Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Perkahwinan di Masai


Maaf, saya lupa nama kampung itu. Tapi, dekat saja dengan rumah kami. Kawasan Masai juga. Pengantin lelaki merupakan kawan tempat kerja lama en.suami. Sebaya.

Majlis pada hari sabtu yang lalu. Saya bekerja setengah hari. Jam 12 tengahari terus pecut ke rumah pengasuh ambil Aisyah dan segala barangnya. Susu sebotol sebagai bekalan adalah wajib. Saya pesan pada 'emak' Aisyah supaya menyiapkan anak dara tu sebelum saya sampai. Tengoklah Aisyah, cantik kan..


Bergegas pula ke tempat kerja en.suami yang mengambil masa 10 hingga 15 minit. En.suami bekerja seperti biasa pada hari sabtu. 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Masa bersama keluarga memang limit. Sabar sajalah. Kami mengambil masa waktu makan tengahari en.suami untuk ke majlis perkahwinan.

Oleh kerana itu, saya awal-awal sering meminta maaf kepada saudara mara yang menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan pada hari sabtu. Memang tidak dapat hadir, melainkan yang tinggal berdekatan. Ditambah pula di Johor cuti hujung minggu pekerja swasta dan kerajaan berbeza.


Usai menyalam tuan rumah

Dapat snap meja makan saja


Tiada gambar bersama pengantin kerana kami mengejar masa. En.suami perlu masuk kerja semula. Pengantin pula sedang sibuk bersiap di kedai andaman. Tidak ada rezeki untuk berjumpa dengan mereka.

Doa dari hati yang tulus ikhlas, semoga pasangan ini terus berbahagia hendaknya.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Bila dah terkejar2 dgn masa , begitu lah mar.. hanya dapat berjumpa dengan tuan rumah jer lah kan.. tak dapat lah nak tengok pengantin bersanding kan..

    BalasPadam
  2. comelnya aisyah...he he he...memang cantik...

    BalasPadam
  3. Cntiknya cik aisyah, dpt pergi sekejap pun dah ok kan

    BalasPadam
  4. mmg susah bila cuti tak selaras . x dpt nak kumpul bersama keluarga ...

    BalasPadam
  5. Asalkan datang..kan??cantik pelamin dia..

    BalasPadam
  6. baca pun rasa macam penat je kejar masa.. Apapun mesti pengantin terharu kalau baca entri ni

    BalasPadam
  7. penat tp berbaloi x per kot..SA dah lama x pi kenduri kahwin..malas...

    BalasPadam
  8. Penat terkejar2 mesti memerlukan tenaga yg byk :).. comel aisyah pakai baju bunga2..

    BalasPadam
  9. anak dara ni dah besar dia.. kawan sufi ni.. hihi, tak sangka sebaya...

    Mama Niza

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. yg penting dpt hadik kan... :)

    BalasPadam
  11. Dapat menghadirkan diri ke majlis pun dah cukup tu. Aisyah jelah ya yang dapat berdandan rapi dah mamapapanya sibuk mengejar masa.

    BalasPadam
  12. janji dapat memenenuhi jemputan ye mar
    doakan mereka berbahagia hingga ke jannah =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code