Kisah Cirit Birit dan Susu

10:48 PG

Cik Aisyah diserang cirit birit setelah kebah demam. Persamaan dengan ayah. Baik demam, cirit-birit pula. Ibu, terpaksa menjaga 2 orang bayi tiba-tiba. Seorang mahu susu, seorang yang dah berstatus ayah pula datang mengada-ngadanya, mahukan itu ini juga.

Sebelum Aisyah dibawa ke klinik, ibu sudah bersiap sedia membeli setin kecil susu formula tanpa laktosa. Puas juga membelek satu-satu tin susu formula di kedai sensei tersebut. Akhirnya, jumpa susu formula Isomil tanpa laktosa dan berasaskan soya sememangnya untuk bayi yang mengalami cirit-birit. Opss..tengok harga, RM34.++. Eh, baru perasan susu naik harga. Belek tin kecil Similac, juga begitu. Rasanya semasa Aisyah cirit-birit dulu [Klik sini untuk membaca], harganya RM24.++. Susu dumex mamex ada juga, pun berasaskan soya.

Pulang ke rumah, hanya sempat membancuh sebotol susu tersebut dan Aisyah hanya minum suku. Itu pun sebab dia tidak perasan barangkali kelainan rasa susunya. Gelagatnya agak mencuit hati. Minum susu seperti biasa kemudian berhenti seketika. Siap tengok botol susu sendiri, kemudian minum lagi dan akhirnya dicampak botol susu ke bawah, Huh...dia menjerit..nanak!! Ibu ambil botol susu yang dibuang, merasa sedikit. Huhuhu...yekkkk...patut dia tak mahu. Melayang 34 hengget ibu...T___T


Inilah susunya

Terpaksa juga bawa Aisyah ke klinik. Bergegas malam itu ke klinik dan giliran Aisyah dipanggil, hampir jam 10 malam. Dengan gelagat Aisyah yang tidak betah duduk diam di klinik. Mahu main jongkang jongker, naik gelongsor, menjelajah ke sana sini, pantang nampak bilik yang terbuka dan pastinya bilik air juga!

Nampak pula peti ais yang penuh dengan air kotak.

"Ma..ma..nak..nak.." sambil jari kecilnya menunjuk ke arah air kotak.


Sesi bersama Puan Doktor, seperti yang ibu jangkakan, doktor menesyorkan susu Isomil tersebut. Pantas ibu menceritakan perihal Aisyah yang tidak lalu dengan susu berasaskan soya. Doktor termenung seketika, dan dia pencadangkan susu formula Pediasure. Tin berwarna ungu.

"Susu ini bagus untuk bayi, kana-kanak yang baru lepas baik sakit, demam. Tapi, biasanya lepas dia dah minum susu ni, dia tak nak susu lain dah sebab susu ni nutrition complete. Lagi dia tak nak makan lepas ni"

Punca utama cirit-birit ialah terdapanya virus bergelar rotavirus yang menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terud tanpa menyerap sebarang nutrien. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pasa suatu masa sebelum usia lima tahun. 
Cirit-birit dikalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi atau yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cuci tangan selama 15 saat dengan sabun anti bakteria. Susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.


Esoknya, menunggu kedai sensei buka, sempat memasak untuk tengahri serta bermacam-macam menu untuk Aisyah. Susu formula pediasure berwarna ungu, setin kecil, 400gm, RM38. Harapan menggunung dan doa setinggi langit ibu panjatkan agar Aisyah minum susu tersebut. Alhamdulillah, Aisyah minum. Dan dia sudah tidak cirit-birit lagi. Malah ibu gembira kerana selera makannya semakin berganda-ganda.





Nota Kaki : Tiada ibu yang tidak mahu yang terbaik untuk anaknya..

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.