Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertunangan Adik Bongsu

Assalamualaikum


1 Oktober 2016 - Majlis pertunanga adik bongsu kami. Rumah perempuan hanya 30 minit dari rumah emak abah di kampung. Anak-anak je semua duduk jauh-jauh.

Kami yang dari JB balik kampung malam, sampai kampung lebih kurang 10 malam. Kakak dan suaminya lagilah, sampai jam 2 pagi. Majlis pertunangan pula esok pagi. Janji sampai 10 pagi.

Sebelum bertolak, kami buat majlis doa selamat. Jemput jiran tetangga dalam 3, 4 keluarga. Saudara mara pula, hanya keluarga Pak Uda, Pak Chik dan Mak Lang yang dapat datang. Itu pun dah meriah rasanya.

Usai doa selamat, kami hidangkan nasi impit, rendang dan lodeh sebagai santapan. Jam 9.30 pagi, mula beransur. Kami sebagai tuan rumah mengemas dahulu. 10 minit siap. Ok, gerak dengan 8 buah kereta. Makcik pakcik jiran-jiran naik kereta masing-masing sebab balik nanti dengan hala tuju masing-masing.

Stop!!! Smile and snap!

Ok, sambung jalan menuju ke rumah perempuan.

9 dulang dari kami


Sah menjadi tunangan adik bongsu.


Kami tumpang posing di pelamin kakak tunang adik ni. Petang nanti majlis sanding kakaknya pula. Kami berempat memakai baju warna pink, pilihan kakak. Emm,,ikutkan hati, sarung jela apa yang ada. Dia nak sedondon pula. Layan jelah.

Dah puas posing dengan bakal adik ipar, jom makan pula. Balai pun dah ada, makanan pun dah terhidang. Kami antara tetamu yang terawal. Mereka menggunakan khidmat catering. Lebih mudah. Nasi beriani, ayam masak merah, daging black pepper, dalca. Kuih muih seperti kuih berlauk, karipap dan kuih tako. Air ada 4 pilihan, saya minum satu je, air anggur.


Terima kasih semua sudi memeriahkan majlis kami.




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. tahniah..sikit hari lagi majlis besar la pulak kan..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... selamat sudah ikatan pertunangan
    Tunggu majlis nikahnya pulak lepas ni.

    BalasPadam
  3. Tahniah x lma lgi dpt adik ipar baru sis

    BalasPadam
  4. Tahniah! selamat bertunang utk your sister :) btw, sy dh follow sini.
    klu sudi jom singgah & follow blog saya heee...
    http://hyheejabs.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. meriah... moga kekal hingga ke jinjang pelamin

    BalasPadam
  6. Tahniah buat adik Mar. Lepas ni majlis kahwinnya mesti lagi meriah. Saya tak lama lagi ni kena sawan pengantin balik ler, Mar ^_^

    BalasPadam
  7. meriah dan best! tahniah buat adik kak mar. :)

    BalasPadam
  8. sukaaa ke majlis macam ni.. memang meriahhh... time ni je lah nak berkumpul semua kan kak selain dari hari raya..

    BalasPadam
  9. ramainya..meriah! tahniah adik bongsu..!!hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code