Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mari Menulis

Assalamualaikum


Mari Menulis | Sejak Aisyah sudah mula bersekolah, saban hari saya perlu periksa beg sekolah dia, sama ada ada kerja sekolah atau tidak. Kadang-kadang, cikgu cuma tulis "buat semula" di dalam buku. Itu tandanya, ibu bapa perlu memantau kerja sekolah anak masing-masing di rumah.

Saya jarang memantau Aisyah menyiapkan kerja sekolah, sebaliknya tugas itu biasa disandang oleh ayahnya. Sebab saya spesis rimauuu. Rimau-rimau pun, anak-anak payah mendengar kata saya. Kalau dengan ayah diorang, sekali je ayah dia bersuara, cepat je diorang dengar. Nape ek??

Alif sibuk nak ikut masuk bilik tengah bila terdengar suara ayah dan kakaknya. Bila dapat masuk, dia mulalah mengacau Kak Aisyah. Dek risau dikacau macam tu, saya beri buku dan pensel untuk Alif menconteng ikut suka hati dia.


Tengoklah tu bersemangat sungguh si bujang dapat buku dan pensel. Muncung tu yang mahal. Penuh tekun.


Penatlah duduk, baring lagi best.


Hish, penat lah baring. Eh, kakak duduk kat kerusi macam best je.


Kakak, tepi sikit. Adik nak duduk.

Kak Aisyah terpaksa mengalah.


Dah, dah, kakak gi sana. Alif nak tulis ni.

Sekali lagi Kak Aisyah terpaksa mengalah.




Nota Kaki : Bila si bujang berkuasa..





Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. amboi..kemain lagi si bujang tu..habislah kak aisyah kena buli

    BalasPadam
  2. ilham kalau belajar dengan babah dia akak yg jadi sakit jantung..kalau dgn akak dia ok je.. tapi samalah si adik tukang ngacau..kena upah buku dan pensel juga kat dia..

    BalasPadam
  3. Hihi... adik macam betul-betul pandai menulis
    Kakak pulak dah nama kakak memang nampak lembut Aisyah ni.
    Sayang adik tak kuasa nak berebut bagi ajelah kat adik..
    Kakak baik kan:)

    BalasPadam
  4. kat rumah bonda, ju perhati anak2 buah time buat kerja skolah pun mmg mcm ni, si adik pantang juga nmpk kakak & abg dia buka buku mesti nak mjoinkan diri hahaha, comel je =D

    BalasPadam
  5. Haa, tgk dia menulis teringat pegi check up Amani tempoh hari. Nurse tu ckp memang kne bg dh budak setahun memang dh kne bg pensel untuk dia biasalan diri :)

    BalasPadam
  6. iols ni kan mar..hari2 jd rimau bila bab keje sekolah ni
    mak2 ni lau x tanya ada keje sekolah tak..mmg tak buat lah diorg tu..ee geram tau

    BalasPadam
  7. Besar nanti pandai macam ni. Kecil dah rajin nak menulis.

    BalasPadam
  8. Bila anak masuk sekolah, mak pun jadi macam lipas kudung

    BalasPadam
  9. budak-budak. bagi pensil & buku, terus diam. insyaAllah, si hero ni akan jadi budak yang cerdik. ameeen 😄 si kakak, insyaAllah akan jadi seorang yg penyabar

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code