi.
- Kandungan antioksidan yang tinggi.

Tanda-tanda Anda Memerlukan Citrine
✔ Anda rasa anda dah mula ada kedutann halus, tanda-tanda penuaan.
  ✔ Anda berasa menyesal kerana kulit muka rosak gara-gara tersalah pakai kosmetik/ skincare.
  ✔ Bila anda perasan yg muka anda tidak berseri, kusam, gelap dan kering.
  ✔ Bila ada parut, lambat untuk pulih.
  ✔ Pori-pori besar dan tersumbat.
  ✔ Jeragat mula bertapak.
  ✔ Texture kulit kasar dan tidak lembut.
  ✔ Tenaga semakin berkurangan.

❤❤❤❤❤❤

Pernah dengar tak hadis Rasulullah S.A.W "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim)
.
Zaman sekarang ni, susah kan untnk kita "kurangkan makan". Jadi untuk bantu atasi dari perut/ usus dapat penyakit, 7 bahan semulajadi dalam Citrine dirumus untuk "cuci" kotoran dan atasi bakteria jahat dalam perut dan usus kita. Bila bakteria dan kotoran dah terhapus, penyakit pun tak hinggap dan sembelit pun takda.. 
.
Bila perut kita dah lawas, secara automatik badan akan segar dan tenaga pun banyak. Yang best, kentut pun tak semerbak. Gelak santai tapi inilah kenyataannya. Bakteria dan penghadaman yang bermasalah adalah punca terjadi jerawat, bintik hitam, jeragat. Bila diatasi, In sha Allah semua tu pun boleh hilang!
.
Mudah je, kolagen sudah bertindak dalam badan.

❤❤❤❤❤❤

Pengalaman Saya Bersama Citrine


Saya telah mengamalkan minum Citrine selama 15 hari. Saya ambil di pagi hari tatkala perut kosong dan perlu ambil sarapan 30 minit kemudian. Untuk pengetahuan semua, saya ada masalah pori-pori terbuka, tersumbat dan kulit muka berminyak.

1 sachet lengkap dengan semua khasiat yang diperlukan oleh kulit dan badan supaya kelihatan cantik tanpa ada kesan sampingan! GEBUSS GEBASS CANTIKKK 1 BADANN hingga ke lapisann kulit terdalam. 100% selamat tanpa merkuri dan bahan terlarang.


Cadangan Pegambilan Citrine :
Ambil sekali sehari sebelum sarapan/ makan malam. Untuk mendapatkan penyerapan nutrisi maksima, minum 30 minit sebelum makan. Untuk kesan yang cepat, minum 2 liter air putih setiap hari.

Cara Pegambilan Citrine :
Koyakkan sachet dan campur bersama 120ml air sejuk. Goncang. Minum segera setelah dibancuh.

Sedap tau, sebab rasa mangga, masam-masam manis gitu.


Setelah 15 hari, memang saya alami perubahan yang positif.

Kulit muka bertambah gebu, cerah tu, biasa-biasa jelah, jenis kulit melayu. Yang best, kulit muka saya kurang berminyak sebab pori-pori kian mengecil!

Memang nampak perubahan tau. En.suami pun perasan. Memang happy sangat dengan perubahan ni. Takyah dah tepek bedak tebal-tebal ke hapa, dah memang gebu dah. Hari-hari seronok je bila tengok cermin.

Bukan tu saja, kulit terasa semakin sihat dan kulit semakin lembap.

22.03.2017 - Gambar diambil


Selain itu, Citrine membuatkan saya sentiasa bertenaga. Bayangkan, secara puratanya, saya hanya tidur selama 4 jam sehari. Biasanya saya tidur jam 1/ 2 pagi dan akan bangkit jam 5.30/ 6 pagi. Ditambah, saya membuat kuih secara part-time. Memang memerlukan tenaga berganda.



No filtering yeww


Untuk order boleh whatsapp ke:
0162806962 
0174032915
Atau 
Order melalui FB:
Citrine by Adore Hainz
Atau
DM ke Instagram:
citrinebyadorehainz

Info

Notis Gangguan Bekalan Air Daerah Johor Bahru

8:00 PG

Assalamualaikum

Notis Gangguan Bekalan Air Daerah Johor Bahru | Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air di kawasan anda, kerja berkenaan akan dilakukan. Justeru itu, gangguan bekalan air tidak dapat dielakkan sebagaimana berikut :- 
Sebab Gangguan :
PENYELENGGARAAN LOJI RAWATAN AIR
Lokasi :
LOJI RAWATAN AIR SULTAN ISKANDAR ( SG LAYANG, PASIR GUDANG )
Tarikh Dan Masa Gangguan  :
08/04/2017  SABTU (10:00 PAGI) hingga 09/04/2017  AHAD (9:00 PAGI)
Jangkamasa Gangguan :
23 Jam
Kawasan Terlibat :   
SELURUH KAWASAN INDUSTRI PASIR GUDANG TERMASUK KILANG LOTTE TITAN, IDEMITSU, WESTERN DIGITAL, SELURUH JOHOR PORT, INDUSTRI TANJUNG LANGSAT, INDUSTRI KOTA PUTERI, INDUSTRI DESA PLENTONG, INDUSTRI SRI PLENTONG, INDUSTRI JALAN MASAI LAMA, INDUSTRI PLENTONG, KILANG SUPER FOOD, INDUSTRI MOUNT AUSTIN, INDUSTRI TEBRAU 1, INDUSTRI TEBRAU 2, INDUSTRI TEBRAU 3 & INDUSTRI TEBRAU 4, PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, PUSAT PERDAGANGAN 1 & 2 PASIR GUDANG, TAMAN CENDANA, TAMAN MAWAR, TAMAN AIR BIRU, KG PASIR GUDANG BARU, KG CAHAYA BARU, JALAN KONG KONG, TAMAN NUSA DAMAI, TAMAN CAHAYA MASAI, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, TAMAN MEGAH RIA, BANDAR SERI ALAM, TAMAN BUKIT RINTING, TAMAN RIA PLENTONG, KUARTERS LOJI SULTAN ISKANDAR, PUSAT LATIHAN SAJ, KG PLENTONG BARU, TAMAN CAHAYA KOTA PUTERI, KG KUALA MASAI, TAMAN PASIR PUTIH, TAMAN TANJUNG PUTERI RESORT, KG PASIR PUTIH, TAMAN BUKIT DAHLIA, TAMAN KOTA MASAI, TAMAN BESTARI PERDANA, ECOTROPICS, DESA RAKYAT PERDANA, TAMAN SCIENTEX, BANDAR MASAI, TAMAN RINTING, TAMAN SIERRA PERDANA, TAMAN FLORA HEIGHT, KG TONG SAN, TAMAN PLENTONG BARU, TAMAN SRI PLENTONG, BANDAR PERMAS JAYA, KG TANJUNG LANGSAT, KG PERIGI ACHEH, BANDAR LAYANGKASA, UITM, SEKOLAH ANTARABANGSA EXCELSIOR, KG TELUK JAWA & SG REKOH, TAMAN DELIMA 1 KANGKAR TEBRAU, APARTMENT SERI PALMA, STESYEN PETRONAS, LACE MOTOR, STESYEN PETRON & MAN TRUCK

Nota   :
Harap dapat maklumkan hebahan ini kepada jiran terdekat anda. Terima kasih.
Sebarang masalah hubungi Talian Aduan Bebas Tol : 1 800 88 7474 untuk bantuan atau layari laman web  www.saj.com.my
 

'Sila gunakan air secara berhemah. Elakkan dari pembaziran'


Recipes

Lempeng Cicah Sambal Tumis

4:29 PTG

Assalamualaikum

Lempeng Cicah Sambal Tumis | Menu minum petang yang simple. Melempeng lah kita, orang melayu kampung katanya. Sambal tumis sotong lauk tengahari tadi ada lagi. Cicah dengan lempeng, perghhh merecik!!



Mudah sangat buat lempeng ni. 

Hanya perlukan tepung gandum, garam, gula, telur dan air. Kacau sebati, tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat. Kemudian, masak atas kuali non-stick. 

Pekena pula dengan teh tarik. Perghh,,padu uii. Teh tarik 3 in 1 je.



Kuih Tradisional

Tepung Bungkus Sedap

8:00 PG

Assalamualaikum


Tepung Bungkus Sedap | Rasa nak cuba resepi ni bila baca blog Kak Yatie Cahaya Hidupku. Terima kasih Kak Yatie kongsi resepi ni. Saya copy sini untuk rujukan saya..


Resepi Tepung bungkus sedap

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba

Sumber :: Facebook


Alexa

Ranking Alexa #3 240317

8:00 PTG

Assalamualaikum

Ranking Alexa #3 240317 | Nombor semakin mengecil dalam Malaysia. Sekurang-kurangnya gembira juga, hasil berblog.


Alexa Traffic Rank : 1,887,661
Traffic Rank in MY : 11,381

Sumber : Jom Skodeng


Islam Agamaku

Mendamaikan Perselisihan Lebih Utama

2:00 PTG

Assalamualaikum

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mendamaikan Perselisihan Lebih Utama

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ

Dari Abu Darda ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darajat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rusaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)." (HR Abu Daud No: 4273)  Status Hadis: Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.

2.  Mendamaikan dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah

3.  Perselisihan atau pergaduhan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu lagi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), karena hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud No:4257)

4. Tidak berguna amal soleh seperti  puasa, solat dan sedekah jika ada  hasad  dan dengki kerana ia menjadi penghapus pahala amal soleh.




Aktiviti

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim (Siri 1)

8:00 PG

Assalamualaikum

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim (Siri 1) | Ini merupakan aktiviti amal pertama #team JDT Blogger. Saat program ini diusulkan, saya sangat teruja untuk melibatkan diri sebab belum pernah mengelola aktiviti amal sebegini.

Saya sampai agak lewat sebab gerak di awal pagi. Ada anak kecil perlu diuruskan. Kemudian, gerak ke Kluang ditemani Cik Aisyah. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi.


Ketika ini, program telah berjalan dan saya sampai ketika sesi suai kenal dijalankan.


 Sesi Suai Kenal 


Emcee kita yang comel molek, Cik Uyul Rosli. Pandai dia berceloteh dan mengambil mood anak-anak. Sesi beramah mesra tidaklah formal, harus santai dan buat mereka gembira. Siapa yang bertuah dapatlah sedikit cenderahati.



Ucapan dari Pengerusi, Cik Yaya Cendana. Tuan Pengerusi ada menerangkan tentang apa itu "blog". Apa itu "blogger". Apa fungsi blogger. Kemudian, semua blogger yang terlibat memperkenalkan diri masing-masing.

Antara blogger yang terlibat adalah;
Janji Kita (tuan tanah),


Sebelum bermula sesi seterusnya, kita bergambar beramai-ramai dahulu. Ambil mood sebelum tenaga hilang.


Gambar kenangan bersama penghuni anak-anak yatim kluang dan JDT blogger yang terlibat.


Free style



 Sesi Gotong Royong 

Setelah membahagi kepada 4 check point, inilah beberapa anak yang bersama saya. Saya satu kumpulan dengan Yaya Cendana. Check point kami adalah di luar kawasan asrama puteri. Ini antara lokasinya. Kami bahagikan pula kepada dua kumpulan. Yaya bersama anak-anak bawahnya bersihkan di bahagian atas. Sementara saya dan anak-anak yang lain bersihkan di bahagian bawah. 

Bersihkan tempat berwuduk


Bersihkan longkang juga.

Kita welfie kejap.


Selesai aktiviti gotong royong, sementara menanti yang lain, kita welfie dulu. Antara cara mengambil hati mereka. Aisyah pula seronok bila kakak-kakak di situ melayannya.


 Sesi Minum Pagi 

Kemudian, saya ajak anak-anak masuk ke dalam Dewan Ikhlas semula untuk minum pagi. Kami sediakan roti pizza dan mineral water cup




 Sesi Penyerahan Sumbangan 

Tiba acara penting kami, iaitu penyerahan sumbangan. Segala sumbangan yang telah kami usahkan akhirnya sudah diserahkan. Betapa beratnya amanah ini. Alhamdulillah berjalan dengan sepatutnya.


Sesi penyerahan cek, dana buat PKAYIK.


Tanda hati dari PKAYIK buat kami, #team JDTBlogger.


Ini antara sumbangan berbentuk barang dari orang ramai buat PKAYIK. Moga penyumbang terus diberkati dan dimurahkan rezeki hendaknya.




 Sesi Sambutan Hari Jadi 


Kami ke aktiviti terakhir iaitu Sambutan Hari Jadi buat anak-anak yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Tujuan kami untuk menggembirakan hati mereka.


Antara kek, brownies, cream puff dari sumbangan orang perseorangan yang sudi sponsor dan menjayakan program amal kami. Syukur sekali lagi kerana mampu membuat anak-anak tersenyum.





Makanan tengahari juga ditaja sepenuhnya dari orang perseorangan. Meskipun menu simple, tapi ini sudah mencukupi buat semua.



#teamJDTBlogger yang terlibat. Bergambar setelah selesai majlis.


Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dapat program amal kami ini. Setelah berjaya dalam program ini, meskipun ada cacat celanya, in sha Allah kami akan melangkah lagi. Doakan yang terbaik buat team kami.