Aktiviti

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Tabika 2017

12:00 PTG

Assalamualaikum

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Tabika 2017 | 11.09.2017 - Sambutan hari kemerdekaan Tabika Kemas Al-Falah diadakan. Kebetulan saya memang minta cuti setengah hari sebelah petang sebab ada checkup 2 tahun Alif. Bila tiba-tiba dapa surat dari tabika, teruslah saya minta cuti satu hari full.


Kalau ikutkan saya yang sudah hilang kekreatifan ni memang takde lah Cik Aisyah pakai baju macam ni agaknya. Ibu kau dah beku macam anode juga.

Siapa hasilkan baju ni? Baca sampai habis ye.

Sudah lengkap cantik berbaju tapi tudung pula takde idea saya nak pakaikan. Penyudahnya pakai sajalah tudung sekolah.


Kami ibu bapa murid datang seawal 8 pagi. Ada sesi menjawab teka-teki jumlah gula-gula dalam balang. Alif teruja membuli kakaknya. Cubaan mendapatkan skaf rambut Cik Aisyah.


Murid-murid duduk di kerusi yang telah cikgu aturkan bagi memudahkan majlis.


Sesi dimulakan setelah Pengerusi sampai. Dimulakan dengan ucapan Cikgu Syira selaku guru di tabika ini. Kemudian, diikuti dengan ucapan dari wakil ibu bapa. Teks telah disediakan oleh guru. Akhir sekali, ucapan dari Pengerusi. Setelah itu, majlis pun dimulakan.


Murid-murid diminta beratur untuk mengambil nombor. Aisyah dapat nombor 8.


Kami menyanyikan lagu Negaraku, lagu kebangsaan, lagu merdeka bersama-sama. Ada lagu yang saya tak pasti (jangan jadi macam saya).


Sesi bermula.



Selesai peragaan dari semua murid, kami dihidangkan dengan Layer Cake Apollo dan air teh. Ada juga air oren sejuk. Sementara itu, para juri sedang berdiskusi memberi markah.

Budak lapar.

Gegirl.

5 orang pemenang utama dipilih dan mendapat hadiah dan wang tunai. Aisyah dapat saguhati je, tempat ke-6. Itu sudah buat kami gembira. Hadiah saguhati seperti yang dipegang oleh Aisyah berisi pensel dan pensel warna.


3 pemenang utama yang sempat saya ambil gambar. Lengkap berpakaian bendera dari kepala hingga ke kaki kan?


Sebelum balik, kami ibu bapa murid diberi bungkusan makanan satu sorang. Mi goreng. Sedap tau. Manakala, murid-murid pula diminta bergambar beramai-ramai.


Inilah dia orang kuat yang menghasilkan baju cantik Cik Aisyah. Atok dan nenek Cik Aisyah. Terima kasih emak..abah.. Cik Aisyah pakai baju ni sampai ke petang. Ke klinik pun masih pakai baju ini hingga menjadi tumpuan ramai.





Affiliate

Waffle Maker Trio

12:00 PTG

Assalamualaikum

Waffle Maker Trio | Masih ingat tak yang saya pernah kongsikan kisah kemenangan Lazada Blogger Contest saya di SINI. Meskipun di tempat ke-3, hadiahnya adalah baucer RM100 tau. Niat sebenar mahukan barang lain tapi tak sangka pula barang yang saya mahukan tidak boleh menggunakan kod boucer tersebut.

Voucher valid until December 2017. Maka, gigih juga mencuba barang lain menggunakan boucer itu. Dapatlah beli Waffle Maker Brand Trio dengan harga RM120. Menggunakan kod boucer, saya hanya perlu tambah RM20 + RM3 untuk penghantaran.


Trio Rotating Waffle Maker Polished Stainless Steel ( TWM-85 )

- 1" thick Belgian Waffles.
- 180 rotating function for even cooking.
- Auto locking mechnism prevents spillage.
- Non stick cooking plates so waffles can be easily removed without issue.
- Browning control knob with dual sides cooking control/ indicator light.
- Removable drip tray for easy cleaning.
- 1 year limited warranty.

Klik [SINI] untuk beli.


Jom shopping di Lazada. Lazada memang ada macam-macam sales. Klik banner bawah ni untuk shopping.


Happy shopping.



Makanan

Etsumell Susu Kambing Coklat + Oat

8:00 PG

Assalamualaikum

Etsumell Susu Kambing Coklat + Oat | Etsumell merupakan rumusan khas berasaskan susu kambing sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mengandungi campuran unik lengkap dan seimbang membekalkan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh bagi kesejahteraan dan gaya hidup aktif.


Susu kambing Etsumell sesuai untuk kanak-kanak, wanita hamil/berpantang, wanita menyusu, remaja dan dewasa/warga emas.

Khasiat Semulajadi Etsumell

Isi kandungan
Susu kambing, DHA, Oat, krimer tanpa tenusu, serbuk koko, delima, madu, kurma, gam arab, habatus sauda, kismis, ekstrak biji aprikot dan gula perang.

❤Susu Kambing❤
Tahukan anda, susu kambing merupakan ;
- Susu yang paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila).
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

❤Habbatussauda ❤
Diketahui bahawa habbatussauda memiliki manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan tubuh, diantaranya:
- Dapat mengatasi penyakit diabetes atau kencing manis.
- Dapat membantu dalam menstabilkan kadar gula darah di dalam badan.
- Dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Dapat mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser di dalam badan kerana di dalam habbatussauda terdapat kandungan thymoquinone dan juga thymohydroquinone yang merupakan salah satu kandungan senyawa antikanser.
- Dapat membantu melancarkan buang angin, kerana kandungan senyawa di dalam habbatussauda dapat bersifat karminatif.
- Dapat mengatasi sakit perut
- Dapat menghangatkan badan, sehingga dapat mencegah masuk angin.
- Mengatasi masalah pencernaan.

❤Oat❤
Salah satu bahan istimewa yang terkandung di dalam nya adalah oat. Susu kambing sendiri mudah dihadam, bertambah pulak khasiat fiber dari oat, in sha Allah membantu mengatasi masalah sembelit dan juga memberi kesan rasa kenyang serta tenaga yang lebih lama.

❤DHA❤
Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
- Meningkatkan daya fokus.
- Perkembangan otak yang baik.
- Menajamkan penglihatan.
- Meningkatkan sistem imun
- Mencegah ekzema
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.

Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.
Selain itu, pengambilan Etsumell dengan tambahan OAT yang ternyata mengandungi serat/fiber yang tinggi membantu korang untuk rasa kenyang lebih lama tapi tetap bertenaga sepanjang hari.

Bukan untuk kesihatan sahaja tapi rasanya sedap dan 100% organik tanpa pewarna,perasa atau bahan tiruan diyakini selamat.


Arahan Penggunaan Etsumell
Campurkan 3 sudu susu dengan 120ml air suam. (Pencedok disedikan di dalam kotak).

Arahan Penyimpanan Etsumell
- Sila simpan pek di tempat yang kering sebelum dan selepas dibuka.
- Lipat dan klipkan bahagian yang telah dibuka.
- Simpan di dalam tin atau bekas kedap udara. Pastikan bekas ditutup rapi.
- Jangan bekukan serbuk susu dan elakkan haba yang berlebihan.
- Untuk memastikan kesegaran, gunakan kandungan dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka.

Testimoni Etsumell





Saya dah cuba susu kambing Etsumell ni. Rasa coklat yang sedap tanpa bau hamis. Anak-anak pun sukakan rasanya. Memang sedap.


Bahagian atas kotak ada kupon untuk dikumpul. So, sebelum kotak dibuang, pastikan korang dah simpan kupon ni. Rugilah kalau tak kumpul sebab korang boleh tebus kupon tersebut dengan susu Etsumell ni.


Untuk keterangan lanjut, boleh ke


Recipes

Lala Masak Lemak

12:35 PTG

Assalamualaikum

Lala Masak Lemak | Lala ni kira favorite saya. Bukan saya sorang, semua dalam keluarga kecil saya. Meskipun isinya cenonet je, tapi sedap. Biasanya masak sambal. Tapi kali ni, teringin pula masak lemak.

Nak cuba resepi lala masak sambal? Klik Lala Masak Sambal. Page pertama di carian Google.


Resepi Lala Masak Lemak

Bahan-bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- cili
- Kunyit
- Serai - ketuk
- Santan
- Asam keping
- Lala


Cara:
- Cebur je semua bahan yang dah dikisar tadi dalam periuk/ kuali.
- Masukkan santan.
- Masukkan lala, garam, gula, asam keping.

Johor

Putu Bambu Juriah Ayer Hitam

8:00 PG

Assalamualaikum

Putu Bambu Juriah Ayer Hitam | Kesedapan putu bambu di sini telah lama diperkatakan ramai. Sejak dari zaman sebelum wujudnya VIRAL. Dulu, dia cuma berniaga di tepi jalan. Di tepi jalan di lokasi yang sama. Zaman saya belum ada kereta 8 tahun lalu pun ia sudah ada sebab lokasinya berdekatan dengan stesen bas.

Otw pulang ke JB dari kampung halaman, kami singgah la sekejap untuk merasai sendiri putu bambu ni. Masa parking, tidak berapa ramai meskipun perlu beratur. Tidak lama kemudian, panjang giler orang beratur di belakang kami. Cuaca panas melenting pun tidak mematahkan semangat mereka untuk beratur tau.

Kenangan Aidiladha 1438H


Untuk membeli putu bambu ini, perlu beratur di kaunter. 1 set ada 6 pcs berharga RM3. Tak silap sayalah (terlupa pula).


Inillah dia Putu Bambu Juriah yang fofuler tu. Kami beli 2 set. Panas-panas lagi ni. Sempat juga masuk mulut seketol. Sedap. Kelapa dia melimpah ruah, tak kedekut.


Lokasinya di lampu trafik simpang 4 menghala ke Kluang. Memang nampaklah kedai ni dari jauh.


Rumah

Progress Rumah Flat 2 - Berkelah

8:00 PG

Assalamualaikum

Progress Rumah Flat 2 - Berkelah | Lega hati bila rumah flat kami sudah ada yang mahu menyewa. 03.09.17 - En.suami menyiapkan sedikit wiring di bahagian dapur dan bahagian luar untuk mesin basuh. Dek kerana saya kemalasan pada hari itu, berangkatlah kami ke rumah flat tersebut. Lagipun, kipas sudah dipasang.

Pagi-pagi sebelum ke sana saya siapkan bekalan untuk kami berempat. Nasi putih, tomyam ayam dan sayur serta telur dadar sahaja. Itu pun anak-anak makan dengan penuh selera. Nak berkelah ni..


Cantikkan lunch box ni? Warna pink dan juga warna pastel. Ini hadiah dari seseorang. Nak tahu saya dapat dari mana? Baca [SINI].


Sementara menanti ayah menyiapkan kerja, maka makanlah mereka dengan penuh selera. 2 kali anak-anak makan sepanjang berkelah di sini. Saya asingkan bahagian ayah mereka dahulu.


Inilah pemandangan dari rumah flat kami. Kami berada di tingkat 6. Nampak highway EDL.


Kisah sebelum ini - Progress Rumah Flat-1


Produk Kecantikan

Payudara Idaman Dengan Prime Bust

8:00 PG

Assalamualaikum

Payudara Idaman Dengan Prime Bust | Payudara merupakan aset wanita yang amat berharga. Bentuk yang menawan menjadi idaman para wanita dan dambaan para suami.

Dalam peningkatan usia, jika tidak diberi penjagaan rapi pasti mengundang perubahan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan itu berlaku. Salah satu perubahan yang sering dihadapi oleh segelintir wanita sudah berkahwin adalah payudara kendur atau tidak anjal. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyusukan anak.

Selain itu, ada juga yang memiliki payudara bersaiz kecil dan ingin mendapatkan bentuk yang mereka idamkan. Produk ini bukan hanya untuk wanita yang sudah berkahwin. Wanita yang belum berkahwin juga boleh dapatkan saiz idaman sebelum menjelang hari bahagia. 


Di sini, perkenalkan satu produk terhangat di pasaran yang membantu para wanita di luar sana bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Katakan NO pada payudara kendur. 


Prime Bust Cream (PBC) adalah krim semulajadi yang boleh membantu membesarkan,
menganjalkan, serta mencantikkan bentuk payudara wanita.  Kesannya boleh dirasa seawal 7-14 hari (denyutan lembut di sekitar payudara).

Cadangan pemakaian sebanyak 3 botol utk kesan pembesaran dan penganjalan yang kekal (sustain the effects).


 Kelebihan PBC 
1- Membesarkan payudara dalam masa yang singkat.
2- Melembutkan dan memantapkan payudara.
3- Menegangkan kulit payudara bagi mengatasi masalah payudara kendur.
4- Memastikan tisu payudara serta peraliran darah. Tiada bahan aktif dijamin selanat dan baik untuk kesihatan anda.
5- Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Cara Penggunaan
1- Mulakan dengan sapuan lembut secara menyeluru di seluruh kawasan payudara anda (termasuk daripada otot tepi, kiri dan kanan, dan daripada atas bahagian menghalu bahu anda).
2- Mulakan dengan urutan secara menekan lembut dan menarik oto-otat yang disebut ke atas.
3- Pastikan urutan tarik menghala ke bahagian tengah payudara anda (breast center).
4- Urutan secara membulat (lawan arah jam) di atas center payudara atau lebih dikenali sebagai circular motion.
5- Ulang urutan di bahagian sebelah lagi payudara.
6- Teruskan urutan selama 3-5 minit untuk setiap sebelah payudara.

Nota:
1- Wajib digunakan 2 kali sehati (pagi dan malam) selepas mandi.
2- Dilarang pakai sewaktu datang bulan dari hari pertama hingga hari ke-4 atas sebab hormon tidak stabil. Boleh sambung pakai semula pada hari ke-5.


Jangan tak tahu, PBC semakin dikenali di luar negara. Malah menjadi kegilaan para model terkenal seperti Lisaa Pinelli dan Holly Wolf (model majalah Playboy set a cosplayer). Hebat bukan?

 Testimoni Pengguna 





❤❤❤❤❤


Kalau nak tahu, PBC sangat wangi dan baunya sangat menyenangkan. Cepat meresap ke kulit dan tidak rasa melekit. Rasanya sedikit berangin dan rasa selesa je selepas disapu.
Untuk keterangan lanjut boleh ke
IG : @pbc_hq

Atau, nak order? Cepat-cepat WA
Whataps : 601127172016