Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Udang Goreng Mentega Nestum Mudah



Terliur tak..terliur tak? Apa? Tak nampak udang? Hukaloh.. Udang ni spesis sedang-sedang, kira besar jugalah tetapi telah dibuang kepala dan kulitnya. Senang nak masuk mulut nanti, tidak perlu mengopek lagi. Lagi umpphh sebab perapannya terasa. Eh yeke? Maaf andai ibu salah. Ibu bukan masterchef.


Udang Goreng Mentega Nestum

Bahan-bahan:

20 ekor udang
Setangkai daun kari
5 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji cili - dihiris
Sepeket nestum 3in1
Mentega
Garam
Gula
Lada sulah
Minyak masak


Cara-cara :

1- Kopek kulit udang, tinggalkan bahagian ekor. Bersihkan. Terpulang jika tidak mahu kopek pun boleh.

2- Perap udang bersama sedikit garam gula dan lada sulah lebih kurang 15 minit.

3- Bancuh sedikit tepung tempura dengan air dan gaulkan udang tadi.
Asyik promote je kena minta komisen ni

4- Goreng udang hingga masak dan kelihatan rangup. Angkat dan toskan.

5- Kemudian, panaskan kuali lain dan masukkan 4 sudu besar mentega.

6- Masukkan bawang putih yang dihiris, cili dan daun kari. Tumis hingga naik bau dan bertukar warna.

7- Masukkan sepeket nestum 3in1 dan kacau rata.

8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata laju-laju. Matikan api. Sedia untuk dihidang.


Mudah saja kan. Cubalah. Bagi kami memang sedap sebab nestum 3in1 ni dah ada susu. Mentega yang digunakan juga sudah terasa masin tak perlu tambah garam lagi. Bila dah masak, semua rasa sama rata dari segi masin, manis dan lemak. Nestum pun rangup je.

Rugi tak cuba.



Jom cuci mata..
Baju Muslimah


Nota Kaki : Tak sabar nak tunggu hari jumaat..


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Sedapnye...dan best sbb ada nestum^^

    BalasPadam
  2. letak nestum..good idea..
    nanti bolehla akak cuba..:)

    BalasPadam
  3. Kalau nak mudah makan memang baik buang dulu kepalanya kan Mar...

    BalasPadam
  4. huuuu..memang menyelerakanlah Mar...MMM

    BalasPadam
  5. lieya penah buat....tapi versi berkuah....sedapppp....menjilat pinggan anak2 makan heheheheeh

    BalasPadam
  6. ni kalau buatkan tuk en suami
    confirm dia tak telan =)

    BalasPadam
  7. Ok...boleh gak jadi satu menu ni....nanti bila bila nak cuba jugak TQ sharing Mar

    BalasPadam
  8. sedapnya.. Ros ni penggemar udang :)

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaaa. Nk cuba jugak lah. :)

    BalasPadam
  10. minta sikit boleh? hehehe..

    BalasPadam
  11. campur nestum ye?/saya nak cuba jugak la nanti..

    BalasPadam
  12. nestum mmg xde kat umah ni
    oat mmg ada..ha leh wat udang goreng oat ranggup ekekeke

    BalasPadam
  13. Memang nak kena cuba ni.. nampak sgt sedap...hihi

    BalasPadam
  14. assalam dear.. done follow u & join giveaway..hihi

    http://iambintanghati.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html

    BalasPadam
  15. Ni memang sedappp Mar... Nurul pun suka...
    Mar, awk teka betul semalam...
    Nanti email detail ye... :)

    BalasPadam
  16. Vavavvaav..sedapnyeeeeeee...nnt nak try la..tp udang tukau ngan sutun..moleh x??;)

    BalasPadam
  17. udang ni seafod yg manis..masak apa pun sedap..goreng mentega nestum camni mesti mengancam

    BalasPadam
  18. Terliur, Chef!

    Udang ni favorite saya mahu saya tak nak cuba. Semua ada kat rumah ni. Malam ni pun saya boleh start mencuba. Tapi ... malam ni saya makan kat luar. Hahaha.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code