Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedapnya Kerepek Pisang


Seronok bila di kampung. Buka pintu dapur terus nampak macam-macam pokok di belakang rumah. Kalau nak masak apa-apa, bahan semua terdapat di sekeliling rumah. Serai, pandan, kunyit, daun limau purut, daun kesum, lengkuas, pucuk ubi, ubi. Eh macam-macam lah. Tidak perlu berkejar ke kedai.

Tahun ini rezeki dapat makan kerepek pisang hasil tangan emak. Setandan pisang dapat 2 bekas besar. Bila dipacking, dapatlah 10 pek. Banyak juga. Sudah jimat di situ.

Lebih seronok bila semua anak pulang ke kampung. Meriah!

Adik bujang saya membantu emak memapah pokok pisang.


Sesi menggoreng oleh Kak Umie.


Kami sampai ke kampung petang itu kerepek semua sudah siap tersimpan di dalam bekas. Tinggal ngap je, tapi puasa pula.

Cik Aisyah yang suka kerepek pisang. Baru lagi, memang sedap.





Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sedapnya... Ni pun de beli pisang... Nak buat tapi tak terbuat lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cepat-cepat tu nanti pisangnya masak pula

      Padam
  2. Rindunyer nak buat kerepek pisang sendiri...

    BalasPadam
  3. mantaaaap aku suka kerepek pisang :)

    BalasPadam
  4. Feveret sue juga tp nk cari yg org jual betul2 sedap sgt susah...

    BalasPadam
  5. Makan kerepek pisang ni..boleh ketagih..susah nak berhenti mengunyah..haha..

    BalasPadam
  6. krup krap krup krap la ye mkn kerepek pisang homemade ;p

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code