Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Entah Kenapa


Jam berbunyi tepat jam 4 pagi tetapi badan seolah tiada daya untuk bangun. Badan terasa lenguh sana sini. Perit. Jam berbunyi menandakan harus bangun dan masak lauk bersahur. Nasi perlu ditanak tetapi mata masih pejam dan akhirnya terus hanyut dibuai mimpi.

Badan yang kerap sakit-sakit, susah mahu bangun pagi, penyudahnya terpaksa ke klinik dan dapat cuti sakit. Dulu tidak begini. Sudah dua hari tidak masak lauk bersahur. Hanya makan biskut dan air milo panas. Dua hari juga membeli juadah di bazar. Mana boleh selalu begini, air tangan harus diutamakan. Memasak untuk suami dan anak adalah satu keseronokan. Itulah cara untuk meraih pahala lebih.

Semalam MC, kami 3 beranak seronok tidur. Aisyah, lena bukan main hingga dikejut tidak mahu bangun. 4 jam juga dia tidur. Lama giler...sampai ayah paksa dia bangun dengan cara membunyikan alarm kereta. Dia terus bangun dan cakap nak ikut. Semalam juga, Aisyah ambil darah lagi dan darahnya ok, tiada masalah. Alhamdulillah.

Ayah pun tidak sihat malam tadi. Tetapi masih mampu bekerja hari ini.

Sejak tidak mengambil apa-apa supplement, ditambah pula bulan puasa, badan cepat terasa letih. Kalau sudah tidur, memang payah mahu bangun. Mana tidaknya, selagi tidak tutup mata, ada sahaja kerja yang perlu dilakukan. Duduk, tengok televisyen pun penat juga. Penat bermain emosi apabila menonton drama. Tengok berita pun kadang kala buat rasa sakit hati.

=========================================



Nota Kaki : Semoga terus diberikan kesihatan yang baik..amin..



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. pd bln puasa ni kena jaga pemakanan esp mknan yg dibeli di PARAM...

    BalasPadam
  2. patutlah sunyi jer sehari dua ni...tak sihat rupanya.
    mar jaga diri ye...jgn bermain emosi sgt..emosi terganggu badan pon jadi tak sedap..sian anak ngan en suami nti hukhuk.

    BalasPadam
  3. ooo sis x sihat yer...gws sis... :)

    BalasPadam
  4. Entahlah Mar, masuk minggu kedua Ramadhan ni rasa mengantuk cepat betul hinggap. Banyak hari dah tertidur di sofa sambil menonton TV. Sampai merajuk anak bila bercakap rupanya Mommy dah lena tertidur. Nak kata penat sangat tu tidak juga. Kalau bulan-bulan biasa pun sama je kekdah kerjarumah tak pernahnya habis.

    BalasPadam
  5. Biasalah Mar....penat badan tu.....kerja tak berhenti. Badan pun perlu rehat jugakkan....Amalkan zikir Fatimah....insyaallah ....

    BalasPadam
  6. kena banyak rehat tu mar
    tak apalah kalau tak boleh memasak
    bukan sengaja kan, memang tak sihat
    apapun, get well soon ye

    BalasPadam
  7. Klu saya berbuka dgn air batu mmg susah nak bangun sahur.. kdg2 badan pun rasa sakit2. Mungkin sbb penat kerja yg tak nampak kot, tambahan cuaca pun panas... semoga cepat sembuhlah ye.. aamiin.

    BalasPadam
  8. Semoga kesihatan Mar bertambah baik seakrang ni..tambah bulan puasa ni kan..memang mencabar keimanan dengan keletihan lagi..Hopefully semuanya baik-baik aja..

    BalasPadam
  9. semoga mar sekeluarga sihat ..patutla diam je..rupanya tak sihat

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code