Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Doakan Ibu Bapa


Seorang ibu tidak pernah putus mengalunkan doa buat anak-anak mereka. Begitu juga seorang ayah. Setiap kali berteleku di hamparan sejadah, mereka mengingati anak-anak yang kian berjauhan. Satu persatu kenangan akan menggamit rasa, keletah setiap anak dari sulung hingga ke bongsu.

Hari ini, kudrat mereka semakin menyusut. Mana yang masih kuat, alhamdulillah. Anak yang diberi peluang menjaga kedua ibu bapa mereka, ucapkan syukur. Kerana saban hari, tidak risau untuk terus menatap wajah suci orang tua. Pengorbanan yang mereka berikan tidak mampu kita balas.

Emak dan abah saya di kampung. Apa yang saya mampu lakukan hanya berdoa sentiasa agar kedua ibu bapa saya sentiasa dilindungi. Mereka hanya berdua di kampung. Adakalanya mereka sihat. Adakalanya, mereka demam. Saya bersyukur kerana kedua mereka hanya dihinggapi demam-demam biasa meskipun ada kalanya berlarutan hingga seminggu.

Berbual dan berbicara melalui telefon, mereka kata, sihat-sihat sahaja. Adakala saya dapat menghidu kesihatan mereka yang terganggu. Lebih-lebih lagi emak.

Kerap juga abah mencuri-curi telefon saya ketika emak sedang tidur, mengkhabarkan kepada saya yang emak demam. Apa tidaknya, emak enggan mengangkat telefon, khuatir suaranya yang serak-serak basah bakal mengundang resah hati anak-anak. Emak kata, sms sahaja, murah.




Emak dan abah adalah segalanya bagi saya. Pendek kata, kalau boleh mahu tidur bawah ketiak emak. Mahu mencium tangan mereka setiap hari. Saya jarang menelefon emak tapi kerap bersms.

Setiap saat saya mengingati mereka sebab saya rindu dan sayangkan mereka.



Nota Kaki : Terjumpa quote ni..mendalam maksudnya kan..



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. T kasih atas peringatan & perkongsian utk manfaat kita bersama Mar.. Kasih ibu membawa ke syurga, pengorbanan bapa membawa sejahtera... in shaa Allah.. aamiin.

    BalasPadam
  2. Insha Allah... Berdoa... Itulah sedekah paling mudah utk yg tersyg...

    BalasPadam
  3. Syukur alhamdulillah.
    Lebih bersyukur sebab saya tinggal bersama mereka.

    BalasPadam
  4. Insyallah semoga doa kita smpai padaNYA dan dimakbulkan amin yra

    BalasPadam
  5. Sangat pelik bila mendengar anak-anak yang tidak sayangkan ibu sendiri. Kalau diingat-ingat kembali pengorbanan mereka saat melahirkan sehinggalah kita mampu hidup berdikari, memang tak ada apa pun dalam dunia ni yang mampu dibandingkan dengan ibubapa kita.

    BalasPadam
  6. Hrgai selagi mereka msh brnyawa, syukur mereka yg msh mmpunyai kedua ibubapa

    BalasPadam
  7. kesian mar kena duduk jauh dengan parent
    saya ni dekat aje, ari-ari jumpa
    moga mereka berdua dikurniakan kesihatan yang baik

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code